Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

BlogAku.Net berubah wajah

19.11.2007 // 20 Comments

Yosh! Setelah adanya domain baru, kite mesti mempunyai theme baru betul tak? Kalau korang sokong cakap aku, korang cakap Yay!. “Yay!” Ha…bagus, bagus, bagus. Korang memang sporting.

Theme CypherFS-DSP

So semalam selepas sahaja habis exam Digital Signal Processing (DSP), aku pun dengan rajinnya membuka photoshop aku dan design theme yang korang sedang tengok sekarang ni. Theme yang aku tengah gune ni la. Memang takde plan langsung pun nak buat theme baru. Tapi bile dah tangan tu mencapai photoshop dan alang-alang nak buang masa pas habis exam, aku pun mula la mereka structure dan susunan untuk theme aku ni.

blogaku
Theme baru untuk BlogAku.Net

Theme ni aku namakan sebagai CypherFS-DSP. Takde nama lain yang aku terpikir masa tu. Last-last, aku letakkan aje nama CypherFS-DSP bersempena dengan exam DSP aku tu. Warna tema die seperti yang korang lihat adalah warna hijau dan juga biru. Saling tak tumpah seperti theme yang digunakan oleh saudara Azmie kite. Memang aku amik idea warna dari blog die pun. Hu3.

Ada la satu petang aku menghabiskan masa mengcoret-coret dekat aku punyer Photoshop tu. Dan satu malam aku menyiapkan coding dan edit-edit apa-apa yang perlu. Dan hasilnya, seperti apa yang korang lihat sekarang ini. Tepuk, tepuk, tepuk. Ah, tapi aku ingat nak tukar logo website aku tu. Tapi skang ni takde idea lagi. Ada sape2 yang ingin bantu?

Tukar hosting ke ServerFreak

Selain daripada itu, untuk pengetahuan korang, aku baru sahaja bertukar ke hosting yang lain. Sebelum ni aku gune hosting dekat Internet Webhosting, tetapi skang aku telah beralih arah ke ServerFreak. Sebab kenapa aku tukar ke ServerFreak, pertama sekali, sebab die nyer owner iaitu Sam, senang dihubungi. Just melalui YM je. Tu pun kalau die online la. Kalau tak online, leh je hantar email. Tapi bagi aku sama je if email atau YM.

serverfreak
Rumah baru aku, ServerFreak

Yang kedua, ServerFreak support banyak datacenter. Disebabkan aku mempunyai banyak website, so aku mengagih2kan website aku mengikut lokasi. Website yang banyak mendapat visitor dari International, aku letakkan dekat datacenter dekat US dan website yang berbahasa Melayu, aku letak dekat datacenter Malaysia. Tapi aku belum buat lagi la pengasingan tu. Baru lagi beb. Sabar-sabar la dulu. Korang ni memang tak sabar eh?

Yang ketiga, server yang aku gune sekarang ni laju dan power. Mengikut apa yang Sam cakap pada aku, server yang aku gune adalah Intel Quad Core. Lebih baik dari server aku yang sebelum ni. Lagi pun status server yang aku check melalui Cpanel aku, semuanya menunjukkan lampu hijau. Kalau server yang sebelum ni, ada tunjuk lampu kuning dan juga merah. Dan selain daripada tu, website aku asyik down je. Selalu sangat timed out. Leceh betul kalau kau nak transfer apa-apa file.

pinglostbefore
Hosting lama yang selalu timed out

Dan yang terakhir sekali, datacenter yang aku gune sekarang ni merupakan datacenter yang terkenal. Ramai blogger-blogger Malaysia yang menggunakan datacenter GNAX. Di antaranya, Azhar Ahmad, LiewCF, Azlina, Amanz, even ServerFreak sendiri pun meletakkan dia punya server dekat GNAX.

Jadi kepada sesapa yang terasa nak tukar hosting tu, korang boleh la mendaftarkan diri dengan ServerFreak. Setakat ni aku berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh ServerFreak. πŸ™‚

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Selamat Tinggal myCypherHackz.Net
Daging B*bi Yang Halal »

Comments

  1. Darkz05 says

    19.11.2007 at 6:55 pm

    pasal logo kat header tu ko tuka seiring dgn kaler theme ni. Good job. huhu. Selamat bertukar ke domain baru. siot la. tengah exam pun sempat. chayok ar~

    p/s: owh ko nak lawan bowling dgn aku eh.. meh le. huhu…

    Reply
  2. azmie says

    19.11.2007 at 9:18 pm

    mmg laju loading site ko nih pon…padanler cam kenal jer tema kaler theme ko ni…huhu

    Reply
  3. CypherHackz says

    19.11.2007 at 10:03 pm

    Darkz05
    maksud kau macam mana ye? nak aku letak kaler hijau ngan biru kat logo tu ke?

    azmie
    ha3. sorry bro. aku dah send email pada kau tanya pasal theme ni. kau tak dapat ke?

    Reply
  4. ubie79@gmail.com says

    19.11.2007 at 11:54 pm

    Dong dong, cantik ahhhh…. Nantilah, nak buat theme. Tapi nak abeskan tesis dulu…

    Reply
  5. CypherHackz says

    20.11.2007 at 10:30 am

    makasih dong. habiskan dulu tesis mu sih. jangan buat benda lain.

    Reply
  6. iejal says

    20.11.2007 at 11:27 am

    waaahhhh:x teruja saya…

    wei kalo blogspot, leh tak kita buat theme sdr? ada tak tutorial dia?? aku nak buat gak… huhuhuhu

    Reply
  7. CypherHackz says

    20.11.2007 at 1:42 pm

    tak tahu pulak aku. tapi aku rasa ada je die nyer tutorial. tapi kenapa nak gune blogspot? gune wordpress lagi besh. :-\”

    Reply
  8. Darkz05 says

    20.11.2007 at 7:39 pm

    letak color kuning pun orait jugak. πŸ˜€ theme ko ni da memang lawa.

    Reply
  9. CypherHackz says

    20.11.2007 at 9:10 pm

    wah…bereh2. akan aku cuba untuk menkaler2kan nya. hu3.

    Reply
  10. ikoko says

    20.11.2007 at 10:46 pm

    yeahh.. tepuk-tepuk~!!! =d>

    serverfreak memang best.. dari aku nak tukar, terus tak jadi nak tukar hosting.. huuuu .. sebab aku fikir punya fikir.. aahh.. service dah ok.. jadi teruskan je la.. πŸ™‚ setakat ni pun alhamdulillah..

    oh ye… lupa nak khabo.. ko nye theme skrg ni memang sangat superHijau~!! ahhh suka-suka-suka!!

    Reply
  11. ikoko says

    20.11.2007 at 10:46 pm

    by the way
    ko takmoh pakai gravatar lagi ke? sudah anti gravatar?

    Reply
  12. CypherHackz says

    20.11.2007 at 11:47 pm

    super hijau eh? hu3. malu pulak aku orang puji2 ni. tapi kau kene puji azmie jugak sebab tanpat dia, aku tak dapat nak buat theme ni. hu3.

    untuk yang gravatar tu aku tengah hold dulu sebab nak kene tweak balik theme ni if nak letak gravatar. btw kau memang suke komen ada gambar2 eh?

    Reply
  13. eizil says

    21.11.2007 at 2:14 am

    comelΒ²… hehehe… πŸ˜‰ pasni lerh buatkan untuk aku skali… hahaha

    Reply
  14. ikoko says

    21.11.2007 at 4:31 am

    sebenarnya lebih suka ada komen yang bergambar-gambar. nampak cute..

    tapi dari segi kelajuan.. takde gambar lebih laju.. em

    Reply
  15. CypherHackz says

    21.11.2007 at 12:08 pm

    [Comment ID #20188 Will Be Quoted Here]

    wark! he3. kau design la dulu bro. nanti pas habis exam aku terus buat kau nyer. pas 24hb ni la. tarikh malaysia. (kene cakap tarikh malaysia, kang entah bile2 je die hantar kang). :p

    [Comment ID #20190 Will Be Quoted Here]

    hu3. dats why la. kalau letak image2 dari luar, tu yang menyebabkan page load lagi lambat. hu3. tapi if letak pun, bukannye ada gambar kau. if ada gambar kau ok la jugak. leh tenung gambar kau lama2. :-l

    Reply
  16. eizil says

    21.11.2007 at 2:37 pm

    hehehe… .worait jer… aku tgh busy gak skang ni… πŸ˜€ banyaknyer presentation nak kena buat… huhuu

    Reply
  17. CypherHackz says

    21.11.2007 at 5:28 pm

    hu3. semoga berjaya dengan presentation mu itu brader. peace… :)>-

    Reply
  18. amirez says

    27.11.2007 at 7:14 am

    oo ko habis ngan DSP. aku habis dgn engineering management. smoga dpt 3.5 ke atas nati πŸ˜‰

    ko dh tukar domain rupanya..ngan theme sekali. tp aku lebih suka theme yg ni..happening je nengok eheh. gud job bro!

    Reply
  19. CypherHackz says

    27.11.2007 at 9:57 am

    engineering management aku amik sem depan. apa lagi, ajar la aku. :-l

    Reply
  20. sitokei says

    30.01.2011 at 12:26 pm

    nice themes….
    bab datacenter tuuu…mcm kita nak tgk ek…kat maner boleh check

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6Γ·2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 Β· Blog Aku Β· Hosted by Elfbytes Web Hosting Β· Log in