Mengapakah mata kita berair ketika menguap?

bayi-menguap

Kita akan menguap apabila mengantuk, penat, bosan atau ketika kita kekurangan oksigen di dalam darah. Ekspresi ini adalah automatik dan kita tidak dapat mengawal pergerakan otot-otot muka ketika menguap.

Apabila kita menguap, otot-otot di muka akan berubah dan menyebabkan kita ingin menutup mata. Keadaan ini menyebabkan air mata terkeluar kerana otot-otot muka menekan kelenjar air mata. Air mata yang terkeluar ini pula berperanan untuk menyegarkan mata yang keletihan.

Selain daripada itu ketika menguap, otot-otot muka turut memberikan tekanan kepada kelenjar air liur sehingga menyebabkan air liur terkeluar ke dalam mulut (dan ada juga yang sampai terkeluar dari mulut). Itulah sebabnya kenapa Rasulullah s.a.w berpesan untuk menutup mulut ketika menguap,

Dari Abu Sa’id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya kerana syaitan dapat masuk.”

Sebagai tambahan, terdapat juga kajian yang mengatakan kita akan terikut menguap apabila melihat orang lain menguap. Adakah anda menguap apabila melihat gambar bayi di atas?

Comments

    • says

      Disebabkan ada ‘mirror neuron’ di dalam otak kita yang akan secara tanpa sedar terpengaruh dengan sesuatu perkara dan menyebabkan kita turut ingin menguap apabila melihat orang lain menguap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>