Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Best – Duyung

27.03.2008 // 12 Comments

Wah…hari ini merupakan hari pakej bagi aku. Selalunya bila aku keluar date dengan gf aku, aku just pergi tengok wayang, shopping and then makan. Tu je. Tapi kali ini kitorang gi main bowling, tengok wayang, shopping and then makan. Pakej lengkap bagi aku. Tapi lagi best if gabungkan dengan karaoke. Hu3.


Gambar ini aku sebat dari website Wizurai.

So untuk entri kali ini aku ingin menreview sedikit tentang cerita yang aku dan gf aku tonton pada petang tadi, Duyung. Aku kalau tak memang tak nak tengok cerita Duyung nih. Tapi disebabkan takde cerita sangat masa tu, ye la masa tu dah pukul 4 lebih. Aku sebat je la cerita Duyung ni dah alang-alang cerita ni je yang agak best bagi aku sebab Apek berlakon. Betul tekaan Wizurai yang mengatakan yang aku akan menonton cerita ini. Betul tekaan kau wahai sedara. 10 markah aku berikan. Tepuk, tepuk, tepuk…

Duyung mengisahkan bagaimana kehidupan orang laut di lautan (apa yang aku merepek ni?). Watak utama, Jimmy (Saiful Apek) yang kerja dia mengutip sampah sarap di sekitar kampung beranggapan yang dia akan berjumpa dengan ikan duyung sekiranya kampung dia itu bersih dari sebarang sampah sarap. Jimmy yang ditemani oleh Orix (Yassin), seekor monyet entah mana datangnya asyik menyebut “Fu-Yoh”. Ala…korang pun tau kan cerita ini disponsor oleh Digi. Itu pasal Orix ini akan sebut “Fu-Yoh” tidak kira siang, malam, suka, duka, dan segalanya.

Nak dipendekkan cerita, Jimmy ini suka pada Aspalela (Yasmin Hani) tetapi disebabkan Jimmy tidak mempunyai kerja yang bagus dan tidak mempunyai tanah dan rumah sendiri menyebabkan ayah Aspalela, Wak Pagek (Hafidzuddin Fadzli) mencabar Jimmy untuk membuat sesuatu sekiranya ingin melamar Aspalela.

Dalam membuat sesuatu itulah Jimmy terjumpa dengan Puteri (Maya Karin), seekorang (seekor + seorang) duyung yang Jimmy nak sangat jumpa sejak dari kecil lagi. Hurm…lain-lain kalau korang nak tahu apa kesudahan dan apa benda benda yang Jimmy buat tu dan betapa wow nye Maya Karin menjadi sebagai seekorang duyung, korang kena tonton sendiri.

Aku berikan 3.5 bintang daripada 5 dengan status Best untuk cerita Duyung ini. Gf aku bagi 3 je. Tapi aku bagi 3.5 sebab jalan cerita yang best, lawak Apek yang sengal-sengal, dan juga yang penting, kawasan kampung laut itu yang sangat-sangat cantik. Memang best tempat tu. Jernih je air dia. Maybe sebab Jimmy selalu kutip sampah-sampah yang ada dekat laut tu kot. Entah la… Tapi bagi aku, best la cerita ni.

Btw betul ke eh ada duyung kat dunia ni?

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Wajib Tonton – Vantage Point
Hazwan – Cinta Tiga Segi aka Perangkap Cinta »

Comments

  1. topo says

    27.03.2008 at 11:38 pm

    bpak ak pon da p tgok cite ni ngan kekawan die… ak xtau bila lg…

    Reply
  2. Wizurai says

    28.03.2008 at 10:05 am

    bagi markah je ke? bagi la hadiah kat aku… takpun bagi Maya Karin ke… :)>-

    Reply
  3. CypherHackz says

    28.03.2008 at 11:52 pm

    [Comment ID #23844 Will Be Quoted Here]

    Hu3. If kau takde cerita sangat nak tengok, kau boleh tengok cerita ni. Best!

    [Comment ID #23855 Will Be Quoted Here]

    Maya Karin mahal dowh… Aspalela boleh la. Wargh!

    Reply
  4. stupidfox_91 says

    30.03.2008 at 11:24 am

    x sbr nk tgk cite nih..
    nak tgk maya karin jek sebenarnya..
    hehe..

    Reply
  5. CypherHackz says

    30.03.2008 at 11:29 am

    Maya Karin tak banyak sangat keluar dalam cerita tu. Banyak yang aku tengok pasal Apek and Yassin Fu-Yoh tu aje.

    Reply
  6. ikoko says

    03.04.2008 at 2:15 pm

    duyung bertambah best bila Maya Karin penyeri.

    dia memang cun giler

    Reply
  7. NIzammuddin says

    03.05.2008 at 6:16 pm

    kalau saya calon wanita popular saya pilih kak maya^_^ hope_hope787@yahoo.com

    Reply
  8. ma n says

    03.06.2008 at 7:30 pm

    memang best gilar cita ni aku siap bawak air 5 botol kalau korang nak tau gua gi gan sc ah pukul 10.00 kita orang bring gak tpi dh lama2 tk boring

    Reply
  9. Nizammuddin says

    14.06.2008 at 3:53 pm

    kalau la kak maya ni kakak saya memanf seronok saya harap dapat jumpa kak maya pada tahun ni and saya nak berraya ruma kak maya plsss kalau kak maya nak seseorang raya kat rumah kak maya ajak saya k plssssss Nizamlovemaya@yahoo.com

    Reply
  10. baldi says

    16.11.2008 at 1:56 pm

    :-@aku suka duyung m

    Reply
  11. baldi says

    16.11.2008 at 1:58 pm

    ilike maya dia boleh tahan dalam air laut tu^:)^=d>>:)>:/**===));)):@):o)~o)~:>[-xx(o=>o->o-+l-)

    Reply
  12. baldi says

    16.11.2008 at 2:03 pm

    mulut saya murai sikit nizammuddin tu poyoje kak maya hafe a date and me you mulut tak da insurens tau:x=|:d:”>:)

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in