Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Berbulan Madu di Korea

09.02.2011 // 6 Comments


Makanan kegemaran orang Korea, Kimchi – kredit, CypherHackz

1. Pada tahun 2008 yang lalu, aku pernah berhijrah ke Korea untuk menuntut ilmu atas urusan kerja.

2. Selama dua bulan menetap di sana, banyak perkara yang telah aku pelajari.

3. Daripada gaya hidup mereka yang sangat berbeza dengan Malaysia dan juga makanan yang ada di sana juga sangat unik dan jauh sekali dengan apa yang kita makan di tanah air kita ini.

4. Oleh sebab itu, aku berkeinginan untuk membawa isteri ku ke sana.

5. Berbulan madu, berdua-duaan bersama isteri tersayang di Korea adalah salah satu matlamat aku dalam hidup ini.

6. Selain daripada itu, aku ingin memberikan dia peluang merasai bagaimanakah keadaan dan suasana ketika berada negara orang.

7. Itu pun ianya hanya akan menjadi realiti jika aku mempunyai rezeki yang lebih.

8. Walau apapun, InsyaAllah mudah-mudahan apa yang aku rancangkan ini akan menjadi kenyataan dan diizinkanNya.

ps: Saudara Dekan pun pernah ke Korea pada tahun lepas. Mungkin beliau juga ingin berkongsikan kisah ketika berada di sana.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Adakah Kristal Perosak Lagu Tempatan?
Nama Pun Sampah »

Comments

  1. Mr.Kerro says

    09.02.2011 at 10:09 pm

    mak aii knyg ke mkn tu…mcm mhal je…

    Reply
    • CypherHackz says

      09.02.2011 at 10:13 pm

      Agak mahal jugak la bro. Tapi nak buat macam mana. Sekali sekala.. 🙂

  2. raul says

    10.02.2011 at 8:51 am

    ini duit kompeni nie…performance x kemana..hehehe

    Reply
    • CypherHackz says

      13.02.2011 at 12:38 pm

      Hahaha.. Bijak.. Bijak..

  3. Dekan says

    03.03.2011 at 3:02 pm

    Iya bener. Wakaka. Mahu pergi lagi. Jom Fauzi. Bawak bini masing2 satu ketika nanti.

    Reply
  4. sukri says

    27.03.2011 at 9:04 pm

    salam.sye nk tau taraf hidup di korea skang ni cmne erk? tinggi x?,sye mcm bercadang nk keje kt sane.ade suggestion x?.ty

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in