Wajib Tonton – Iron Man

Semalam 30hb April 2008, merupakan tarikh kelahiran cerita Iron Man di panggung-panggung seluruh Malaysia. Dan apa lagi, aku pun mengambil peluang untuk menonton cerita Iron Man ini bersama-sama dengan gf aku. Hu3.

Memang best! Memang cara! Memang tak terungkap dengan kata-kata!

Cerita Iron Man ini memang patut aku bagi 5/5 bintang dengan taraf Wajib Tonton. Sungguh jarang aku nak bagi 5/5 bintang ni. Even cerita I Am Legend pun aku bagi 4.5/5 bintang je. Gf aku pulak siap bagi terlebih-lebih bintang. 11.5/10 bintang katanya. Nampak sangat cerita ini best.

Kenapa best? Well…aksi-aksi yang terdapat dalam cerita ini sungguh mengagumkan. Korang akan cakap “Waa….”, “Woo….”, “Best, best…” bila korang tengok cerita ini. Memang aku tak tipu. Giler punye best cerita ini. (Habis promote la kan aku ni…)

Iron Man mengisahkan bagaimana Tony Stark, seorang pakar dalam membuat senjata telah sedar bahawa senjata yang dia buat itu bukan untuk kebaikan tetapi untuk memusnahkan tamadun manusia itu sendiri. Dia sedar pun selepas die kene tangkap dekat Kandahar dan dia lihat dengan mata dia sendiri, seorang rakan dia telah dibunuh dengan senjata keluaran dari kilang senjata dia. Jadi Tony telah bertekad untuk memberhentikan pembuatan senjata dan menggantikan dengan membuat suit senjata untuk diri dia bagi membasmi gejala perosak yang suka perang-perang ni.

Yang best adalah, teknologi yang digunakan untuk buat suit tu. Memang best beb. High-tech giler. Bayangkan la, dia buat suit tu secara 3D pancaran dari laser. Semua kawal dengan guna tangan je. Bukan guna mouse macam kita guna sekarang ni. Dah tu pulak, siap dia boleh test lagi 3D simulation yang dibuat tu direct dari pancaran laser tu. Punya la gempak!

Then kat rumah dia ada robot-robot yang dibina sendiri. Siap robot-robot kat rumah dia tu faham apa yang dia arahkan. Tapi ada gak slack sikit kat salah satu robot dia tu. Tak mengikut arahan. Tapi tu yang buat satu panggung tergelak tu.

Kalau korang cakap kenapa la hero dia lelaki tua. Aku rasa, memang patut pun dorang pilih yang tua sebab memang bersesuaian. Tetapi kenapa? Korang kena tonton sendiri. Dan cerita ni best dan lawak sangat-sangat. Kalau korang tak percaya, korang pergi la tengok dekat mana-mana panggung yang dekat dengan tempat korang dan rasailah sendiri.

Aku cerita dekat member-member aku yang belum tengok, dorang semua teruja nak pi tengok. Hua3. So apa lagi, pergi la bersiap. Pergi tengok cerita Iron Man ni hari ni jugak! Shuh!

ps: Hari ni gf aku balik… Uwaaa… Jumpa lagi my dear… Nanti semester depan kita jumpa ok? :(

Baca Yang Ni Pulak

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

15 Responses to “Wajib Tonton – Iron Man”

  1. can give only 4/5 coz it got sequel later on,rite..aahh dem…

    May 1st, 2008 | 7:52 pm | Quote
  2. aku suka tu endingnya

    “i’m Ironman” :d

    May 2nd, 2008 | 4:27 pm | Quote
  3. Movie Runner…

    12.00 tengahari = IRONMAN
    Bleh tahan best. Sangkaan aku betul-betul meleset. Dulu masa tengok trailer, aku tak bape berkenan sebab aku memang tak bape suka dengan cerita robot-robot ni. Tapi bila tengok muka Robert Downey Jr. serta lakonannya yang san…

    May 2nd, 2008 | 9:08 pm | Quote
  4. aaa.. citer ni ada sequel ke? warf.. memang patut tonton citer ni

    May 2nd, 2008 | 9:09 pm | Quote
  5. huhu..
    ak nka tgk bro tp dlam exam lagi..so,tggu lpas hbiz exam..tahun nie byk citer menarik kuar panggung..speedracer..hulk..ape lg heh..

    p/s: famous blog ko lg satu bro..de masuk dalam post..die cakap The Malaysian technology blog worth reading..heheh..

    http://crenk.com/2008/05/02/mo.....-april/:-?

    May 3rd, 2008 | 2:06 pm | Quote
  6. huiyo..aku nak tgk 2 movie ari ni..sex and the city ngan iron man..sape nak join?

    May 4th, 2008 | 10:30 am | Quote
  7. nak bagitau ni. anda kena tag. yeah!

    May 4th, 2008 | 7:03 pm | Quote
  8. Kene tagged jugak..

    May 5th, 2008 | 12:28 am | Quote
  9. huuhuh..aku juga teruja..last aku tgk pon trailer kat panggung tu pon mase nak tnggu forbidden kingdom….

    May 5th, 2008 | 10:39 pm | Quote
  10. [...] selanjutnya korang boleh baca kat blog CypherHackz dan jugak Mixter neh. Penat nak cerita panjang² [...]

    May 6th, 2008 | 2:50 am | Quote
  11. Kenapa aku kene tag? :(

    May 6th, 2008 | 6:38 pm | Quote
  12. hajat memang nak tengok citer nih tapi kat kelantan takder panggung wayang… wayang kulit ada la… aku dulu dok layan kartun ironman jer…:x

    May 7th, 2008 | 11:00 am | Quote
  13. Hua3. Tu la… Entah bile la agaknya kelantan akan ada wayang neh. Habis tu, mendownload je la keje kau eh?

    May 7th, 2008 | 12:17 pm | Quote
  14. bro… cite ni mmg best. klu korg tgk cite ni utk release tension n cr cite yg enjoy, aku mmg rekemen cite ni. tp klu krg berfikiran agak radical, aku tak rekemen cite ni. sbb filem ni menunjukkan amerika gile baik n best, org2 afghanistan (muslim) gile jht smpai sggup bunuh bangsa sendiri

    May 8th, 2008 | 1:38 pm | Quote
  15. Yup! Memang best giler. Tak rugi la duit kalau tengok cerita ni. :)>-

    May 9th, 2008 | 9:38 am | Quote

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: