Pada 2017, manusia boleh melakukan aktiviti harian mereka seperti bekerja, bersukan, berhibur dan membeli-belah dengan hanya duduk berehat di rumah. Bukan itu sahaja, manusia juga boleh memilih jantina, bentuk badan, paras rupa, kekuatan dan sebagainya mengikut kesukaan mereka. Tetapi segalanya ini hanya berlaku dalam filem Surrogates.
Di dalam filem tersebut, kehidupan manusia digantikan dengan surrogate atau ‘pengganti’ yang boleh dikawal dengan hanya menggunakan otak manusia atau juga dikenali sebagai operator. Surrogate tersebut akan bertindak mengikut setiap apa yang manusia fikirkan dan tidak mempunyai perasaan dan deria rasa kerana mereka adalah robot. Walaupun surrogate itu dibunuh, ditembak dan sebagainya, operator yang mengawal surrogate tersebut tidak akan berasa apa-apa.
Pagi tadi kisah Ops Sikap tidak berjaya mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian ketika musim perayaan di radio Hot FM menjadi topik perbualan. Topik ini menjadi topik hangat apabila ruangan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia menceritakan Ops Sikap ke-20 gagal apabila jumlah kemalangan yang direkodkan merupakan kedua tertinggi sejak lapan tahun Ops Sikap ini diperkenalkan.
Bagi pendapat aku, buatlah apa-apa operasi pun, jumlah kemalangan di Malaysia ini tidak mungkin dapat dikurangkan sekiranya mentaliti rakyat Malaysia tidak berubah. Sebagai contoh, memotong barisan menggunakan lorong kecemasan. Dah terang-terang kita semua tahu, lorong kecemasan tu lorong untuk kecemasan. Tetapi ada juga sesetengah pemandu di Malaysia ni guna lorong tu untuk potong barisan. Kalau sendiri kemalangan, semua orang pun tak kisah. Tetapi yang menjadi kisah apabila kemalangan dia tu melibatkan kenderaan yang lain yang tak bersalah. Tak ke menyusahkan orang tu?
Ku teguh berdiri
Tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani melangkah maju
Terus ke hadapan satu impian
Nyawa ku pertaruhkan
Genggaman tanganmu
Semangatku o terus membara
Janji ke padamu harapanmu
Ingin ku laksanakan
ooo ooo
Kau adalah ilham
Pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang teguh membawa perubahan
Satu impian o berjuta harapan
Satu Malaysia kita inspirasi
Pada dunia namakan dijulang
Kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan
Al-kisahnya…
Korang semua mesti sudah tahu atau belum tahu bahawa Lagu 1Malaysia Kita adalah lagu Malaysia Satu – Faizal Tahir. Pertandingan yang dianjurkan oleh stesen radio di bawah Media Prima iaitu Hot FM telah pun secara rasmi mengumumkan lagu Satu Malaysia – Faizal Tahir sebagai pemenang berdasarkan dari undian rakyat Malaysia semua.
Tetapi bagi aku, ianya sedikit tidak adil. Ini kerana, lagu yang memenangi pertandingan ini dimenangi oleh seorang artis yang memang dikenali di tanah air dan juga mempunyai peminatnya yang tersendiri. Apabila sebuah lagu biasa dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal, sudah pasti para peminatnya akan mengundi beliau dan menobatkan beliau sebagai juara.
Dalam mengharungi dugaan ketika berpuasa, boleh pulak si Glizzy mengajak aku pergi shooting di Taman Tasik Perdana. Ada model katanya.
Aku yang tidak pernah langsung shoot model segera bersetuju untuk ikut shooting bersama-sama dengan Badangz dan Arelan pada hari Ahad yang lalu. Model kali ini merupakan kakak kepada Glizzy sendiri. Nana namanya.
Selalunya lelaki yang akan propose untuk berkahwin dengan wanita. Tetapi dalam cerita The Proposal ini yang dibintangi oleh Sandra Bullock (sebagai Margaret Tate) dan juga Ryan Reynolds (sebagai Andrew Paxton) terbalik pula kisahnya. Margaret yang propose Andrew untuk berkahwin dengannya bagi membolehkan dia menetap di US. Ini semua disebabkan visa US Margaret telah tamat tempoh dan dia terpaksa dipindahkan ke Kanada.
Di dalam cerita ini dapat dilihat bagaimana perhubungan boleh dibentuk apabila kita meluangkan masa bersama dengan seseorang. Margaret yang sebelum ini sangat tidak mementingkan perhubungan dan sibuk dengan kerja akhirnya terpikat dengan Andrew. Si Andrew pula yang sebelum ini sangat benci dengan boss dia (owh, kalau korang nak tahu, Margaret tu merupakan boss kepada Andrew) pun terpikat pada Margaret semasa mereka bercuti di kampung halaman Andrew di Alaska.