Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Perlukah Google Pagerank?

12.11.2008 // 12 Comments

Google Pagerank (PR) merupakan satu penunjuk yang menentukan populariti sesebuah website atau blog di Google search engine. Sesebuah website itu dikatakan popular apabila PR website tersebut menunjukkan PR10. PR10 merupakan nilai PR yang paling teratas dan PR0 merupakan PR yang paling rendah.

Google menentukan PR sesebuah website dengan menggunakan pelbagai algorithm yang kita tidak ketahui. Hanya mereka-mereka yang bekerja dengan Google sahaja yang tahu apa formula yang digunakan oleh Google untuk menentukan PR sesebuah website. Tetapi persoalannya sekarang, adakah PR penting untuk sesebuah website?

Dulu ketika aku mula-mula blogging, aku sangat mementingkan PR kerana dengan PR yang tinggi kita dapat menjana duit dengan banyak. Selain daripada itu, kita juga dapat mendapat ranking teratas dalam Google.

Tetapi…semakin lama, PR semakin disalahgunakan oleh orang-orang yang tamak. Mereka ingin dapatkan PR yang tinggi kerana PR lebih menguntungkan apabila dibuat sebagai barang jualan. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan PR yang tinggi, mereka perlu mendapatkan linkback daripada website yang mempunyai PR yang lebih tinggi. Untuk itu, mereka sanggup membeli link daripada website berPR tinggi dan linkkan ke website mereka.

Sekiranya satu link dikenakan bayaran RM100 sebulan dan orang yang membeli link daripada website tersebut seramai 5 orang. Jumlah yang diperoleh daripada hasil jualan adalah RM500 untuk sebulan. Sekiranya si penual PR mempunyai dua atau tiga website, sudah tentu dia boleh memperoleh sebanyak RM1500 sebulan. Yang tu baru daripada jualan PR, belum lagi iklan-iklan yang dipamerkan.

Bagi aku, PR amat perlu. Tetapi ianya tidaklah sepenting mana kerana ada perkara yang lebih penting daripada itu. Sekiranya korang merasakan PR itu penting, korang kena cari jalan bagaimana untuk menaikkan PR korang. Tetapi bagi aku, better focus kepada segi penulisan dan SEO. Biar orang tertarik disebabkan hasil penulisan kita dan bukan disebabkan populariti yang kita ada. Populariti hanya sementara tetapi penulisan kekal sampai bila-bila.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Weblogs Centre (WBC) Kini Kembali
Budaya Hidup Masyarakat Korea »

Comments

  1. izzat says

    12.11.2008 at 9:04 am

    ak pun mula x kisah pasal PR dah bila PR dah di’down’kan Uncle Google dari 3 ke 0. hahaha.. try SEO la plak.. PR xder apa2 sgt pun..huhu:-|

    Reply
  2. megat says

    12.11.2008 at 2:32 pm

    blog peribadi aku tak kisah sgt psl PR tapi klu blog review kisah lah juga, lagi tinggi PR lagi tinggi nilai bisnes eheh

    Reply
  3. CypherHackz says

    12.11.2008 at 5:19 pm

    [Comment ID #32849 Will Be Quoted Here]

    Hu3. Selalunya orang yang kecewa macam tu la… :p

    [Comment ID #32868 Will Be Quoted Here]

    Aku tak suka sangat pada paid post ni sebab nilai yang dia bagi sangat sedikit dan tak berbaloi.

    Reply
  4. lut says

    13.11.2008 at 3:22 pm

    😕 owh…kalau nak check PR kita camner?

    Reply
  5. CypherHackz says

    14.11.2008 at 7:05 am

    Boleh check dekat pr.blogflux.com

    Reply
  6. ikoko says

    17.11.2008 at 4:23 am

    pada aku, PR hanya akan buat kita sedih dan rasa rendah diri.

    aku sokong kata kau, fokus pada penulisan kita.

    Reply
  7. mazudi says

    24.11.2008 at 11:59 pm

    Rasanya Google tak suka dengan paid link sekarang ni.
    Tu sebab paid directory mana ada PR dah.

    Reply
  8. xmindfreakx says

    25.11.2008 at 6:13 pm

    PR?takde kesah sangat pun…sebab blog aku tidak menggunakan adsense….blog peribadi kan…

    Reply
  9. Afzai Afandi says

    26.11.2008 at 2:14 am

    Salam kenal bro…

    aku pun kecewa dengan PR..coz PR ditendang dari 3 ke 0. hampeh!!Tak tahu bila dapat naik balik PR tu

    Reply

Trackbacks

  1. Janganlah Bersedih Jika Pagerank Jatuh di BlogAku.Net says:
    27.11.2008 at 2:59 pm

    […] (PR) untuk website-website yang ada di alam siber ini. Masih ingat lagi artikel aku mengenai Perlukah Google Pagerank? Ramai yang memberikan komen mengenai pendapat mereka tentang PR. Ada yang tidak ambil kisah dan ada […]

    Reply
  2. Bagaimanakah Untuk Mendapatkan Google PageRank Yang Tinggi? says:
    21.03.2011 at 10:27 pm

    […] Kredit, BlogAku.Net […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in