Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Dairi LI Day 31 – Mercumaya DDoS Attack

14.06.2007 // 9 Comments

Korang jangan main-main, Mercumaya baru-baru ini baru sahaja kene DDoS (Distributed Denial of Service) attack. Tapi bukan server dorang la yang kene. Cume kene kat network kitorang je.

Tapi korang tahu tak apa itu DDoS? Erm…dari apa yang aku tahu, mengikut kamus Dewan Bahasa jilid ke 9 (aku tipu nih), DDoS tu merupakan satu kaedah yang digunakan oleh hacker-hacker yang tak bertauliah untuk membunuh server atau PC seseorang. Kaedahnya adalah dengan menghantar packet-packet file yang besar ke sesebuah komputer secara bertalu-talu dan banyak sangat-sangat sehinggalah komputer tersebut tidak dapat menampungnya. Dan apabila tidak tertampung, maka boleh musnah la komputer tersebut.

Yang jadi masalahnya, DDoS yang berlaku di Mercumaya ini bukan disebabkan oleh orang luar. Tetapi oleh pekerja-pekerja Mercumaya itu sendiri (termasuk aku ler tu). Disebabkan kitorang ni bosan and geek sangat (macam poyo jek), kitorang pun menDDoS antara satu sama lain. Hu3.

Korang tidak percaya? Saksikan pic di bawah ini.

Baca selanjutnya…

Dairi LI Day 30 – Forum phpBB

13.06.2007 // 53 Comments

Untuk hari ini, aku ingin berkongsi dengan korang apa itu phpBB. Mungkin ada di antara korang dah tahu phpBB tu apa. Tetapi, bagi kepada sesetengah mereka yang tidak tahu itu, mereka boleh la meneruskan membaca entri aku kali ini. Tak baik tak baca. Bak pepatah Melayu ada mengatakan,

Orang memberi, kita merasa

So, let’s enjoy… (buat gaya Puteri)

phpbb-logo.jpgphpBB merupakan sistem PHP yang khas untuk forum. Ianya diasaskan oleh pakcik phpBB di mana, anak kepada menantu die yang sebelah dua pupu tu sedara kepada adik menakan die, menghasilkan sebuah forum dengan menggunakan PHP. Setelah berhempas pulas, akhirnya berjaya die membuat forum yang dinamakan phpBB bersempena nama die. (aku tipu korang je nih)

Baca selanjutnya…

Dairi LI Day 29 – Kasihan Prof ku

12.06.2007 // 4 Comments

Hari ini lecturer aku dari UTM datang membuat lawatan. Die datang sebab ingin melihat anak didik die ni. Mungkin die rindu dengan aku barang kali. Hu3.

Die datang setengah jam lebih awal dari masa yang dijanjikan. Sungguh bagus lecturer aku ini. Owh…lupe pulak aku nak bagitahu nama dia. Nama lecturer aku yang datang tu, Prof Abu. Beliau merupakan lecturer Sistem Digit aku masa aku tahun 3 semester 1. Memang power and hebat beliau nih. Beliau juga berkhidmat di company Intel Malaysia, Penang. Kadang kala beliau terpaksa pergi balik JB Penang coz nak bagi taklimat pada engineer engineer di sana.

Ok berbalik pada lecturer aku ini. Beliau sampai office aku dalam pukul 1130 pagi. Mase tu aku tengah ada keje sikit dekat Mercumaya ni. Dalam tengah tekun and khusyuk membuat kerja, tibe-tibe, anset aku bergetar. Aku meneka, mungkin itu Prof Abu yang memanggil. Bila aku jawab call itu, ya. Ia memang dari Prof Abu. Die sudah berada di depan pintu katanya.

Baca selanjutnya…

Dairi LI Day 28 – Rempit! Aku lah juara!

11.06.2007 // 14 Comments

Memang setiap impian lelaki yang berdarah muda pantang dicabar. Kau, kau, kau dan kau. Aku tahu korang semua sama saja. Pantang dicabar lagi-lagi bila maruah dipertaruhkan.

Korang pernah menonton cerita Remp-IT? Cerita yang penuh dengan adengan aksi penunggang moto yang menggelarkan diri mereka sebagai mat rempit sedangkan tidak mempunyai lesen moto. Huh! Aku amat benci kepada mereka-mereka yang suke berlagak tetapi tidak tahu langsung akan peraturan dan undang-undang.

Macam mana Malaysia nak berbangga kalau rakyatnya masih ada yang tidak tahu tatasusila dan adat ketimuran? Di mana perginya tanggungjawab mak bapak yang hanya tahu melahirkan tapi tidak tahu langsung bagaimana menjaga dan mendidiknya? Siapa yang harus dipersalahkan sebenarnya? Aku? Kau? Dorang? Mereka? Kita? Fikir-fikirkanlah…

Baca selanjutnya…

Dairi LI Day 27 – Wuuu…Ayamas!

08.06.2007 // 2 Comments

Tengah hari tadi aku dan rakan-rakan sekerja yang lain dapat makan free. Hu3. En Mizan, bos kitorang belanja makan Ayamas dekat Carrefour Wangsa Maju.

Aku jarang sangat-sangat makan Ayamas. Last sekali aku makan Ayamas ni rasa-rasanyer 8 tahun dahulu. Lama kan? He3. Memang lama. Tapi thanks la kepada En Mizan ngan isteri die serta dengan anak die yang kecik comel tu kerana sudi belanja kitorang lunch. Bukan senang wo bos nak belanja. Hu3.

Habis part ayamas, ni part lain pulak. Artikel untuk M-Blogger tu aku dah siapkan dan dah hantar dah pun pada Ramz. Just tunggu je apa pendapat dia. If tak ok, aku tulih lagi. Hu3.

Lagi satu, minggu depan hari Selasa, lecturer aku nak datang. Datang melawat katanya. Uwaaa… Apa je yang aku nak sembang dengan die nanti. Ish3. [tags]latihan industri, ayamas[/tags]

« Previous Page
Next Page »

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in