Puasa Day 27 – Day 30 – Selamat Hari Raya Aidilfitri

Huk3. Aku baru je balik dari Sri Putri. Aku gi teman die kat Sri Putri sementara tunggu bas die sampai. Die balik Ipoh and bas die sampai kul 10 lebih tadi. Hurm…sedey r. Pasni seminggu tak berjumpe dengan die. Tapi…tadi sebelum die naik bas, aku sempat bagi chocolate ngan sepucuk surat yang aku karang pas aku berbuka puasa tadi. Ada la kata2 dan pesanan dari aku untuk die. Seingat aku, ni la kali pertama aku tulis surat kepada seorang gadis tau. Walau apepun, kitorang akan berjumpe kembali pas cuti raya ni. Tak sabarnye… He3.

Picture13
Chocolate yang aku belikan untuk die. Dan untuk aku pun ada juge. He3.

Ok. Ni merupakan entry yang terakhir untuk Series Post aku untuk tahun ini. Pasni aku tak tahu pulak bile plak aku akan buat post bersiri vamnih. And nak bagitahu jugak yang entry ni terpaksa aku sekalikan dengan hari Puasa ke-27 hinggalah yang ke-30. Ni kerana esok aku akan balik ke KL and hari Ahad nye pula aku akan bertolak ke Penang bersama2 ngan family aku. Habis penat la aku nanti. Esok aku akan bertolak dari Sri Putri kul 4.00 petang. Harap2 bas sampai on time. Tapi yang pasti, esok aku terpaksa berbuka dalam bas. Urgh….

Sebelum aku mengakhiri kata2 aku dalam post ini, aku nak bagitahu yang aku tak dapat nak update website selama seminggu sebab aku akan balik kampung dan stay kat sana sampai la hari Sabtu minggu depan. Dan hari Ahad baru la aku balik UTM balik. Ini bermaksud yang aku akan kembali aktif online bermula 29hb Oktober 2006.

Dan di sini juga aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada chot, nashrex, abah, aisyah, aman, arifsanchez, azhar, azmie, fahmi, gie, ikoko, ikram, lisa, mail, mystic, neezmo, rasso, shadowx, epan, yati, spiral, adib, ashruff, castello, darkz, ejon, arif, faith, gerg, mr eims, novatech, paskal, sham and kepada semua yang melawati website aku nih. Tanpa sokongan dari korang sudah mestinye website ni sunyi sepi tanpa pengunjung.

Dan ini kad raya khas untuk korang semua. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin… :)

- End -

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon

Entri Lain Yang Berkaitan

Pengendali Blog

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

17 Responses to “Puasa Day 27 – Day 30 – Selamat Hari Raya Aidilfitri”

  1. selamat ari raya gak :D .. best ek dah ader awek heheh.. aku tak der awek laa bini ada laa heheh.. nanti aku nak karang surat gak tuk dia ahhaha

    October 21st, 2006 | 12:21 am | Reply
  2. selamat hari raya n maaf zahir dan batin… ati2 balik kmpg 2.. pesanan tuk aku kat aku jugak. dah la balik kmpg naik moto. huuhuh… semoga happy menyambut hari raya bersama keluarga

    October 21st, 2006 | 1:30 am | Reply
  3. selamat hari raya…thanx la sampai siap kasi testi kat friendster aku laie…hohoh balik kampung tu berhati-hati dan beringat-ingat ler…

    spt msg yg slalu aku tgk kat tv, jangan jadikan kepulangan kita utk ditangisi…

    October 21st, 2006 | 4:44 am | Reply
  4. Selamat pulang berhari raya….

    October 21st, 2006 | 6:10 am | Reply
  5. har har har har………..!!!!!!!!!
    bapak jiwang gila ko neh.. weh 1 minggu je la, kejap je
    apa apa pun
    selamat hari raya aidilfitri.. duet raye takde ke? :-?

    October 21st, 2006 | 11:15 am | Reply
  6. selamat meraikan raya! kemaafan zahir & batin. :d

    October 21st, 2006 | 12:22 pm | Reply
  7. Selamat Hari Raya Eidulfitri + Maaf Zahir & Batin.

    ala, lepak aa. seminggu je. aku 4 bulan tak jumpa pun macho je lagi. ehehehe.

    October 21st, 2006 | 1:48 pm | Reply
  8. Selamat Hari Raya..
    Semoga cepat kawen :d

    October 22nd, 2006 | 12:38 am | Reply
  9. selamat hari raya ke-2!haha..
    *ceklat…huhuhuhu

    October 25th, 2006 | 3:54 pm | Reply
  10. heheh..tq laaa wehh..sbb wish kt aku… kire 0 vs 0 laa noo..kot laa aku ada bt salah ngan hg..ok selamat semua..lg satu mintak2x aku berjaya dalam SPM nnt ok.. ;) sayang semua:x

    October 27th, 2006 | 10:14 pm | Reply
  11. oh… takper.. aku maafkan segala dosa kau terhadap aku… >:) cewah, macamla u ada buat dosa kat I. hehe… I pun, nak minta maaf… Selamat Hari Raya!

    p/s: sayng giler you kat si dia… hu3

    October 28th, 2006 | 8:09 am | Reply
  12. Cyper, Pixie terkezut gak cyper dah ada blog bahasa melayu…best gak baca tulisan cyper dalam bahasa melayu…

    October 29th, 2006 | 5:14 pm | Reply
  13. i’m back… hik3.
    selamat hari raya pada korang semua… :d

    October 29th, 2006 | 6:14 pm | Reply
  14. hehe…. Ako pong same…. maap zahir & batin okkeh.. :d

    sob.. sob… ishk2.. cm sdey la plak… :((

    October 30th, 2006 | 2:26 pm | Reply
  15. hu3.

    “jangan menangis… bertenanglah… peganglah tangan ku dan digengam erat…” -lagu Tarzan, Zainal Abidin

    October 30th, 2006 | 4:20 pm | Reply
  16. Selamat Hari Raya..
    tersilap kata, tersilap taip harap dimaafkan ^:)^

    October 31st, 2006 | 7:42 am | Reply
  17. sama2 la kite memaafkan antara satu sama lain… :)

    October 31st, 2006 | 9:06 pm | Reply

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: