Wajib Tonton – Alvin and The Chipmunks

Cerita Alvin and The Chipmunks ini ditayangkan di panggung tanah air pada tahun lepas. Tetapi aku berkesempatan untuk menonton cerita ini pada hari ini. Well, cerita ini aku berikan status Wajib Tonton dan diberikan 4.5 bintang daripada 5.

alvin-blogaku
Chipmunks yang comel — Simon, Alvin dan Theodore

Jalan cerita yang tidak membosankan dan dipenuhi dengan lawak jenaka comel dari Alvin, Simon dan Theodore. Korang mesti tergelak punya la bila tiga Chipmunks ni buat hal. Dalam banyak-banyak perkara yang berlaku, aku suka part dorang nyanyi.

Terdapat banyak part yang dorang nyanyi. Masa intro pun, dorang dah mulakan dengan sesi menyanyi. Gabungan suara Chipmunks yang sungguh harmoni menyebabkan aku mengulang-ulang cerita ini untuk menonton nyanyian dorang. Memang best!

Di antara part-part yang menarik bagi aku adalah:

  • ketika intro, lagu Bad Day
  • masa Alvin, Simon dan Thedore dihalau keluar ketika hujan, lagu Only You
  • lagu Chipmunks Song, aku suka gaya Alvin hentak-hentak kaki — comel!
  • dan akhir sekali, lagu Witch Doctor.

Dengan telatah yang comel dengan suara Chipmunks mereka membuatkan aku terhibur. Aku rasa walaupun korang semacho mana pun, walaupun korang seayu mana pun, korang pasti gembira dan terhibur menonton cerita Alvin and The Chipmunks ni.

Sedikit tambahan sebelum aku menghabiskan entri aku untuk kali ini, aku ingin menunjukkan kepada korang semua bagaimana sukarnya untuk buat suara bagi ketiga-tiga watak ini. Suara perlu dibuat dengan perlahan. Tak boleh cakap laju-laju sebab kalau tidak, bila diubahsuai ke suara Chipmunks, akan menjadi laju sangat dan tidak difahami.

Cuba dengar klip audio di atas. Susah kan nak buat suara Chipmunks nih?

Jadi kepada korang yang belum tonton cerita Alvin and The Chipmunks ni, pergi la tengok. Memang best dan WAJIB DI TONTON!

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon

Entri Lain Yang Berkaitan

Pengendali Blog

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

11 Responses to “Wajib Tonton – Alvin and The Chipmunks”

  1. Suara perlu dibuat dengan perlahan. Tak boleh cakap laju-laju sebab kalau tidak, bila diubahsuai ke suara Chipmunks, akan menjadi laju sangat dan tidak difahami.

    btol ke ni.. ko ada nero? kalau ade nero, ko try buka nero waveeditor pastu pergi kat voice modification kat bahagian effect, aku bagi contoh lagu mawi, die tak perlu perlahankan suare untuk menjadi suare seperti chipmunks..

    dan aku tak rase, hollywood yg mmg terkenal ngan sound effect gempak2, actor mereka perlu menyanyi dengan perlahan seperti tu utk dptkan suare chipmunk…

    tp wallahualam.. hehehe

    February 7th, 2008 | 9:10 am | Reply
  2. huhu..aku rakam suara kat voice editor je..pastu naikan speed..terus jd mcm chipmunk..buat kat anak sedara aku..dia ketawa sampai menangis air mata..ko dah tgk cj7? nanti review kan ek :D

    February 7th, 2008 | 11:57 am | Reply
  3. Okeh2 akan ku tonton…. Nantikan omelanku di blog…

    February 7th, 2008 | 2:24 pm | Reply
  4. Belum tengok lagi cerita diri sendiri…huhu

    February 7th, 2008 | 4:52 pm | Reply
  5. memang wajib tengOK comei je ++ suke dengar dorang nyanyi.harMONI!

    February 8th, 2008 | 10:02 am | Reply
  6. aku rasa kalau nk wat suara chipmunk ni pakai Audacity pun boleh.
    pergi ke Change Pitch. Dia tukar pitch tanpa tukar tempo.

    February 9th, 2008 | 10:27 am | Reply
  7. ala. i tak tengok lagi. tak nak baca entry ni. spoiler. [-(

    February 9th, 2008 | 5:54 pm | Reply
  8. Ari tu tak sempat nak tengok movie ni.. nanti la donlod :d

    February 12th, 2008 | 5:37 pm | Reply
  9. sayang bie =)

    comei ble theodore nk tdo tu.. cute sgt2.. :d

    February 23rd, 2008 | 4:04 pm | Reply
  10. My friend mentioned to me your blog, so I thought I’d come have a read. Very interesting material, will be back for more!

    April 19th, 2010 | 3:01 pm | Reply

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: