Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

5 Tips Dalam Berpasangan

24.03.2007 // 33 Comments

Sebenarnya, saya sudah lama ingin memberkongsi dengan anda tips ini. Ianya merupakan tips yang dibina oleh dua orang kekasih yang tidak ingin diberitahu namanya (mungkin ada yang sudah tahu ;)) ). Namun, mereka berdua amatlah erat dan bahagia sehingga ke hari ini dan insya-Allah hingga selama-lamanya. Amin…

1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.

Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?


2. Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.

3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.

4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.

Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?

5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.

Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.

6. Ikhlas *Tips extra
phubungan yg dibina tentu nye mempunyai tujuan…sama ada ianya buruk @ baik…
smua nye terletak pd nawaitu masing2..
namun,apabila nawaitu kedua2 belah pihak adalah baik dan ikhlas,perhubungan yg di bina akn lebih bertahan lama berbanding keikhlasan yg dberikan dr sblah pihak shja..
oleh itu,mulekn lah perhubungan dr nawaitu yg baik dan ikhlas kn lah hati untuk menerima pasangan seadanya…

Diharapkan dengan tips-tips ini, anda dapat mewujudkan sebuah hubungan yang bahagia dan kekal selama-lamanya. Dan sekiranya anda mempunyai pendapat, sila hantarkan melalui ruangan komen di bawah ini. 🙂

*Tips extra ini merupakan tips yang telah diberikan oleh seseorang melalui komen di bawah ini. 😡

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Theme baru – CypherFS Orange
Komen dan Avatar anda »

Comments

  1. azurt says

    24.03.2007 at 11:28 am

    sapela psgn yg bg tips tu kn… ;))

    Reply
  2. CypherHackz says

    24.03.2007 at 11:32 am

    erks! aah ye? sape ye? 😕

    Reply
  3. ZeMMs says

    24.03.2007 at 12:16 pm

    Tapi bukan senang nak cari pasangan yang mempercayai & saling memahami… :d

    Reply
  4. CypherHackz says

    24.03.2007 at 12:26 pm

    hu3. tu semua bergantung pada diri sendiri sama ada ingin menjadi seorang yang boleh dipercayai and boleh memahami. he3. :)>-

    Reply
  5. Azhar Ahmad says

    25.03.2007 at 5:10 am

    Wahhhh trimas dr chenta? Kamu ikut semukah saranan kamu, dalam percintaan kamu sekarang ini?

    Reply
  6. CypherHackz says

    25.03.2007 at 8:42 am

    iya bosh… aku mengikuti nya…

    ps: kenapa hang tanya ye? 😕

    Reply
  7. akirasuri says

    25.03.2007 at 10:33 am

    huhuhu..
    ada apa dengan chenta?
    chenta itu buta? ya, sebab tiada mata.
    chenta itu tuli? ya sebab tak ada telinga.
    chenta itu bisu? ya sebab tak ada lidah.
    chenta itu cacat? ya sebab tak ada jasad.

    tapi chenta itu indah, ya sebab ia abstrak.
    tapi chenta itu nikmat, ya sebab ia berlawanan.
    tapi chenta itu masyuk, ya sebab ia mengasyikkan.
    tapi chenta itu mengangaukan, ya sebab ia menyenangkan.

    ya! kuasa chenta itu kuat dan hebat. juga perkasa disukai ramai.

    psssttt: maap sih, merapu-rapu kat sini :d/

    Reply
  8. mohdismail says

    25.03.2007 at 10:57 am

    ehemm…
    seperti selalu…
    cinta itu nafsu…
    tapi perlu tahu juga,nafsu masih memerlukan kejujuran & kesetiaan…
    banyak implikasi kalau nafsu membuta-tuli…
    🙂

    Reply
  9. CypherHackz says

    25.03.2007 at 11:07 am

    [Comment ID #3294 Will Be Quoted Here]

    tapi bagi saya, ianya menarik dan best! :d

    [Comment ID #3297 Will Be Quoted Here]

    saya setuju dengan pendapat kamu itu. :)>-

    Reply
  10. madnilk says

    25.03.2007 at 2:11 pm

    😉 bagi sy cinta itu sesuatu yang terindah juga yg gelap bukan saha di mata tetapi juga dihati!!

    cinta itu sesuatu tanpa jaminan kecuali kepada-NYA. jika cinta itu buta siapa yang akan jadi mangsanya, jika suka sama suka, mari kita ketawa hahaha “LYRIC” lagu baru amy mastura!!

    cinta tanpa kasih sayang tak bereti, cinta tanpa akal fikiran adalah satu bencana, tapi cinta tanpa tanggungjawap tak akan adanya keluarga!!

    kerana setiap perkara adalah amanah yang disusuli tanggujawap!!

    Reply
  11. CypherHackz says

    25.03.2007 at 7:43 pm

    aku setuju ngan kata2 kau itu. jika cinta tanpa kasih sayang, memang tidak bermakna. cinta perlu berada bersama dengan kasih sayang.

    Reply
  12. sayang abang... says

    25.03.2007 at 8:57 pm

    he3… dinda nk bg komen jgak la… :d
    hik3…
    in short, wat u give, u’ll get back…
    tetapi memberi adlah baik dr yg menerima…

    btw nk tmbh lg 1 blh x???

    IKHLAS..
    phubungan yg dibina tentu nye mempunyai tujuan…sama ada ianya buruk @ baik…
    smua nye terletak pd nawaitu masing2..
    namun,apabila nawaitu kedua2 belah pihak adalah baik dan ikhlas,perhubungan yg di bina akn lebih bertahan lama berbanding keikhlasan yg dberikan dr sblah pihak shja..
    oleh itu,mulekn lah perhubungan dr nawaitu yg baik dan ikhlas kn lah hati untuk menerima pasangan seadanya…
    ;;)

    Reply
  13. rasso says

    26.03.2007 at 7:49 am

    Lawatan sambil belajar…
    saya baru nak belajar berchenta… :x:d/

    Reply
  14. CypherHackz says

    26.03.2007 at 11:53 am

    [Comment ID #3336 Will Be Quoted Here]

    akan ku letakkan tips mu ini di atas sana. 😡

    [Comment ID #3355 Will Be Quoted Here]

    he3. boleh… boleh… :d

    Reply
  15. aReNieX says

    15.04.2007 at 4:30 pm

    owh2.. me pn ada gak something to share..

    Elakkan menyakitkan hati pasangan anda terlalu kerap dengan sebab yang tidak munasabah. Especially yang kaki merajuk, over sensitive.. kurangkan la tabiat anda tuh.. huhu. n if anda rasa nk buat something tp side effect dier mungkin menyakitkn hati pasangan cuba la pk blk if pasangan anda tuh buat kpd anda. so, jgn la buat sesuatu yg mungkin menyakitkn pasangan anda if anda rasa perkara tuh akan menyakitkan anda jika berlaku terhadap diri anda sendiri.

    juz a 2 cents from me..
    :)>-

    Reply
  16. CypherHackz says

    16.04.2007 at 11:05 pm

    yup. totally agree with you. jangan buat bende yang kite tak suke orang buat kat kite. hu3.

    Reply
  17. saba cute says

    21.04.2007 at 6:06 pm

    no comen coz bagi saya cinta tu best………..::)

    Reply
  18. saba cute says

    21.04.2007 at 6:12 pm

    no comen coz bagi saya cinta tu best……….:))

    Reply
  19. CypherHackz says

    22.04.2007 at 9:05 am

    itu sudah pasti saba cute. cinta memang best dan cinta itu memang menyakitkan. he3.

    Reply
  20. suzicon says

    22.08.2007 at 12:34 pm

    :o:(:(( Allah Hu Rabbi…… Buat kesekian kalinya ana lihat video ini…. Ana sdh tonton seblmnya di web ana….. Itulh balasan Allah pd yg angkuh n tolak pemberiab dr-NYA….. Insaflah pd kita smua…. Na’uzubillaaaahhhhhh….. ciaaan baby yg x brdosa ituuuu………

    Reply
  21. rei@han says

    04.12.2007 at 3:55 pm

    <:-p:x:x:x:x mank cynta tu INDAH….tp jga menyakitkan…
    bagi y6 ‘BACK STREET’ munkkin bnyak y6 menyakitkannyA………& tp walaupun begitu bnyak y6mengatakan “C!NT@”………..terakhir “C!NTA adl hal y6 AGUNG!!!!!!!!!!!!!!!……..”

    Reply
  22. edila says

    30.01.2008 at 11:16 am

    suzicon…npe tibe2 cte psal baby nie…:-?
    agk plik………..

    Reply
  23. shera says

    25.02.2009 at 10:26 am

    hai…?? bagi shera sgt setuju dgn iaitu.. saling memahaming saling percaya kejujuran dan kesetiaan keiklsan seorg 2 tpulang pd diri kita sendr memikirnya ??? tp masih adakah ?? sendiri mau ingat hahaa ???

    Reply
    • Azhar says

      02.07.2014 at 5:16 am

      aku setuju sgnaat bro…blug kita jua kan napa jua orang mo kisah…tapi kadang2 persepsi org tu mau jua dikisah kan…jadi aku sokong safe blogging 🙂

  24. ameQlh says

    13.09.2009 at 9:20 am

    hye…
    cinta3…
    jgn kte terikut dgn nafsu cinta…
    cinta ni agung senar nyer..
    tp,, ada laa 1/2 2 mggunakan alasan cinta untuk mreka meraba raba..
    klu cinta dh meraba2,, itu bkn laa cinta nma nyer,,
    itu nafsu..
    k,, camaat bercinta…
    take care :XO:

    Reply
  25. iefa says

    14.09.2009 at 1:10 pm

    ::-*: hai… ye la betul juga tips2 ni..kita semua boleh fikirkan sendiri yang mana benar dan takkk….. jujurlah sebagaimana dia jujur pada kite kan heheheheheheh 😆

    Reply
  26. Maza Etira says

    15.04.2010 at 5:04 pm

    Bagi saya kejujuran bukan la prasangka tetapi perbuatan yang harus di tonjolkan sebagai bukti yang seseorang itu benar-benar jujur. Di mana jika benar seseorang itu jujur dalam aper jua perhubungan harus la mengikut kata pasangannya…

    Keikhlasan bukan sekadar niat tetapi hasil yang tertunjuk dari perbuatan yang jujur. dengan kata lain ikhlas atau tidak tertakluk pada perbuatan yang jujur dan ketulusan hati. Daripada sini kita akan terdorong oleh telunjuk ILAHI akan keikhlasan yang terpampang pada wajah setiap orang setiap pasangan…………

    Reply
  27. yuyui says

    22.04.2010 at 8:45 am

    salam….
    cinta tuh mmg indah
    bkn stkat indah tp suci.cantik,menenangkan
    kter akn hepi bler btol2 ikhlas n jujur..
    jaga perasaan pasangan mcm anda mjge perasaan anda….
    tapi jgn beriyer sgt lah klo baru “kaple”…
    huhuhu
    nanti frust xpasal2 plak……
    aper2 pown cinta pd yg ESA adlh cinta teragung
    hahahaha
    kelam jer

    Reply
  28. kyra. says

    25.05.2010 at 9:26 pm

    mintak izin copy tips d atas tuk included in my blog..
    just would like to share with my friends yg terlalu byk pergolakan dlm phubungan. hehe.

    Reply
  29. liza says

    18.06.2010 at 11:47 am

    salam. sy sentiasa dihantui dgn sejarah hitam bf sy. dia pnh melakukan zina dgn ex-gf dia. macam mn nk atasi mslh ini? lg 1… ex-gf dia seorang yg cantik. bf sy xpnh berckp mengenai ex-gf nya. tp sy berhubungan dgn ex-gf dia.

    Reply
    • aiman says

      18.06.2010 at 11:57 am

      hurm…
      mungkin dye xcter coz dyer syg awk lbey……MAYBE..
      xkesah lah cantek or x yg penting ikhlas mcm tips extra tuh…
      try trime dyer seadanyer

Trackbacks

  1. 5 Tips Dalam Berpasangan « Tentang Cinta (LOVE) says:
    08.05.2007 at 9:51 am

    […]  Sumber artikel:  Cyperhackz.net […]

    Reply
  2. 5 Tips Dalam Berpasangan at Tentang Cinta says:
    11.05.2007 at 9:48 am

    […] extra ini merupakan tips yang telah diberikan oleh seseorang melalui komen di bawah […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in