Dairi LI Day 4 - Mari-mari buat LI…
Semalam, pakcik aku baru sahaja dikebumikan. Pada malam itu, kami bertahlil. Begitu juga hari ini dan juga esok. Namun, aku masih terfikir mengenai nasib anak-anaknya yang masih kecil itu.
Pada malam tadi, setelah tahlil, anaknya yang kedua bertanya pada ibunya.
“Ibu, hari raya nanti ayah balik tak?”
“Tak balik”, kata ibunya dalam nada sedih.
“Balik la ibu… Nak ayah balik jugak!”, bentak anaknya.
“Baiklah, nanti ayah akan balik. Tapi ayah datang jenguk sekejap je.”
Meraung-raung si anak mendengar jawapan ibunya. Anaknya itu masih tidak faham apa yang berlaku. Walaupun yang sebenarnya, ayahnya telah pun meninggal dunia. Sebak hati ibu melihat anaknya itu.
Kisah LI ku…
Hari ini aku gembira. Gembira sebab aku diberikan tugasan oleh En Mizan. Hu3. Ada jugak kerja yang aku buat untuk LI aku ini. Tugasan aku adalah update website dorang. Update bahagian HelpDesk.
Walaupun kerjanya tidak susah, tapi aku happy coz ada la jugak bende yang aku buat. Takde la aku asyik melangut di depan computer itu lagi. Hu3.
myNote: Pada hari esok, aku akan ke UTM. Sebab ada MUET (speaking) pada pagi Khamis. Owh…cuaknya… [tags]latihan industri[/tags]
Baca Yang Ni Pulak
- Dairi LI Day 3 - Pakcik aku meninggal… - Al-Fatihah... Hari ini aku cuti kerana pakcik aku meninggal dunia...
- Mari join buat projek - Saya sedang mengusahakan satu projek yang bagi saya memang bernilai...
- Dairi LI Day 6 - Nak buat theme baru… - Sebelum tu aku nak bagitahu yang aku baru saja sampai...
- Dairi LI Day 25 - Mari beli theme - Aku menjual theme untuk mereka-mereka yang ingin membeli. Harga dia...
- Dairi LI Day 12 - Buat theme lagi… - Hari ni takde apa kerja aku kat Mercumaya. Hu3. :d...

Leave a Reply