Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Contact

fSpring – New theme for myCypherHackz.Net

10.09.2006 // 5 Comments

Aku baru je tukar theme ni semalam. Apa pendapat korang ngan theme baru ni?

Bagi pendapat aku la kan, theme ni nampak lagi kemas. Sejuk mata memandang. :p Selain tu, dengan theme ni senang sikit aku nak edit theme die. Tak susah macam K2. Hu3.

Sekiranya korang berminat untuk mendapatkan theme2 yang menarik seperti ini, korang leh lawat website Fahlstad. Theme yang aku gunekan tuk CypherHackz.Net ni pun merupakan theme yang aku download dari website die.

ps: Aku ada buat poll terbaru tuk site ni. Sudi2 la menjawab nye ek? Hik3. Macih… :)>-

Teka-teki yang perlu diberi penampar!!!

09.09.2006 // 4 Comments

Untuk menghiburkan hati yang tak terhibur… :p

  1. Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?

    Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido
    balik.

  2. Minyak ape yang disukai oleh lelaki?

    Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak EPL

  3. Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?

    Answer: Kuih salah bikin.

  4. Binatang ape yang power dlm bab berKarate?

    Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade

  5. Siape yang menemukan dompet kulit?

    Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

  6. Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?

    Answer: Pintu yang ade tulis ‘TARIK’

  7. Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki… siapakah saya?

    Answer: Pembohong…

  8. Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati’?

    Answer: Usus

  9. Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?

    Answer: Kutu rambut

  10. Nenek sape jalannya meloncat-loncat?

    Answer: Neneknye si katak

Hak3. Tergelak aku masa first time baca teka-teki ni. Korang kalau senang-senang tanya la kengkawan korang teki-teki ni.

via Friendster ๐Ÿ˜‰

Free subscribe myCypherHackz.Net site feed

07.09.2006 // 6 Comments

Bagi memudahkan korang tuk mendapat latest update dari site ini, aku mencadangkan tuk korang mendapatkan free subscription dari site ini. Kenapa? Sebab dengan melanggan site feed aku ni, korang akan mendapat update setiap kali ada post baru yang aku post’kan.

Bagaimana nak subscribe?
Senang je. Ada dua cara untuk korang melanggan feed site aku. Salah satunye adalah melalui RSS Feeds.

RSS Feeds
Untuk melanggan melalui kaedah ini, korang kene ada Feed reader. Aku mencadangkan untuk korang mendownload software ini, FeedReader. FeedReader merupakan software yang percuma dan senang digunakan.
Copy link di bawah ini dan paste kan dalam address kat FeedReader tu. Pastu follow je instruction die. Tak susah. Mudah je. ๐Ÿ˜‰


RSS Feeds

Untuk maklumat lanjut camne nak gune FeedReader ni, leh la lawat post ni, FeedReader – RSS Feed Reader.

Email Subscription
Cara yang kedua adalah melalui cara emel. Dengan melanggan melalui emel, korang akan mendapat emel sekiranya aku meng’update site ni. Cara ni sesuai untuk mereka yang selalu check emel la. If tak suke cek emel, gune cara yang pertama tadi, RSS Feeds.

Terpulang pada korang tuk gune cara apa sekali pun. Yang penting kite lebih senang tuk mendapatkan latest update dari site kengkawan kan? He3.

And jangan lupe gak tuk subscribe CypherHackz.Net nye feed. ๐Ÿ˜‰

Aku dah kat UTM

06.09.2006 // 3 Comments

Alhamdulillah… Sampai jugak aku kat UTM ni. Bas tadi bertolak tepat2 kul 12 tengahari. And tadi aku sampai dalam pukul 4.30 petang kat Sri Putri. Sampai2 je kat sini hujan. Terpaksa la aku menunggu kawan aku datang amik kul 5 lebih kat Shell tu (korang tau ke Shell tu kat mana? :p ). Dekat sejam gak la aku tunggu die sebab menunggu hujan tu berhenti.

Sampai2 bilik je terus aku on computer aku. Hek3. Rindu gilek kat computer aku ni. :)) Then terus connect internet. And here I am. Back online and ready to conquer my blogs (blog aku je leh conquer. blog orang lain mana boleh. hu3.)

Esok aku balik ke UTM

05.09.2006 // 4 Comments

Hu3. Baru je hari Sabtu hari tu aku sampai umah. Then esok hari Rabu aku dah nak balik UTM dah. Aku balik awal ni pun coz aku ada banyak keje nak kene siapkan. Ngan flash tuk perasmian Astana nye yang aku tak buat ape2 lagi. Ngan surat permohonan tempat LI yang aku tak taip lagi. Resume nye lagi. Aduh… Banyak pulak keje bile aku pikir2kan balik. Huk3. :((

Esok bas aku pukul 12 tengahari kat Pudu. Sampai Skudai lebih kurang dalam pukul 4 or 5 lebih camtu. Sampai sana, akan aku pergunakan member2 aku yang tak balik tu tuk amik aku kat Sri Putri. Hek3. >:)

Esok sampai je aku akan update site nih. Dan esok juge akan bermulanye keje2 aku tuk siapkan segala keje yang terbengkalai. Kene siapkan awal2 coz minggu depan, hari Khamis aku ada lawatan gi Langkawi. Jangan jeles… :p

Sampai sini saja. Esok aku post lagik. Doakan keselamatan perjalanan aku. Later… ๐Ÿ™‚

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 61
  • 62
  • 63
  • 64
  • Next Page »

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2019 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in