Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Bagaimanakah Silver Coin Dibentuk?

23.11.2011 // Leave a Comment

Saya dalam proses menulis bahagian seterusnya untuk siri Rancang Kewangan Anda. Sementara menunggu artikel tersebut siap, saya ingin berkongsikan dengan anda mengenai silver coin atau syiling perak.

Selain daripada mengumpul emas fizikal seperti Gold Bar GCP, saya juga turut mengumpul perak (atau, silver) sebagai pelaburan. Pelaburan silver di Malaysia boleh dikatakan sudah lama bermula. Cumanya, sejak akhir-akhir ini pelaburan silver di Malaysia semakin dikenali dan diminati ramai apabila saudara Ikram Adi menerbitkan ebook beliau yang bertajuk Pelaburan Silver Fizikal di Malaysia.

Selain daripada silver bar, silver coin juga adalah salah satu bentuk silver fizikal yang gemar dibeli oleh pelabur silver di Malaysia. Video di atas menunjukkan bagaimana proses silver coin dibentuk bermula daripada proses pembakaran sehinggalah ianya siap ditempa.

Jika anda ingin mempelajari bagaimanakah teknik pelaburan silver yang bagus, saya sangat menggalakkan anda untuk membaca ebook Pelaburan Silver Fizikal di Malaysia yang ditulis oleh saudara Ikram Adi ini. Di dalam ebook tersebut, beliau ada menceritakan tips bilakah masa yang sesuai untuk membeli silver, bersama dengan teknik rahsia menggandakan bilangan silver dengan Teknik Tukar Ganda.

Untuk setakat ini, saya baru sahaja mempunyai 250g silver bar Public Silver dan 5oz silver bar Scottsdale. InsyaAllah jika ada rezeki lebih, saya ingin menambah koleksi silver saya dengan membeli beberapa keping silver bar lagi sebagai salah satu bentuk simpanan jangka masa panjang.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Rancang Kewangan Anda 5: Teknik 1/3 Gaji
Rancang Kewangan Anda 6: Kurangkan Kad Kredit »

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in