Dairi LI Day 11 - Perintis Asamboi
Sebenarnya aku tiada idea hendak tulis apa untuk hari ini. Tiba-tiba teringat pula pasal satu web portal komuniti yang aku dah lama join tapi baru saja ceburkan diri semula. Iaitu komuniti Asamboi. Semuanya gara-gara masalah theme yang aku guna di sana. Rupa-rupanya, theme yang aku guna tu merupakan theme yang rosak. [tags]latihan industri, asamboi[/tags]

Setelah aku contact pihak pentadbiran iaitu saudara Chipsmunk, akhirnya dapat aku kembali bergiat aktif di situ. Dan aku juga telah menjadi perintis yang juga menjadi moderator (belum formal lagi. thats why jadi perintis) bagi komuniti itu. Aku handle bahagian Zon Uda & Dara. ![]()

Tak ade ni, tak jadi mak.
Korang tahu apa maksud Zon Uda & Dara? Zon Uda & Dara tu merupakan zon di mana orang-orang jiwang, orang-orang cintan, orang-orang asmara berada untuk berkongsi pendapat, berkongsi masalah, berkongsi idea terhadap isu percintaan dan berpasangan.
Adakah aku ini Dr Love? Hak3. Owh…tidak. Aku Mr Teddy.
Walaupun aku mempunyai website mengenai percintaan iaitu Tentang Cinta (mari-mari, sila-sila lawat websit ni), tetapi aku bukanlah seorang yang pakar dalam bab percintaan. Kan Mrs Teddy, kan? He3. ![]()
Tetapi apa yang aku cuba lakukan, adalah membantu orang dan berkongsi pendapat dan pengetahuan yang aku ada. Lagi satu, aku bukan menyelesaikan masalah orang, aku cuma membantu mereka atau menguide mereka menyelesaikan masalah mereka. Bukan aku yang selesaikan tapi mereka yang selesaikan. Dengan itu mereka dapat belajar dan tahu serta memahami apa erti cinta itu.
So, kepada mereka-mereka yang ada tips-tips atau artikel-artikel mengenai percintaan, bolehlah menghantarnya kepada aku di email ini, tentangcinta [at] gmail [dot] com. Dan sekiranya korang bosan dan tak tahu nak buat apa dengan internet, korang bolehlah join komuniti Asamboi ini. Jumpa di sana ya… ![]()
Baca Yang Ni Pulak
- Dairi LI Day 25 - Mari beli theme - Aku menjual theme untuk mereka-mereka yang ingin membeli. Harga dia...
- Tentang Cinta & CypherFS FreshLove - Halu... Setelah satu hari berhempas pulas, akhirnya siap jugak theme...
- Dairi LI Day 6 - Nak buat theme baru… - Sebelum tu aku nak bagitahu yang aku baru saja sampai...
- Dairi LI Day 30 - Forum phpBB - Untuk hari ini, aku ingin berkongsi dengan korang apa itu...
- Dairi LI Day 35 - CypherFS Greeny - Demo | With Adsense Just nak bagitau yang aku...

ko geng asam aku plak geng jiwang.
fuh anyway aku mmg xdop bakat utk jadi moderator ni.
hehe.. website ni aku slalu jadikkan saingan time aku open syokz.com dulu.. huhu
aku tak minat jiwang coz ramai sangat. sampai ada satu entri tu dah berapa puluh page. jenuh nak ikut.
ahaks! dan dari situ la agaknye kau bermula ye tak?