Lagu umurku 18 tahun

Kali ini aku telah ditag oleh saudara Azhar Ahmad. Adoi… Tag kali ini berkisah mengenai lagu-lagu ada kaitan dengan nostlagia aku pada umur aku 18 tahun. Yakni pada tahun 2005. Berikut merupakan peraturan tag ini.

  1. Pergi ke laman web ini – Pop Culture Madness
  2. Pilih tahun anda berumur 18 tahun (tahunnya tersusun rapi di sebelah kiri laman web)
  3. Pilih lagu yang mempunyai kenangan nostalgia anda
  4. Tulis sesuatu yang menunjukkan bagaimana lagu itu memberi kesan kepada anda
  5. Pilih lima orang rakan atau lebih untuk melakukannya!

Numa Numa (Dragostea Din Tea) – O-Zone (Romanian)
Aku mula-mula dengar lagu ni dari video klip budak MMU. Aku punya la tergelak bila tengok video clip tu. Hak3. Dengan seorang budak yang berbadan kurang kurus menyanyi dan seorang budak yang kurang besar itu menari, telah menyebabkan aku gelak kelakar. Masa tu aku baru je tahun 1 kat UTM. Masa tahun 1 aku duduk kat S47, KTC. Azhar ngan Novatech tahu la kat mana letaknya S47 nih yang kini menjadi tempat orang-orang asing duduk.

Stickwitu – The Pussycat Dolls
Lagu ini diberikan oleh seorang kawan baik aku dan dia merupakan seorang perempuan. Waheda namanya. Masa tu aku baru je rapat dengan dia dalam semester 1 tahun 2. Kitorang mula kenal masa tahun 1 masa main bowling bersama-sama dengan kawan-kawan aku yang juga kawan-kawan dia. Hu3. Masa tu aku belum berkapel lagi. So memang ada la kenakalan pada waktu itu. Tapi sekarang ini dah berkapel. So, tak leh nak nakal-nakal sangat sebab aku dah ada orang tempat aku menakalkan diri aku.

Because of You – Kelly Clarkson
Lagu ini juga diberikan oleh Cik Waheda. Tetapi bagi aku, lagu ini lebih kepada aku dan ex-roomate aku, Dzulhilmi masa aku tahun 2. Tahun 2 aku duduk kat S42, blok si Nova duduk skang nih. Setiap kali bila pasang je lagu ni, mula la aku dan ex-roomate aku tu dok melalak bagai orang yang tengah buat konsert. Lagi-lagi bila bosan-bosan pada hujung minggu. Skang ni roomate aku tu dah berpindah ke KTDI. Di sana ramai budak-budak coursemate dia, katanya. Huk3.

My Humps – The Black Eyed Peas
Siapa yang tak pernah dengar lagu ni, angkat tangan! Ceh…tak kan la tak pernah dengar lagu My Humps nih. Video klip lagu ni merupakan lagu yang penuh gelek dan goyang. Tapi…apa kaitan dengan nostalgia aku? Mungkin sebab aku saja je nak bagitahu korang yang aku suka dengar lagu nih. He3. Layanz…

So, mereka-mereka yang bertuah selepas ini adalah…

  • Novatech – Kau tengah sibuk final kan? Ha…jawab… Jawab…
  • Xero – Aku belum pernah tag dia lagi. Ha3.
  • Madnilk – Pelanggan tetap ShoutBox aku. Hu3.
  • Amanz – Sekali-sekala aku tag kau Aman. Bukan selalu kan kan.
  • Bat – Mari kita lihat apa la nostalgia si Bat pada umur dia 18 tahun.

Diharapkan korang menlinkbackkan entri korang itu ke entri ini supaya mudah untuk aku mengetahui samada korang sudah membuatnya ataupun belum. Kepada Mael, sorry. Hari tu aku ada cakap nak tag kau, tapi Azhar dah tag kau dulu. Lain kali na… BTW kepada mereka-mereka yang nak baca entri-entri tag sebelum ini, korang boleh pilih di sini, myTagged.

Nota spesel untuk Azhar Ahmad dan Lan
Hangpa berdua bila nak jawab tag aku ha… Hangpa sibuk sangat ka… Hu3.

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon

Entri Lain Yang Berkaitan

Pengendali Blog

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

15 Responses to “Lagu umurku 18 tahun”

  1. tak mengapa’lah…
    kira aku buat tu manjawab tag ni la juga.. :)

    April 21st, 2007 | 3:10 pm | Reply
  2. aku ske tgk glgat bdak MMU tuh…lawak tol..:d

    April 21st, 2007 | 6:24 pm | Reply
  3. Ko tau, punyalah lama aku idop, baru hari nih aku tau, lagutu nama Numa2… Nguahahhahahahahahahhahahahhahahah TQ TQ

    April 21st, 2007 | 6:59 pm | Reply
  4. mohdismail on April 21, 2007 at 3:10 pm said:

    tak mengapa’lah…
    kira aku buat tu manjawab tag ni la juga.. :)

    hu3. okies… :d

    n3dmax on April 21, 2007 at 6:24 pm said:

    aku ske tgk glgat bdak MMU tuh…lawak tol..:d

    ha3. memang pun lawak. dats why aku tergelak masa tengok video yang dorang buat tu. :))

    Azhar Ahmad on April 21, 2007 at 6:59 pm said:

    Ko tau, punyalah lama aku idop, baru hari nih aku tau, lagutu nama Numa2… Nguahahhahahahahahahhahahahhahahah TQ TQ

    erks! kau tak tahu ke selama ini? aku pun baru gak tahu sebenarnye. kui3.

    April 21st, 2007 | 8:24 pm | Reply
  5. berapa lagu nak kena pilih ni?

    April 21st, 2007 | 8:46 pm | Reply
  6. novatech on April 21, 2007 at 8:46 pm said:

    berapa lagu nak kena pilih ni?

    aku pun tak tahu. kau buat je. hu3.

    April 22nd, 2007 | 9:03 am | Reply
  7. hehe
    akan ku jawap …tungguuuu…ahakz..

    tp..umur ko 18… tahun ape ye?

    April 22nd, 2007 | 12:12 pm | Reply
  8. … sabar bro.. ehehehe… nanti akan ku selesaikan…
    tengah writing tag tu…. uhuhu… nanti ako publish bile dah selesai…
    ako ada 5 paper lagi nie…

    April 22nd, 2007 | 1:23 pm | Reply
  9. xeroxaven on April 22, 2007 at 12:12 pm said:

    hehe
    akan ku jawap …tungguuuu…ahakz..

    tp..umur ko 18… tahun ape ye?

    tahun 2005 umur aku 18 tahun. hu3.

    rasso on April 22, 2007 at 1:23 pm said:

    … sabar bro.. ehehehe… nanti akan ku selesaikan…
    tengah writing tag tu…. uhuhu… nanti ako publish bile dah selesai…
    ako ada 5 paper lagi nie…

    bereh… aku pun ada lagi 2 paper lagik. kui3.

    April 22nd, 2007 | 6:34 pm | Reply
  10. pakcik..eden dah jawap tag ko.. :D takdo plak trackback aku kat sini..huhuhu..

    April 23rd, 2007 | 6:14 pm | Reply
  11. hu3. wokeh… aku gi tengok.

    April 24th, 2007 | 1:13 am | Reply

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: