Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Bagaimana melanggan RSS Feed?

29.05.2007 // 4 Comments

Mungkin ada dikalangan anda tahu apa itu RSS feeds dan tahu bagaimana untuk melanggannya. Tetapi ada juga dikalangan anda sekalian tidak tahu bagaimanakah caranya untuk melanggan RSS itu dan tidak tahu apa kegunaanya.

Tetapi entri kali ini bukan untuk menerangkan kepada anda apa itu RSS feeds tetapi lebih kepada bagaimana caranya untuk melanggan RSS feed itu. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai RSS feed dari En Google ataupun boleh terus baca dari sini.

Untuk melanggan RSS feed, anda perlukan dua perkara. URL site feed tersebut dan juga perisian untuk membacanya. Untuk mendapatkan URL site feed, selalunya di website tersebut ada dipaparkan image-image ini atau pun hanya dengan menggunakan teks biasa.

RSS Feed

Anda hanya perlu copy URL link tersebut dan pastekan ia di dalam perisian pembacanya. Di sini, saya menggunakan dua perisian sebagai contoh, iaitu, FeedReader (percuma) and FeedDemon (berbayar). Oleh itu, entri kali ini mempunyai dua section yang fokus kepada setiap satu perisian ini iaitu:

  • Bagaimana melanggan RSS Feed menggunakan FeedReader?
  • Bagaimana melanggan RSS Feed menggunakan FeedDemon?

Mari saya mulakan dengan menggunakan FeedReader.

Bagaimana melanggan RSS Feed menggunakan FeedReader?

1. Tetapi sebelum kita mulakan, anda perlulah mendownload FeedReader terlebih dahulu. Download, install dan open software itu. Anda akan dapat paparan ini.

feedreader-01

2. Untuk memulakan langganan, click pada New kemudian pilih New Feed.

feedreader-02

3. Sekarang, kita akan melanggan RSS feed. Di sini saya menggunakan RSS feed dari website utama saya. Anda boleh menggunakan URL site feed saya ini sekiranya anda mahu. Copy dan pastekan ia di dalam kotak Add feed.

Untitled-3

4. Tekan Enter dan tunggu sehingga FeedReader anda habis mendownload feeds yang anda langgan. Apabila telah selesai mendownload, anda akan mendapat alert seperti gambar di bawah ini di skrin sebelah bawah kanan anda.

Untitled-4

5. Sekarang, anda sudah boleh menggelarkan diri anda sebagai pembaca atau pelawat yang setia. Kerana, anda merupakan pembaca rasmi bagi website yang anda langgan itu. Tahniah!

Untitled-5

Bagaimana melanggan RSS Feed menggunakan FeedDemon?

1. Dapatkan perisian FeedDemon terlebih dahulu. Kemudian, install dan run FeedDemon tersebut.

Untitled-11

2. Klik pada Subscribe dan pilih New Subscription. Dan anda akan mendapat mesej ini.

Untitled-21

3. Masukkan URL feed di dalam kotak yang disediakan. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan URL feed saya. Copy dan pastekan ia di dalam kotak tersebut. Kemudian klik Next.

Untitled-111

4. Selesai sahaja FeedDemon habis mendownload feeds, anda akan mempunyai pilihan samada untuk menyimpan feed tersebut di dalam folder yang sedia ada atau anda boleh membuat New Folder untuk feed tersebut.

Untitled-31

5. Seperti FeedReader, setiap kali terdapat update yang terkini, anda akan mendapat alert dari FeedDemon di sudut sebalah bawah kanan skrin anda. Di bawah ini merupakan screenshot setelah anda berjaya melanggan RSS feed.

Untitled-41

Diharapkan dengan tutorial ringkas ini, anda bolehlah melanggan feed website-website yang selalu anda lawati. Terutamanya website saya ini. :d

Copy URL ini dan pastekan ia di dalam FeedReader atau FeedDemon anda untuk melanggan RSS feed website saya ini. Terima kasih! 😉 [tags]rss feed, tutorial, feedreader, feeddemon[/tags]

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Dairi LI Day 18 – Hujan berhenti 3 kali
Dairi LI Day 19 – M-Blogger »

Comments

  1. shutterspeaks says

    29.05.2007 at 3:12 pm

    Netvibes work well for me and PocketFeed for my PDA. Cubalah netvibes 😉

    Reply
  2. CypherHackz says

    30.05.2007 at 10:48 am

    netvibes aku tak gune pun. aku lebih gune google reader and feeddemon je.

    Reply
  3. Gadis Kuantan says

    19.12.2008 at 8:11 pm

    Info yang betul2 berguna kepada akau

    Reply

Trackbacks

  1. Domain Aku Beranak-pinak di BlogAku.Net says:
    15.12.2007 at 10:20 pm

    […] Walauapapun, aku akan announce pasal project aku tu pada hari Isnin ni, insyaAllah. Korang nanti-nantikan la pada hari Isnin ni. Subscribe site feed aku ataupun subscribe gune email. So nanti takde la korang ketinggalan nak tahu pasal project aku tu. Hu3. Kalau korang tak tahu macam mana nak subscribe gune site feed, aku ada buat satu tutorial ringkas dekat entri ini. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in