Office Mercumaya terletak di tingkat empat, bangunan Diamond Square di Jalan Gombak. Untuk naik ke tingkat empat, aku, mereka, dan mereka akan menggunakan lif yang telah disediakan di situ. Tetapi, lif ini bukan lif yang biasa yang seperti korang selalu gunakan. Terdapat satu misteri yang masih sekarang tiada siapa yang dapat selesaikannya.
Apabila aku bertanya kepada mereka yang telah lama menggunakan lif tersebut akan berkata, “Biasala…”. Hurm…jawapan seperti itu merupakan jawapan yang menjadi persoalan. Kenapa mereka menjawab “biasalah…”?
Kemusykilan aku bertambah lagi apabila aku pernah mendengar suatu bunyi yang datang dari lif tersebut. Even aku duduk dalam office, tetapi, aku, mereka dan mereka akan dapat mendengar bunyi tersebut.
Lif menunjukkan tanda ke atas walaupun aku sudah tiba di tingkat 4
Pernah pada suatu hari, lif itu berbunyi lagi. Aku cuba melihat apa yang berlaku dan apabila aku membuka pintu office dan pergi ke lif tersebut, ianya senyap. Bunyi yang aku dengar sebentar tadi, tidak kedengaran. Aku musykil. Begitu juga dengan pekerja-pekerja yang lain apabila aku menceritakan kepada mereka apa yang aku lalui tadi.
Disebabkan aku takut ingin tahu mengenai lif tersebut, akhirnya, pada tanggal 22 Jun 2007, hari Jumaat, kejadian misteri lif tersebut berlaku kepada diri aku sendiri.
Selepas aku solat Jumaat di masjid yang berdekatan, aku pulang ke office seperti minggu-minggu sebelum ini. Tiba di hadapan lif misteri tersebut, aku menekan butang ke atas. Untuk pengetahuan korang semua, pada ketika itu, aku hanyalah bersendirian. Apabila pintu lif terbuka, aku pun masuk ke dalam perut lif seperti tiada apa yang berlaku.
Butang nombor 4 ditekan kerana aku ingin ke tingkat 4. Lif dengan perlahan naik seperti biasa. Bunyi kipas di bahagian atas lif itu, memecah kesunyian. Dalam menunggu lif itu tiba di tingkat 4, aku menyandarkan badan aku pada dinding lif. Tiba-tiba, lif itu berbunyi menandakan lif telah sampai di tingkat 4. Ianya biasa untuk lif berbunyi apabila ia tiba di tingkat yang dipilih dan ianya biasa untuk lif membuka pintunya.
Tetapi, lif misteri ini tidak membuka pintunya. Ya…aku ulang. Lif itu tidak membuka pintunya even lif tersebut sudah sampai di tingkat 4. Aku cuba tekan butang “Open”, untuk membuka pintu lif. Tiada apa yang berlaku. Aku cuba menekan butang-butang yang lain. Hanya lampu pada butang itu yang menyala tetapi lif masih tidak bergerak. Nampaknya lif ini ingin bergurau dengan aku.
Semua butang menyala kecuali butang 4
Aku cuba bergurau balik dengan lif misteri ini. Aku menekan butang loceng untuk menggeletek lif tersebut, manalah tahu kot-kot die terasa geli dan membuka pintu tersebut. Bunyi loceng yang nyaring, mengalahkan bunyi kipas lif tadi. Aku menekan lagi, lagi, lagi dan lagi. Cube untuk menekan butang “Open”, tetapi hampa. Ianya tetap sama.
Aku cuba meminta bantuan dengan menghantar mesej ke pada bos aku, En Mizan, kerana aku hanya ada nombor phone die. Tetapi tiada balasan. Adakah En Mizan tiada kredit? Mungkin juga. Kepada siapa harus aku mesej untuk meminta bantuan ni?
Dalam tangan masih membunyikan loceng tersebut, aku berbalas-balas mesej dengan kekasih aku. Sungguh risau die akan keadaan aku. Dan tibe-tibe, kipas lif tersebut terhenti. Ah…lepas satu, satu kejadian aneh yang berlaku. Keadaan di dalam lif itu menjadi panas dan udara di dalam lif tersebut menjadi berkurangan. Sukar untuk aku bernafas dan kekasih aku bertambah risau.
15 minit sudah berlalu. Loceng masih aku bunyikan dalam sela tertentu. Tiba-tiba, aku dengar suatu suara.
“Kejap! Kejap! Kitorang on the way!”
Suara siapakah itu? Adakah suara misteri lif tersebut? Korang jangan fikir yang bukan-bukan, ianya merupakan suara technician. Dorang on the way nak fix lif tersebut. Dan aku? Aku masih lagi berdiri di dalam lif tersebut dengan helmet di tangan dan ruang lif tersebut menjadi semakin panas.
Tibe-tibe, pintu lif di ketuk! Opocot! Terkejut aku! Terdengar suara orang yang sedang bercakap dalam bahasa penjajah tetapi ada slang Cina. Dorang suruh aku tunggu sekejap sementara dorang cuba membuka pintu lif tersebut. Entah apa magik yang dorang gunakan, then, pintu lif tersebut terbuka.
Uwaaahhhh…udara segar kembali memenuhi lif tersebut apabila pintu itu dibuka. Aku kembali bernafas seperti biasa. Setelah ucap terima kasih kepada dua orang Cina tersebut, aku pun terus masuk ke office untuk menyejukkan badan dengan air cond yang ada.
Pekerja-pekerja yang ada di dalam office tanya kepada aku, ke mana aku pergi? Aku pun menceritakan kepada dorang akan misteri lif yang aku alami itu. Habis cerita, dorang ketawakan aku. Patut ke? Ish3. [tags]latihan industri[/tags]
Sebenarnya, lif itu memang selalu rosak. Bunyi misteri yang aku ceritakan pada awal tadi itu merupakan bunyi loceng lif yang selalu berbunyi coz ada orang terperangkap dalam lif. Hurm…akhirnya ada jugak aku pengalaman aneh ketika buat latihan praktikal ni ye. Korang pernah tak alami kejadian aneh seperti aku ini? He3.
ikoko says
:d lol.. aku ingatkan misteri apa lar tadi..
ni belum lagi aku citer pasal lif kat blok kolej aku nieh.. huhu.. betul-betul punyer seram.. tapi tamau la citer :p
ZeMMs says
huhuh.. nasib baik kipas je yg tertutup.. buat kene lampu pun terpadam sekali haaa.. tak ke naya… yg nko pun pandai betul la pegi bg sms je tu wat aper.. call je la terus…. emergency case pun sempat nk jimat kredit lg tuu. kagum aku 😛
CypherHackz says
[Comment ID #11499 Will Be Quoted Here]
ala…citer la cik ikoko san oi… cite lar… :((
[Comment ID #11515 Will Be Quoted Here]
hoih…jangan… mampus aku macam tu. kang tak pasal2 ada nampak benda yang tak patut pulak. hu3.
manchurr says
hahaha aku igt kalo tutup lampu sume.. nanti ade benda lain yg dtg kaco ko.. pegang2 ke 😛
CypherHackz says
jangan woi… keras aku satgi… 😮
amirez says
adeh. igtkan betul2 huhu.
penah x tercium bau aneh semerbak dlm lif ?
3 org je time tu :-ss
catz says
hahahaha…mistik lah sgt…tp aku mmg seram kalau naik lif kat fakulti aku dulu..seram sbb lif tu akan buka pintu pada satu level yg “bermasalah”..
CypherHackz says
[Comment ID #11772 Will Be Quoted Here]
[Comment ID #11790 Will Be Quoted Here]
ha…kau dan kau cite la skek pasal lif kau dan kau pulak. hu3.
edila says
ingtkn ade JUON yg nk kuar dr ats syiling tu…:d
biaseny cm tu la, bygkn lmpu lif tibe2 trpdam…pastu trase ade mcm bulu2 yg mggesel kt dahi,tgan,mulut,leher…keadaan msih gelap g…bulu tu trus merayap…haaaaa, tibe2 lmpu dtkdirkn trbukak blik…dgn mate yg trpejam, dan dahi yg dh bsah dgn peluh…pastu,cbe nk bkak mate…dan akhirny korg pkr la sndri….mmg adventure….[-(
utk prhatian:bulu yg dimksdkn td sbnrny rambut JUON tu tau..jgn slah pham…huhuhu