Makin hari, makin ramai yang menjadi blogger

makin-hari-blogaku

Pada mula-mula aku berkenalan dengan blog, aku menjadikan Blogdrive (blog aku di Blogdrive) sebagai pelantar pertama aku. Kemudian, aku beralih arah ke Blogspot (blog aku di Blogspot). Sekadar ingin mencuba-cuba dengan Blogspot. Tidak lama kemudian, aku membuat keputusan untuk membeli sendiri hosting dan juga domain sendiri untuk aku jadikan sebagai tempat aku berblog di CypherHackz.Net.

Dulu, kalau aku ceritakan pada kawan-kawan aku mengenai blog, ramai yang tanya aku balik, “Blog tu apa?”. Owh…sungguh susah aku hendak menjawab pertanyaan sedemikian. Bagi mereka, blog hanyalah sebuah tempat untuk kita menulis dan mencurahkan idea yang tidak memberikan apa-apa makna.

Tetapi, sekarang ini, aku lihat ramai rakan-rakan aku yang sudah menjadi blogger. Semakin hari, semakin ramai yang berjinak-jinak belajar bagaimana untuk menjadi blogger. Sehinggakan di kelas, aku memanggil mereka dengan nama blog mereka. Berdekah-dekah kami seketika sehingga riuh rendah satu kelas.

Siapa kata dengan berblog kita tidak mempunyai wawasan? Siapa kata dengan berblog kita tidak mempunyai kehidupan? Tengok sajalah, berapa ramai yang sudah berjaya memperoleh duit yang beribu-ribu banyaknya dengan hanya berblog. Dan tengoklah betapa gembiranya aku bersama rakan-rakan ketawa bila dipanggil dengan nama blog kami masing-masing.

Janganlah kamu memandang rendah kepada blogger. Kami adalah ramai. Kami semua mempunyai tujuan yang sama. Mengemaskini blog supaya anda semua terhibur dengan penulisan kami. Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian dari kami, ayuh! Bukalah blog anda dan beritahulah kepada kami semua.

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon

Entri Lain Yang Berkaitan

Pengendali Blog

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

36 Responses to “Makin hari, makin ramai yang menjadi blogger”

  1. aku setuju! aku dulu pakai blogspot. then pakai html biasa2 je..then terus WP!

    February 1st, 2008 | 3:11 am | Reply
  2. blogger terdiri dr orang yg ske berkongsi..kalau seseorang tu kerek giler, xdenyer nak memblog…

    February 1st, 2008 | 4:51 am | Reply
  3. #Fahmishah – Aku pun dulu ada jugak gunakan HTML biasa saja. Kemudian baru guna blogdrive. :D

    #melayubuntu – Aah. Blogger suka berkongsi dengan apa yang dia ada. :)>-

    February 1st, 2008 | 7:51 am | Reply
  4. tahun 1998 dulu aku start dgn geocities… tapi bukan blog le…

    February 1st, 2008 | 9:25 am | Reply
  5. saya bangga menjadi bloggers Malaysia….:)>-:)>-:)>-

    February 1st, 2008 | 12:32 pm | Reply
  6. yap.. aku pun sokong… menulis blog ni bukan tahap saje2 je atau suke2 tapi byk perkara boleh belajar dari blog ni… :)>-

    February 1st, 2008 | 1:31 pm | Reply
  7. :d aku amat sokong dengan setiap huraian yang ko beri.

    kebetulan aku baru sahaja DIHERDIK dan DIPANDANG RENDAH oleh kawan sendiri. dia bukan taktau aku ni kaki blog. bayangkan bila apa yang kita minat, dipandang rendah dan dihina diherdik..

    “kalau nak pasang streamyx pun kat rumah, kita gunakan hanya untuk pendidikan je. janganlah guna untuk mende-mende merepek..” kata dia.

    kata aku pula.. “mende-mende merepek??” .. aku dah start rasa tak sedap hati..

    “aler.. mende-mende merepek macam BLOG.. chatting” .. kata dia ngan muka poyos.

    aku jadi PANAS la yang amat… malas nak mengadap muka dia masa tu. terus tarik diri dari persidangan. masuk dalam bilik. sakit hati. bodow tul. aa.. kan dah kena bodow.

    anyway.. aku sokong dengan setiap kata-kata ko dalam entri ni.

    go go blogger~~!!

    February 1st, 2008 | 1:41 pm | Reply
  8. dan.. lagi satu.. semalam pun.. dipandang enteng..

    aku beli majalah pc.. ada isu BLOG di muka hadapan majalah tu. sekali tu dia plak bleh tanya.. “aik.. beli majalah ni sebab “blog” ke? tengok berapa ringgit… ” .. mungkin pada sangkaan dia bapak mahal.. agaknya dia fikir harga majalah tu 8 hinggit kot… pastu bila tengok harga.. “ooh.. murah je.. RM4.80″.. huk aloh.. sukati aku la kan nak beli. duit aku. tuih la.

    aa.. marah ni.. hina sangat agaknya bila ada kegemaran blogging.

    February 1st, 2008 | 1:44 pm | Reply
  9. hm..kat malaysia je dah brape ramai :D

    February 1st, 2008 | 4:01 pm | Reply
  10. dulu aku blog guna html, setiap satu entri, satu page. haha. tu masa wawaonline dulu la. pastu pegi blogspot, guna setahun. pastu pakai wp. masa aku pakai wp, tak ramai lagi blogger guna wp. pastu wp pon cam buruk sket, simple je. skg da mantap. mana2 pegi, sume guna wp. haha.

    February 1st, 2008 | 4:14 pm | Reply
  11. aku setuju dengan ikoko..
    memblog bukan satu kerja yang buang masa,merepek atau x berfaedah. Ingat senang ke nak update blog. Kena pakai otak. Baik hbiskan masa update blog@baca n komen blog org lain dari lepak kat Kilat (tempat snuker port budak2 lepak di temerloh)

    February 1st, 2008 | 4:21 pm | Reply
  12. aku dulu guna geocities gak, tapi tak tau plak yang apa aku buat masa tu dipanggil “blogging”

    February 1st, 2008 | 5:05 pm | Reply
  13. Ehhh kalau memblog tu hampeh, apsal plak saya bleh tahan begitu lama… Siap dah grad, dan nak grad sekali lagi… Ramai haper kawan2….

    Kamu tahu, kawan loyal saya, banyak kenal dari blog….

    February 1st, 2008 | 5:26 pm | Reply
  14. azhar, archive blog awak la yang saya tengok paling lama dan banyak entri. dan masih aktif sampai la sekarang .tahniah2 ^^

    February 1st, 2008 | 9:17 pm | Reply
  15. syia pulak dulu dgn blogdrive.. lepas tu.. blogspot..wordpress..lepastu blogspot balik..

    1 je susah kadang2 nak maintain motivasi blogging ni

    Azhar tu memang rajin mengupdate dgn citer2 seramnye hehe

    February 1st, 2008 | 9:46 pm | Reply
  16. saya noob.hehe.. baru jer start.. cypherhackz is my reference

    February 1st, 2008 | 10:40 pm | Reply
  17. Sama La Dengan Aku. Tapi Aku Terus Beli Hosting Dan Domain Tanpa Menggunakan Platform Lain Sebelumnya..

    February 2nd, 2008 | 12:08 am | Reply
  18. betul.. ramai kata blog itu adalah benda yang membuang masa..dan aku jawab.. ’suka hati aku.. masa aku…’
    aku rasa puas meluahkan segala benda kat blog..

    February 2nd, 2008 | 12:46 am | Reply
  19. aku lebeyh kurang same dgn ko ..
    1st : blogspot
    2nd : blogdrive
    3rd : terus pindah ke wordpress

    dan blog ku masih lagi kurang kunjungan orang .
    huhu

    February 2nd, 2008 | 3:07 am | Reply
  20. tak ada salahnya…orang tak suka kita tak boleh buat apa.citarasa kita berbeza…teruskan…

    February 2nd, 2008 | 4:45 am | Reply
  21. Erks! Tak sangka pula aku ramai yang berikan komen. Bagus-bagus. Terima kasih di atas komen-komen yang diberikan. :)>-

    February 2nd, 2008 | 11:04 am | Reply
  22. aku setuju..blog adalah suara kita…mana mampu kita bercakap dalam khalayak ramai dengan keyakinan melainkan melalui tulisan…ingat kita dahulu merdeka dengan hasil tulisan yang membina…

    February 2nd, 2008 | 2:05 pm | Reply
  23. sokong ngan ko fauzi ;)
    ada org kata blogging ni mcm syok sendiri terutama yg cite psl diri sendiri. maybe ada yg ss..tp ada jugak yg bawa maksud tersirat.

    ms aku kat lab comp, penah sorg kwn tny aku buat apa. aku ckp tgh update blog. “hebat ko ada blog” katanya. maybe dia pk buat blog ni susah kot.

    yg pasti..blogging bukan sekadar blogging. masing2 ada tujuan sendiri

    February 3rd, 2008 | 1:27 am | Reply
  24. aku plak sedang menarik org ramai berblog,terutamanya budak kos aku….ramai2 manusia dalam kelas aku,sorg pun tak berblog..hampeh tul…semalam baru dapat berita,ade org nak berblog,aku terus suppot..moral support la…hehe

    February 3rd, 2008 | 10:11 am | Reply
  25. ak sokong artikel ni..
    ramai yang kat luar sana x tahu apa itu blog..
    guna internet tahu..tp x tahu apa itu blog..
    ada kawan ak tanye..
    “apa tu blog?”
    ak cakap blog tu bley jadi apa2 je…
    kalo ko nak die jadi diari pun boleh, jadi tempat cari ilmu pun boleh, tempat curah ilmu pun boleh..ape2 je…
    ak pun dah mula cam serius nk berblog ni..
    dulu cam main2..buat2 tinggal..buat2 buang..hhaha..
    tp skrang cam nk serius dah..hehe..

    February 3rd, 2008 | 1:03 pm | Reply
  26. hmm… sy tak faham. kenapa ada segelintir yang memandang rendah kepada bloggers? setahu saya, tiada seorang pun kawan saya yang memandang rendah akan hobi ini. malah, mereka menyokong dengan melawat blog saya. mereka juga memandang tinggi akan kebolehan saya dalam mereka dan membina website sendiri ini. kalau orang tak suka blog kita… tak payah visit lg dan lupakan sahaja blog kita. mudahkan? hehe. ini pendapat saya je. dah, malas dah nak type. wahaha

    February 3rd, 2008 | 10:47 pm | Reply
  27. :d Betul tuh cyperhacks.. Saya pun berblog sejak 2001, bermula dari blogspot dan menggunakan blog sebagai medan untuk meluahkan rasa tidak puas hati, mengumpat orang yang saya benci dan mengata bos yang kuat mendera.. :-|

    Ianya dapat mengelakkan saya dari menjadi gila.. =|

    February 7th, 2008 | 8:45 pm | Reply
  28. Kebanyakkan yang bagi komen adalah blogger. Aku kadang2 nak jugak dengar pendapat dari orang yang bukan blogger. Owh, mungkin dorang takut dorang kena serang kot kalau dorang mengutuk blogger. :))

    February 8th, 2008 | 10:52 am | Reply
  29. kt blog aku… aku rasa ade 2@ paling bayak 4 la loyal visitor yg bukan blogger…hohohoho laen sume dtg dari blogger & search engine…hohoho:(:(

    February 11th, 2008 | 12:15 am | Reply
  30. March 15th, 2008 | 2:39 pm | Reply
  31. albab

    :d:((:((:((:((:((

    September 10th, 2008 | 9:22 am | Reply
  32. ngeblog sudah jadi gaya hidup, banyak sisi positifnya diantaranya bisa bagi2 pengalaman dengan orang lain

    October 20th, 2009 | 9:26 pm | Reply
  33. Cars and houses are quite expensive and not everybody can buy it. But, mortgage loans was created to aid different people in such cases.

    March 9th, 2010 | 2:21 am | Reply

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: