Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Contact

Dairi LI Day 1 – Projek ape ye?

03.05.2007 // 10 Comments

Hari ini bermulanya Latihan Industri (LI) aku dan seperti yang telah aku janjikan, hari ini juga merupakan permulaan entri bersiri LI aku ni. So, korang sudi-sudi la men-sibscribe feed site aku ni. Senang sikit korang nak dapat update.

Aku keluar rumah seawal jam 8.20 pagi. Walaupun permulaan perjalanan didahului dengan jalan yang sesak tetapi aku teruskan jua. Walaupun dengan sinaran matahari yang menyilaukan. Argh…kabur pandangan mata aku. Chop! Nape skema jek ayat-ayat aku ni? Udah, udah… Jangan buat ayat skema. Buat ayat simple jek. Hu3.

So aku sampai sana pukul 8.50 pagi. Setengah jam je dah sampai Jalan Gombak. Laju kan aku bawak? Ha3. Tapi tu pun tak laju mana coz aku tak pulas habis sangat trottle motor tu. Disebabkan aku sampai awal sangat, so terpaksa la aku melangut kat motor aku sementara tunggu jam pukul 9.30 pagi coz office bukak masa tu.

dairiliday1-01
Office Mercumaya kat tingkat atas signboard putih tu. Gambar ni diambil masa aku pas makan kat restoran depan office.

Company Mercumaya bukan lah besar sangat. Ye la, korang pun tahu kan, company hosting tak perlukan space yang besar kecuali kalau dorang mempunyai server-server yang dorang letak dalam company tu. Tapi bagi Mercumaya, server-server dorang terletak kat Cyberjaya dan juga Brickfields. Macam mana aku tahu? Aku bersembang-sembang dengan En Mizan yang merupakan pengasas atau manager company Mercumaya aka Netlynx Solutions.

Hari ni, aku takde buat ape sangat coz En Mizan pun tak tahu nak bagi aku buat ape. Last-last, die suh aku pikirkan dulu apa yang aku nak buat n bagi cadangan pada dia. Hu3. Apa la yang aku nak buat ek? Korang ada cadangan?

So, sepanjang hari aku menghabiskan masa dengan melayan internet. Habis semua website aku bukak n siap leh YM lagik ngan member aku yang buat LI kat Telekom. He3. So hari pertama LI aku ni, hanyalah meninternet je. Sampai leh aku katakan yang aku tak tahu nak buat apa dah ngan internet tu. First time taw aku rasakan macam tu. Korang pernah jadi sampai macam tu? Tak pernah kan?

Kalau korang nak tahu, pekerja En Mizan ni hanyalah dua orang saja. Dua-dua perempuan. Dan dua orang budak UIA yang buat LI sama ngan aku tu pun perempuan jugak. So ada empat orang perempuan dan hanya aku ngan En Mizan je yang lelaki. Owh…lupa pulak aku. Ada sorang lagi lelaki. Aku rasa tu maybe share-holder die. Aku tak tanya pulak nama dia apa. Tapi petang tadi, sebelum balik, aku gi minum-minum ngan die kat kedai (tempat aku amik gambar pic atas tu) depan office kitorang. Kitorang? Hak3.

Macam-macam aku bersembang ngan die. Dan die ada jugak bagi cadangan pada aku untuk projek LI aku ni. Projek ape? Tu rahsia. Projek yang boleh berikan aku pulangan yang lumayan. He3. Tapi kesukaran untuk buatnye, adalah tinggi. Aku perlu mencari dan banyak membaca kat Internet coz terpaksa menggunakan C ataupun C++ and mungkin digabungkan sekali ngan PHP. Hu3.

Die kata, software tu leh siap dalam seminggu dua je. Maksudnye, akan ada banyak projek yang akan aku buat nanti dan akan banyak la masa aku pada Internet nanti. Uwaaa…

Pas habis bersembang, aku pun balik. Terima kasih diucapkan kerana sudi belanja aku air teh tarik itu. Hu3.

Aduh…masa balik pula, jalan kat Gombak tu jam giler. Nasib baik naik moto. Leh mencilok sana sini. Tapi…kalau hujan, takde nyer nak mencilok tapi meneduh. Berteduh di bawah tempat yang boleh berteduh.

So, itulah apa yang berlaku untuk LI aku hari ini. Kita bersambung esok ok? Btw kalau korang nak baca entri-entri bersiri aku yang sebelum-sebelum nih, korang leh gi sini . Ada entri bersiri masa bulan puasa yang lepas. Gi la tengok…[tags]latihan industri, mercumaya[/tags]

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Spiderman 3 yang bersawang
Dairi LI Day 2 – Sape tau SEO? »

Comments

  1. sayang abang... says

    04.05.2007 at 11:42 am

    chaiyok2 mydear bucuk2..hik3 :d/

    Reply
  2. CypherHackz says

    04.05.2007 at 8:44 pm

    nakal! :p

    Reply
  3. mohdismail says

    04.05.2007 at 9:06 pm

    he he..
    meja praktikal aku ada pc.. baru pasang 2 hari…
    tapi aku tak bukak pun lagi..
    adui.. 🙂

    Reply
  4. CypherHackz says

    05.05.2007 at 12:54 pm

    ada internet tak? kalau tak leh chat. hu3.

    Reply
  5. Azhar Ahmad says

    06.05.2007 at 9:40 pm

    hahhahah, ala bucuk2… Saya pun nakal!!! Hahhahaha

    Reply
  6. CypherHackz says

    07.05.2007 at 2:44 am

    woih… sibuk jer… :-w

    Reply
  7. sayang abang.. =) says

    07.05.2007 at 12:48 pm

    nkal itu comel… :d/
    hik3….
    bucuk itu plak….he3
    u noe it..
    :”>
    :p

    Reply
  8. CypherHackz says

    08.05.2007 at 10:19 am

    bucuk itu ape cayang? :p

    Reply
  9. pwincess_myra says

    28.07.2007 at 7:01 pm

    hi!! luv u all. nk knl leh??

    Reply

Trackbacks

  1. Dairi LI Day 20 - Dah 20 hari dah ye... at myCypherHackz.Net says:
    30.05.2007 at 11:28 pm

    […] diikutkan memang la tak banyak tapi kalau secara tersiratnya, memang banyak. Dari hari pertama sehinggalah sekarang, pelbagai bende yang aku pelajari dari Mercumaya ni. Segala kenangan dan […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2019 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in