Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

PhotoSchool Outing di Zoo Negara

26.04.2009 // 12 Comments


Selamat datang ke Zoo Negara.

Bilakah kali terakhir korang melawat Zoo Negara? Setahun lepas? 10 tahun lepas? 20 tahun lepas? Atau korang dah tak ingat bilakah kali terakhir korang berkunjung ke Zoo Negara. ๐Ÿ˜ก

Kali terakhir aku pergi ke Zoo Negara ketika aku berusia dalam lingkungan 5 tahun macam tu. Sudah lama masa berlalu sehinggakan banyak perubahan yang telah berlaku di zoo tersebut. Sebelum ni ada basikal air, tetapi sekarang dah tak ada dah. Entah ke mana agaknya pihak pengurusan buang basikal air tu. Banyak nostalgia aku bersama-sama dengan basikal air tu. ๐Ÿ˜ฅ

Pada hari ini, aku telah berpeluang untuk mengikuti outing yang dikendalikan oleh PhotoSchool. Akiviti tersebut bermula jam 9.00 pagi dan tamat sekitar 12.30 tengahari dan disusuli dengan aktiviti makan-makan di Restoran NZ, Wangsa Maju.


Guru Besar PhotoSchool, Saiful Nang.


Sifu kepada kumpulan aku, Sirreh dan Saiful.

Banyak perkara yang aku pelajari ketika mengikuti sesi outing kali ini. Bersama-sama dengan saudara Sirreh dan Saiful yang aku kategorikan sebagai sifu, telah memberikan beberapa tips dan panduan berguna untuk mendapatkan gambar yang berkualiti. :up:

Disamping dapat mempelajari sudut dan pencahayaan dalam fotografi, aku juga dapat mengenali ahli-ahli forum PS yang lain. Siap ada daripada mereka yang sanggup turun daripada Utara demi menuntut ilmu fotografi. Syabas diucapkan pada mereka semua. ๐Ÿ˜ณ


Sekumpulan zirafah sedang menikmati sarapan pagi.


Seekor burung yang tidak diketahui namanya sedang berposing.

Dari result gambar yang aku perolehi, aku mendapati bahawa shoot dengan RAW dapat memberikan gambar yang lebih menarik. :halo: Namun begitu, seseorang jurugambar harus tahu bagaimanakah cara terbaik untuk edit gambar bagi mendapatkan kualiti yang lebih menarik dari file RAW.

Di dalam banyak-banyak gambar yang aku letak di entri kali ini, ada beberapa keping gambar yang diedit daripada RAW. Jika korang pandai, yang mana satukah gambar yang aku edit dari RAW? โ— Tiada hadiah yang diberikan tetapi ianya dapat menguji kecekapan korang dalam membezakan kaca dengan permata. Ha…pening? Aku pun pening dengan apa yang aku cuba sampaikan. ๐Ÿ˜•


Raja Rimba yang sedang berehat kepenatan.

Ada lagi beberapa keping gambar yang aku upload di Flickr. 8) Jemput-jemputlah datang dan berikan kritikan dan komen tentang gambar-gambar yang ditangkap oleh aku.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Nikon SB-900 dan Maha MH-C9000
Pelancaran Blog Baru – Pengendali Blog »

Comments

  1. lut says

    27.04.2009 at 3:01 pm

    ๐Ÿ˜€ dah lama x gi zoo…

    Reply
  2. alongovtx says

    27.04.2009 at 4:53 pm

    aku agak…gambar signboard ngan singa menawan keluarga bahagia.

    agakยฒ ajela…

    Reply
  3. CypherHackz says

    27.04.2009 at 6:06 pm

    #lut – Pergi la dol. Bukan jauh mana pun zoo tu. ๐Ÿ˜›

    #alongovtx – Ada betul. Ada salah. Hahaha… Cuba lagi.

    Reply
  4. azurt says

    28.04.2009 at 8:42 am

    giler power… ko pegi kelas saiful nang tuuu.. aku nak join laaaaaaa.. (tapi baby aku tak power lagi. .baru tahap beginer..)

    Em.. ko bagi la clue, brapa keping yg ko edit.. aku rasa, singa & burung tu je ko edit.. aku rasa la…

    Reply
  5. alone says

    28.04.2009 at 1:33 pm

    kali terakhir pegi dalam 7-8 tahun yang lalu rasanya. uhuhu ๐Ÿ™

    smart la gambar singa tu. shoot la masa dia tengah sengih. hehe ๐Ÿ˜†

    Reply
  6. izzat says

    29.04.2009 at 6:25 pm

    hm…macam mahu pergi zoo la pulak…lawa gambar…x sangka TT ngan SaifulNang..hohoho..

    Reply
  7. CypherHackz says

    29.04.2009 at 6:45 pm

    Azurt – Giler ah Azurt! Kau memang power!

    alone – Dah habis zoom dah tu bro. Aku dah tak boleh nak zoom lagi dekat pun.

    izzat – Hahaha… Tu la kau. Aku suruh join forum, kau tak nak…

    Reply
  8. Anor says

    30.04.2009 at 1:10 am

    Assalamualaikum. Pertama sekali minta maaf sebab dalam ke’desperet’an yang mencengkam terpaksa jua aku post minta bantuan dalam ruangan reply ni. Harap dapat beri sedikit bantuan. Macam ni, aku baru beli domain dan hosting kat mercumaya.net. Masalhnya sekarg aku tak reti nak pindahkan file, post, comment aku dari blog aku kat yyyyy.wordpress.com tuu ke domain baru aku ni. Aku da install wordpress ke hosting baru tu guna fantastico ke yyyyyy.com (domain yang aku baru beli) tapi bila aku try taip http://www.yyyyyy.com kat browser firefox, yang keluar hanyala “page under construction”. (Betul! gua memang buta IT). Sedih la dah sebulan tapi satu benda pun aku tak reti. Mercumaya pun tak supportive untuk orang mcm aku.. setiap kali call minta bantuan, ada ka patut suruh cari solution kat google. Sedih betulla. Harap tolong bagi bantuan.

    Reply
  9. izzat says

    01.05.2009 at 7:27 pm

    hai, anor..saya sedia membantu (mana yang saya mampu la)…add ym sy izzat3114, nanti kita bincang…..

    btw, cypher, nanti ak join forum tu..eheh, ak aktif kat forum lain sebenarnya..hihi..

    Reply
  10. CypherHackz says

    01.05.2009 at 10:11 pm

    #Anor – Macam mana la aku nak bantu kalau kau tak bagitau apa blog kau tu.

    #Izzat – Join la bro. Nanti boleh join TT.

    Reply
  11. azurt says

    05.05.2009 at 4:02 pm

    Eh betul ke? aku tembak je.. tapi yg penting… Aku envy ko ah.. takpe2.. nnt aku baca blog ko from time to time pasal SLR ni..

    Reply
  12. CypherHackz says

    05.05.2009 at 5:44 pm

    Erk? Jangan la macam tu… ๐Ÿ™‚

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in