Dairi LI Day 16 – Intel & POTC3

Disebabkan penat, aku terpaksa menulis Dairi LI Day 16 pada hari ini. Dari pagi hinggalah ke malam aku berjalan. Pagi aku ada conference Intel dekat Sime Darby Convention Center. Malam tu pulak aku gi tengok wayang cerita Pirates of the Caribbean 3 dekat Cineleisure.

So untuk entri kali ni, aku akan ceritakan dua perkara la. Pasal Intel dan pasal POTC3 tu.

Intel Channel Conference

Aku gi ICC ngan En Mizan dalam pukul 9.30 lebih. Sampai-sampai je sana, aku gi sarapan. Waaa…makanan dia semuanya sedap-sedap. Tapi manis sangat. Patut la orang-orang korperat ni selalu sakit kencing manis eh.

20070524_02.jpg
Name tag aku yang kene bagi balik. Ces!

Event start dalam pukul 10.45 pagi macam tu. Macam-macam la orang Intel ni cerita. Bermula dari dorang punyer micro-architecture, turbo memory technology, pasal desktop, mobile laptop dan juga server. Banyak jugak la input yang aku dapat dalam conference tu. Dan dapat jugak la aku makan makanan yang best-best. ;))

20070524_01.jpg
Lauk pauk yang aku amik untuk lunch.

Tapi bukan itu saja, aku juga dapat la macam-macam goodies dari booth-booth yang ada masa tu. Tapi yang aku sempat amik yang dekat Western Digital je. And dapat jugak aku pegang dorang punya My Book yang merupakan external hard disk berkapasiti besar. Comel jek saiz die. He3.

wdfmybook_premium_2c.jpg
Ni contoh My Book yang aku tengok and pegang. Hak3.

Event tu berlangsung sampai ke petang. Tapi tengahari tu ada la stop sejam sampai kul 2 petang. Dalam stop tu, apa lagi. Ada lagi la makanan dan juadah yang bermacam-macam kat situ. Sushi pun ada. He3. Tapi aku tak suka sangat makan sushi. Nak makan saja boleh la. Just nak merasa.

So ni la barang-barang yang aku bawak balik dari ICC tu. Sehelai tshirt Intel, dua CD dari Intel, dan bende macam-macam dari Western Digital.

20070524_03.jpg
Macam-macam ada…

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon

Pages: 1 2

Entri Lain Yang Berkaitan

    No related posts.

Pengendali Blog

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

11 Responses to “Dairi LI Day 16 – Intel & POTC3”

  1. ala.. hang ni.. mase nak balik tu tercari2 jugak, ingat nak tangkap gambar ke ape ke…. tapi ilang, tak jumpe.. aku sampai awal gile.. before kul 8 dah amek tiket dah.. hheheh.. aku dapat BATCH, ko dapat tak?

    May 25th, 2007 | 12:08 pm | Reply
  2. la…kau sampai awal ke? aku tunggu kat atas tu. kat depan booth. yang ada kerusi tu. tak perasan pulak kau.

    aku mase dah habis tu ingat nak tunggu gak, tapi adik aku dah nak balik coz die keje awal pagi esok nye (hari ni la). hu3. takpe2. lain kali kau plan la buat gathering, kite ajak semua blogger tengok cite transformer plak. tengok kat mid valley. leh main bowling pulak alang2 nak tunggu wayang start. hu3.

    May 25th, 2007 | 2:31 pm | Reply
  3. cadangan yang baik dari tuan punyer blog.. main boling tu hehehe transformer? hmm bolayann…

    May 25th, 2007 | 3:03 pm | Reply
  4. tshirt tu bg aku leh?

    May 25th, 2007 | 3:03 pm | Reply
  5. MyBook tuh nampak cam besar plak. dalam entri pun ada page, fes time aku jumpa :”>

    May 25th, 2007 | 6:01 pm | Reply
  6. Wah kat mane ICC ni?
    Takda dengar kabar berita pon.

    May 25th, 2007 | 10:08 pm | Reply
  7. manchurr on May 25, 2007 at 3:03 pm said:

    tshirt tu bg aku leh?

    mana bleh… kui3. :p

    shutterspeaks on May 25, 2007 at 6:01 pm said:

    MyBook tuh nampak cam besar plak. dalam entri pun ada page, fes time aku jumpa :”>

    kecik je. saiz die macam besar ketas A5. tebal pulak macam dictionary.

    Ayer Hitam on May 25, 2007 at 10:08 pm said:

    Wah kat mane ICC ni?
    Takda dengar kabar berita pon.

    dekat sime darby convention center. 24hb hari tu.

    May 26th, 2007 | 9:10 am | Reply
  8. Hehe.. in the end dia ada tunjuk extra scene pasal 10 tahun kemudian :)>-

    May 26th, 2007 | 4:56 pm | Reply
  9. :(( nyesal aku balik awal… lama tak scene tu?

    May 26th, 2007 | 7:06 pm | Reply
  10. just balik dari tgk POTC, sempat tunggu ler jugak chene akhir tuh :P

    uik aper book tuh? berapa harga berapa kapasiti?

    May 27th, 2007 | 10:20 pm | Reply
  11. ces! hang saja buat aku jelesh! :((

    die nyer kapasiti ada banyak. tapi semua nyer besar2 la. sampai Teragig pun ada jugak.

    May 28th, 2007 | 12:00 pm | Reply

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: