Weblogs Centre (WBC) Kini Kembali

Dulu, semasa aku mula-mula berkenalan dengan blog, forum Weblogs Center (domain telah expired) yang dikendalikan oleh saudara Syaiful merupakan tempat di mana aku berkenalan dengan ramai blogger di Malaysia. Di situlah tempat kami berbincang, bertanyakan pendapat, dan meminta pertolongan dalam menyelesaikan masalah blog kami.

Tetapi, setelah domain itu expired dan saudara Syaiful hilang entah ke mana, forum Weblogs Center telah pupus dan tidak lagi menjadi tempat perbincangan bagi blogger-blogger di Malaysia. Disebabkan rasa kekurangan dalam dunia blog, aku dan beberapa blogger tanah air yang juga dulunya merupakan ahli Weblogs Center kini membangunkan semula forum tersebut dengan nama baru, Weblogs Centre (WBC).

Weblogs Centre ini diwujudkan hasil usaha sama perbincangan dengan beberapa blogger yang aku jemput di dalam YM Conference. WBC merupakan sebuah forum komuniti bagi perbincangan mengenai blog, masalah blog, tips dan juga berkenalan dengan blogger-blogger tanah air. Hosting untuk WBC ini disponsor oleh ServerFreak dan domain pula disponsor oleh saudara Amanz yang juga merupakan salah seorang admin di WBC yang baru ini.

Jadi kepada semua blogger Malaysia, apa kata kita memeriahkan forum WBC ini dan promotekanlah WBC di blog korang semua. Jadikan WBC sebagai satu tempat di mana korang dapat berkenalan dengan blogger-blogger tanah air dan juga sebagai tempat untuk korang menambahkan ilmu dan pengetahuan dalam berblog. Diharapkan dengan adanya WBC ini, kita dapat mengembalikan semula suasana dunia blog yang meriah dan harmoni seperti suatu ketika dahulu… Ceh! ;))

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon

Entri Lain Yang Berkaitan

Pengendali Blog

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

9 Responses to “Weblogs Centre (WBC) Kini Kembali”

  1. owh.. menarik..
    aku daftar segera.. hehe

    November 9th, 2008 | 6:30 pm | Reply
  2. =|yeah aku dah mendaftar.. hohoohoh

    November 9th, 2008 | 8:19 pm | Reply
  3. Apa lagi kawan2… Promote!!! :D

    November 10th, 2008 | 10:59 pm | Reply
  4. ye lah.. hampir lupa ngan forum ni.. nak register balik. :):d

    November 11th, 2008 | 10:20 pm | Reply
  5. jom sama-sama idupkan balik..hoho =|=|

    November 12th, 2008 | 11:58 am | Reply
  6. Lisa on November 11, 2008 at 10:20 pm said:

    ye lah.. hampir lupa ngan forum ni.. nak register balik. :):d

    Aah. Lisa pun dulu merupakan salah seorang member dekat WBC.

    November 12th, 2008 | 5:20 pm | Reply
  7. [...] Cubiex.com ~ Malaysia Affordable Domain and Web Hosting menawarkan pakej web hosting, reseller hosting, vps hosting mampu milik serta premium kepada individu dan syarikat [...]

    December 19th, 2009 | 3:09 pm | Reply

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: