Dairi LI Day 36 - Hampir Eksiden
Yeah!!! Kali ini aku ingin menceritakan apa yang berlaku pada dua hari yang lepas. Hu3. Saje je nak menceritakan bende yang lepas dan ianya berlaku pada aku. Iaitu, hampir eksiden (hampir ke?).
Masa tu aku dalam perjalanan balik dari tempat kerja. Masa tu aku baru je lepas turun MRR2 (Gombak ke Damansara) and masa tu jugak jalan tengah jem. Masa dalam aku tengah baik punya cilok dekat celah-celah kereta, then aku nampak lori treller Abu di depan aku. Dan di sebelah kanan die ada lori treller jugak, Awang.
Mase tu aku dah nak mencelah dah coz lori-lori tu pun aku tengok macam ok je. Jalan masa tu pun tengah jem tapi masi bergerak la setiap kenderaan. Dalam masa aku tengah nak pecut mencelah tu (masa tu aku dah kat sebelah ekor treller Abu dah), tibe-tibe kepala lori Abu tu bergerak masuk ke kanan secara mengejut, mengelak sesuatu. Hampir-hampir kepala lori Abu mencium badan lori treller Awang. Aku pun mengelak jugak secara mengejut ke kanan.
Rupe-rupenye, lori Abu tu mengelak coz ada kereta (sebelah kiri Abu) tiba-tiba masuk menyelit jugak. Dah la lori Abu tu besar. Dats why die tibe-tibe pusing stering ke kanan tuh coz tibe-tibe die nampak kereta tu menyelit.
Fuh…nasib baik aku tak mencelah habis masa tu. And nasib baik jugak masa aku mengelak tu, takde kereta di sebelah kanan aku. Kalau tidak, tak tahu la apa terjadi pada aku ye. Mungkin korang tak dapat nak baca entri-entri aku nanti. He3. Hurm…musti kete-kete kat belakang aku cakap, fuyo!!! ![]()
Kesimpulannya, berhati-hati ketika memandu and menunggang. Ingatlah orang yang tersayang. Hu3.
Baca Yang Ni Pulak
- Dairi LI Day 7 - Member aku eksiden… - Member aku, Emran atau lebih dikenali dengan nama panggilan Em,...
- Dairi LI Day 22 - Woi! Berhenti la!!! - Maaf sebab tajuk kali ini agak kasar sedikit. Bukannya aku...
- Dairi LI Day 29 - Kasihan Prof ku - Hari ini lecturer aku dari UTM datang membuat lawatan. Die...
- Dairi LI Day 40 - YM Mass Attack - Korang dah baca kan entri aku sebelum ni di mana...
- Dairi LI Day 32 - Bowling di Mercumaya - myNote: Entri ini adalah untuk hari Jumaat yang lepas ok....

huhuh tuh ar.. kadang2 tu kita rasa boleh lepas je sume.. tp xtau camne pemandu lain bawak.. berhati2 lah di jalan raya. ingat orang yg tersayang. hehe.
weh, manchur ko nih macam biasa kena jerk yerk… sy nih jarang kena sebab naik moto
kesimpulannya jangan menyelit2 kang terbelit salah silap terbeliak hoke
hu3. ye, ingatlah orang yang tersayang.
kau naik ape madnilk?
hoke bro. tak selit tak menyilok. bulih? he3.