BlogAku.Net berubah wajah

Yosh! Setelah adanya domain baru, kite mesti mempunyai theme baru betul tak? Kalau korang sokong cakap aku, korang cakap Yay!. “Yay!” Ha…bagus, bagus, bagus. Korang memang sporting.

Theme CypherFS-DSP

So semalam selepas sahaja habis exam Digital Signal Processing (DSP), aku pun dengan rajinnya membuka photoshop aku dan design theme yang korang sedang tengok sekarang ni. Theme yang aku tengah gune ni la. Memang takde plan langsung pun nak buat theme baru. Tapi bile dah tangan tu mencapai photoshop dan alang-alang nak buang masa pas habis exam, aku pun mula la mereka structure dan susunan untuk theme aku ni.

blogaku
Theme baru untuk BlogAku.Net

Theme ni aku namakan sebagai CypherFS-DSP. Takde nama lain yang aku terpikir masa tu. Last-last, aku letakkan aje nama CypherFS-DSP bersempena dengan exam DSP aku tu. Warna tema die seperti yang korang lihat adalah warna hijau dan juga biru. Saling tak tumpah seperti theme yang digunakan oleh saudara Azmie kite. Memang aku amik idea warna dari blog die pun. Hu3.

Ada la satu petang aku menghabiskan masa mengcoret-coret dekat aku punyer Photoshop tu. Dan satu malam aku menyiapkan coding dan edit-edit apa-apa yang perlu. Dan hasilnya, seperti apa yang korang lihat sekarang ini. Tepuk, tepuk, tepuk. Ah, tapi aku ingat nak tukar logo website aku tu. Tapi skang ni takde idea lagi. Ada sape2 yang ingin bantu?

Nak baca sambungan dia…

Selamat Tinggal myCypherHackz.Net

Setelah setahun menggunakan subdomain my.cypherhackz.net, akhirnya aku bercadang untuk menukar nama serta membeli domain yang khusus untuk blog ini. Nama yang aku berikan adalah, BlogAku.Net. Ya, kamu semua boleh melawat blog aku ini dengan hanya manaip www.blogaku.net diruang address bar di browser korang. Sila-sila update link anda. Kalau taknak update pun takpe sebab aku akan letak redirect ke domain yang baru ni jap lagi.

byebye
myCypherHackz.Net tinggal kenangan…

Kenangan myCypherHackz.Net
Dulu setiap kali korang masuk ke blog ini, korang akan dapat perhatikan bertapa gah nya perkataan myCypherHackz.Net terpampang di bahagian atas header theme ini. Tetapi kini ianya sudah berubah menjadi BlogAku.Net. Sob3. Korang janganlah bersedih. Bersabarlah… Walaupun title dan domainnya berbeza tetapi entrinya tetap sama dan orangnya masih sama. Aku ler tu.

Pada mulanya, memang berat aku nak tukar nama blog aku ini. Tetapi, apakan daya. Adakalanya kita perlu berubah. Adakalanya kita perlu mengambil risiko. Aku harapkan dengan nama baru dan domain baru ini, ianya dapat membawa blog aku ini lebih jauh ke hadapan. Lebih dikenali, lebih diingati. Siapa kata blogger tak punyai wawasan?

Pada tanggal 3 September 2006, blog ini dilahirkan. Macam-macam yang aku ceritakan di dalam entri sulung aku itu. Segala sebab munasab, semuanya aku ceritakan. Tetapi kini, blog ini dilahirkan untuk kali keduanya. Jadi, mari kita sambut kelahiran blog aku ini.

Nak baca sambungan dia…

Aku masih hidup

Tu je nak cakap. Coz skang ni tengah busy. Hu3.

Diari LI Day 38 – Gambar aku masa kecil

Aku telah ditag oleh saudari Azlina atau lebih suke dengan nama manjanya Ikoko. Manja ke? Entah lewr… Korang kene tanya empunya badan. Hu3.

sicomel-01
Owh…sungguh comel budak ini… Siapakah dia?

Mungkin disebabkan masa aku kecil, aku merupakan seorang yang comel (lihat gambar di atas) menyebabkan Ikoko tidak puas hati dan mentag aku. Aku tahu memang aku lebih comel dari kau ye Cik Ikoko. Hu3. Ataupun kau ingin membuat koleksi peribadi gambar-gambar kecomelan aku ini. Jangan… :D

Disebabkan aku telah ditag, so aku pun menjawab la tag dia. Aku harap Ikoko dan korang sekalian berpuas hati dengan ilustrasi-ilustrasi yang terpapar di sini.

Nak baca sambungan dia…

Dairi LI Day 10 – Tag perihal daku

Hari ni aku takde buat apa sangat kat Mercumaya. Just upload and setup flash tutorial cara-cara nak gune cPanel, Plesk ngan DirectAdmin.

So sebagai ganti, aku publish tag yang aku kene dari Xero . Aku rasa pasal peribadi kot tag ni. Aku pun tak pasti. Btw sorry Xero coz lambat publish entri ni. Padahal dah lama dah siap cume aku tak pubish jek.

  1. Honestly what color is your shirt?
    Dark Blue
  2. Honestly, whats on your mind?
    How to answer these questions.
  3. Honestly, what are you doing right now?
    Answer this tag.
  4. Honestly, have you ever been in love?
    Ha3. Of course lol…
  5. Honestly, have you done something bad today?
    Today hah? No la. I just woke up from my bed actually. He3.
  6. Honestly, do you watch disney channel?
    Sometimes when my sister open that channel.
  7. Honestly, who is the last person you talked to on the phone?
    My girlfriend.
  8. Honestly, are you jealous of somebody right now?
    Nope.
  9. Honestly, what makes you mad most of the time?
    Internet down at my college. Damn!
  10. Honestly, do you bite your nails?
    Huh? No la…
  11. Honestly, do you use anyone?
    Nope. Nope. Nope.
  12. Honestly, do you want to see someone this very moment?
    There is a girl that I want to see so much.
  13. Honestly, do you have a friend you you don’t like?
    All of my friends is friend.
  14. Honestly, do you love anyone?
    I love all peoples in this world. But there is a person I love the most. ;))
  15. Honestly, does anyone like you?
    Of course la.

Nak baca sambungan dia…