Lagu umurku 18 tahun

Kali ini aku telah ditag oleh saudara Azhar Ahmad. Adoi… Tag kali ini berkisah mengenai lagu-lagu ada kaitan dengan nostlagia aku pada umur aku 18 tahun. Yakni pada tahun 2005. Berikut merupakan peraturan tag ini.

  1. Pergi ke laman web ini – Pop Culture Madness
  2. Pilih tahun anda berumur 18 tahun (tahunnya tersusun rapi di sebelah kiri laman web)
  3. Pilih lagu yang mempunyai kenangan nostalgia anda
  4. Tulis sesuatu yang menunjukkan bagaimana lagu itu memberi kesan kepada anda
  5. Pilih lima orang rakan atau lebih untuk melakukannya!

Nak baca sambungan dia…

Entri yang ke-100

Yay! Ni merupakan entri aku yang ke-100. Dah tua dah blog nih ye? Dah 100 dah “anak” yang dilahirkan. Hu3. Baru-baru ini, Mael pun baru sahaja mencapai entrinya yang ke-100 dan kali ini, giliran aku pula. Hua3.

Anda tahu ada apa dengan 100? Berikut merupakan di antara yang belaku dan yang berkaitan dengan nombor 100.

  1. Merupakan bilangan tahun bagi kurun.
  2. Orang yang umur dia 100 tahun digelar sebagai centenarian.
  3. Merupakan bilangan yang standard bagi kepingan-kepingan Scrabble.
  4. Nombor telefon polis bagi negara India, Greece dan Israel.
  5. Nombor operator telefon di Telekom.
  6. Merupakan nombor telefon ambulans di Belgium.
  7. Berlari pecut 100 meter.

Apa lagi ya dengan 100? Hurm…100 batang lilin untuk blog ini mungkin. Hu3. Macam sambut hari jadi dia pulak kan kan? Kui3.

Domain dan Hosting

Ho3. Kali ini aku telah ditag oleh Aman. Die dah lama dah tag aku sebenarnye. >:) Tapi sebab internet kat kolej aku ni down menyebabkan aku tidak dapat mengupdate website aku. Hu3. ^:)^ Tag kali ini berkisahkan mengenai domain dan hosting yang aku guna. :)

Da Free
Pada permulaanya, aku hanya tahu menggunakan free domain dan juga hosting saja. :-b Macam-macam tempat and service yang aku dah cuba. Di antaranya, geocities, tripod, bravenet, 50megs, 50webs dan bermacam-macam lagi. Tetapi, kalau yang free, aku prefer yang 50webs coz dia nyer service takde ads and korang ada ftp akaun. So lebih senang untuk transfer file berbanding dari korang gune file manager. :)>-

Dan untuk pengetahuan korang, aku dulu ada gak buat blog. Tapi menggunakan HTML saja. Maksudnye, aku akan edit dan tambah setiap file2 aku secara manual. Hu3. Memang payah dan memang melecehkan. #:-s

Kemudian, aku berjinak-jinak untuk menggunakan website bersistem PHP. Tetapi, aku tidak mempunyai hosting yang ada PHP. So aku pun menggunakan khidmat dari rakan-rakan internet aku. Banyak jugak la rakan-rakan yang sudi bagi aku subdomain free. Macih kepada korang semua… Terutama kepada blogger2 dekat WBC. =d> Hu3. Btw mana menghilang WBC tu? Takde sape2 yang nak on kan balik ke? :-

Da Paid
Permulaan aku untuk membeli domain and hosting sendiri apabila, website yang aku buat dengan hosting member aku tu mendapat pagerank 5. :d Ini telah menguja aku untuk membeli domain and hosting. Ditambah dengan perasaan yang bersungguh2, aku pun mencari dan bertanya kepada rakan-rakan internet dan juga En Google. ;)) En Google ni sangat peramah dan die telah memberikan aku cadangan untuk menggunakan perkhidmatan dari company Internet Webhosting. Sebuah company hosting Malaysia.

Bagi mereka yang tidak tahu, aku telah menggunakan service dorang sejak tahun 2005. <:-p Maksudnya, dorang mempunyai perkhidmatan yang baik dan memuaskan. =d> Setakat ini, tidak berlaku sebarang masalah “down” pada website aku. Mungkin ada, cuma tidak lama. Dan dorang punya support memang ok. Setiap email akan dibalas. Tapi kadang-kadang, lambat jugak dorang balas. Pepehal pun, dorang still akan balas. So kepada sesape yang nak beli hosting tu, boleh la beli dari company tu. Murah dan berbaloi. :d Hanya RM80 setahun sahaja.

Berikut merupakan spesifikasi hosting aku yang sekarang ini:

3 Gb webspace
50 Gb Bandwith
All features supported

Sekiranya korang berminat, korang boleh gunakan link promotion aku ni. Dengan ini, korang akan dapat semua bende-bende kat atas tu. :-b Kalau tidak, korang akan hanya dapat:

2 Gb webspace
20Gb bandwith
All features supported

Rugikan? Yup! Memang rugi. [-x Hu3.

Untuk domain pulak, aku beli dari brader Slumbermann. Setakat ni aku tiada apa-apa masalah dengan service dia. Semuanya ok je. Hu3. Kalau ada apa-apa masalah aku just terus direct je contact dia melalui YM. ;))

So, orang seterusnya yang akan meneruskan lagi tag ini adalah:

  1. Slumberman – Mari kite lihat bagaimana permulaan dia wujud dalam dunia internet
  2. Rasso – UTM yang ku kenal dalam internet
  3. Azhar Ahmad – Sama macam Rasso

Mejaku, Tempatku Busy

Saya telah ditag oleh saudara Azhar Ahmad yang merupakan blogger seuniversiti dan sekolej dengan saya, di UTM ini. Dan berikut merupkan undang-undang untuk tag ini.

Undang-undang: Letakkan gambar stesen kerja anda, bahagian yang paling digemari dalam blog, dan ceritakan serba sedikit hiasan dan apa ertinya susunan/hiasan tersebut kepada anda.. :)

100_5803.jpg

Gambar di atas merupakan gambar meja komputer saya. Boleh dikatakan sebanyak 50% masa saya di habiskan di situ ketika saya di bilik. Tidaklah sekemas mana. Sekadar untuk melrakkan sebuah monitor, dua buah speaker, keyboard dan di bawahnya adalah CPU i-Cute berkelajuan Intel 3.2Ghz dengan memory 512Mb.

Bahagian yang paling digemari adalah di sebelah meja itu sebenarnya. Anda nampak tak, ada katil di sebelah itu? Ya…itu merupakan tempat untuk saya ditiduri menidurkan diri. Pada waktu malam, di situ la saya merehatkan diri. Memang best tempat itu. Hu3. Sekiranya saya penat atau kebuntuan idea, boleh saya terus terjun 360 darjah ke atas katil itu. Tak perlu saya susah-susah melangkah untuk ke katil. :d

Nak baca sambungan dia…

Komen dan Avatar anda

Disebabkan saya sudah menggunakan theme yang baru, mungkin ada dikalangan anda yang perasan yang saya ada memaparkan avatar di sebelah komen anda. Avatar-avatar itu merupakan avatar bagi mereka-mereka yang telah mendaftarkan diri di MyBlogLog.

avatar_azurt.gif
myContoh: Komen Azurt pada entri 5 Tips Dalam Berpasangan

Oleh itu, sekiranya anda berminat untuk memaparkan avatar anda, anda boleh berbuat demikian dengan mendaftarkan diri anda di MyBlogLog dan uploadkan gambar-gambar anda yang cantik dan tampan itu di sana.

Dan setiap kali anda memberikan komen, avatar anda akan dipaparkan disebelah komen anda itu. Tidakkah ianya menarik? ;))

Owh…lupa pula saya. #-o Plugin yang saya gunakan untuk memaparkan avatar itu adalah plugin MyAvatars. Anda boleh menggunakan ia di blog anda sekiranya anda mahu. :)