CypherFS-Redelicious – Theme baru lagik!

Aku dah lama nak buat theme untuk website My Nseries Blog aku tu. Tapi disebabkan takde idea dengan kemalasan yang melanda menyebabkan aku terpaksa hold mendesign untuk beberapa kalinya.

Namun begitu, kemalasan itu dapat aku bendung setelah aku bosan sangat sampai tak tahu nak buat apa dan akhirnya masa bosan itu aku telah mendesign theme untuk blog aku tu. Aku tidak tahu apa yang terjadi dengan aku pada ketika ini. Aku tidak balik ke rumah sebab aku bercadang hendak menyiapkan projek tahun akhir aku. Tetapi bende lain yang aku buat. Projek aku tu takde progress pun setakat ni. Ouch!

Berbalik kepada tajuk asal. Tema untuk theme ni adalah merah. Sebab itu aku namakan theme ini sebagai CypherFS-Redelicious. Aku rasa tak berapa sesuai warna merah dengan untuk Nseries. Tapi aku layankan ajer. Semuanya siap dalam satu hari. Dari segi mendesign sehinggalah part aku nak menguploadkan theme ni ke server.

cypherfs-redelicious

Cume satu bende je yang aku tinggalkan. Website tu tidak mempunyai logo tersendiri. Aku takde idea sebenarnye nak mereka-reka logo nih. If korang ada idea or korang boleh buatkan satu logo untuk aku, aku amat mengalu-alukan. Ada la habuannye nanti. Hu3.

Nak baca sambungan dia…

Mercumaya.Net jual Hosting Murah! Domain pun Murah!

logo_mercumaya_net.gifDulu aku pernah bagitahu korang dalam entri aku masa aku buat praktikal kat Mercumaya. Dulu aku ada cakap yang aku ngan En Mizan telah berbincang untuk harga pakej baru. Dan alhamdulillah pada 30hb November 2007, pakej dan website baru itu telah berjaya dilaksanakan.

Sekiranya korang berminat untuk beli hosting ataupun domain, korang boleh beli di Mercumaya. Aku jamin yang hosting kat Mercumaya ni hosting yang termurah setakat ini. If ada yang lagi murah, sila bagitahu aku. Tapi make sure yang hosting murah tu stabil ok.

Setakat ini hanya dua kategori yang disediakan. Iaitu pakej untuk personal dan juga bisness. If korang nak beli yang personal, korang boleh dapat yang murah punye. Dengan harga RM68 korang dah boleh dapat hosting ngan saiz 5Gb termasuk dengan 50Gb bandwitdh. Memang puas hati if korang beli ni. Pastu if korang nak yang murah lagi, korang leh bayar terus untuk dua tahun. Diskaun diberikan sekiranya korang beli untuk dua tahun.

Nak baca sambungan dia…

Giler Domain

Giler domain, mungkinkah aku salah seorang daripadanya?

Sebenarnya, aku baru sahaja mendaftarkan satu lagi domain untuk website baru aku. Just suka-suka untuk membuat blog lagi satu. Kirenye website baru ini merupakan website ke-5 aku. Banyak jugak website aku ni. Tapi tak tahu dapat update kesemuanya ke tidak. Jangan terbengkalai semua kerja sudah la.

My NSeries Blog, merupakan sebuah website yang fokus kepada hanset NSeries. Segala tips, isu terbaru dan segala yang berkaitan dengan NSeries akan aku muatkan dalamnya.

Pada mulanya, sebelulm aku decide nak beli domain ni, aku ingat just nak buat website yang focus pada hanset N73 je sebab aku gune hanset tu. Tapi bile dipikir-pikirkan balik, kang nanti akan berlaku mind-block. Aku takde idea pulak nak tulis apa kalau scope website aku kecil. Disebabkan itu aku membeli domain www.mynesriesblog.com ni. Kalau tak aku akan membeli domain www.n73insider.com ni ha. Ho3.

Bagaimana timbulnya idea untuk blog pasal NSeries ni? Semuanye bermula apabila aku membeli hanset N73 Music Edition. Aku belum cerita pada korang lagi kan hanset baru aku ni? Entri mengenai die dah siap dah cume aku belum amik gambar je lagi. Nanti bile aku dah amik gambar, aku akan publish entri tu. Ok? Worait…

Minat aku yang mendalam terhadap hanset N73 telah menyebabkan aku teringin sangat untuk membuat website khas pasal N73 ni. Tapi setelah berbincang dan meminta pendapat dari si Dia (siapa lagi, awek aku la…) dan kawan-kawan aku, akhirnya aku memilih untuk membuat website yang menceritakan mengenai NSeries.

Mungkin ada dikalangan korang yang akan bertanya, “Kan dah ada website macam ni kat luar, kenapa nak buat website macam ni lagi?” Helo brader, aku buat website sebab aku suka. Suka berkongsi dengan orang apa yang aku peroleh. Segala bende terbaru, artikel, isu dan segalanya yang aku dapat, yang aku peroleh, akkan aku kongsikan.

Nak baca sambungan dia…

Tentang Cinta & CypherFS FreshLove

Halu… Setelah satu hari berhempas pulas, akhirnya siap jugak theme untuk website baru aku. Hu3. Maybe ada yang dah tahu pasal website nih tapi ni aku nak announce pasal website aku yang baru ni. He3.

Tentang Cinta

TentangCinta.Com merupakan sebuah website mengenai percintaan. Dengan membawa tema “Membina Percintaan yang Bahagia Selamanya”, TentangCinta.Com diharapkan dapat menjadi sumber atau tempat anda mendalami dan memahami erti percintaan yang sebenar.

Website tersebut masih lagi baru tetapi ianya bakal menjadi tempat rujukan dan website yang wajib dikunjungi oleh mereka-mereka yang sedang bercinta pada suatu hari nanti. Website ini mengandungi tips-tips bercinta, cerpen-cerpen cinta, lagu-lagu dan segalanya mengenai cinta.

Dan, sekiranya anda mempunyai masalah percintaan, anda boleh meminta motivasi atau bertanya bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah itu. Dengan ini, anda bukan sahaja dapat membantu diri anda, anda jugak dapat membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Di sini, sekiranya anda mempunyai cerpen, tips, puisi atau apa sahaja mengenai cinta, anda bolehlah menghantarnya pada tentangcinta [at] gmail [dot] com. Dan kalau boleh, sila hantarkan sekali dari sumber mana anda memperolehnya supaya kredit dapat diberikan pada penulis sebenar.

Note: Aku bukak website ni bukan sebab saje2 ok. Bukan sebab jiwang atau ape. Hanya orang yang bercinta jek yang tahu. Ahaks! Lagipun, banyak site cinta dalam English. So kenapa tidak kite mempunyai satu website dalam Bahasa Melayu pulak?

Nak baca sambungan dia…

Mari join buat projek

Saya sedang mengusahakan satu projek yang bagi saya memang bernilai untuk semua. Projek ini dinamakan sebagai WordPress Tips & Tricks Collection.

Mungkin ada dikalangan anda yang sudah tahu mengenai ini kerana saya sudah mengumumkannya di website utama saya. Tujuan saya membuat projek ini adalah, saya ingin menggabungkan semua tips-tips yang ada yang berkaitan dengan Wordress di dalam satu koleksi yang besar. Koleksi ini akan mempunyai link-link ke tips-tips WordPress yang terdapat di blog/website.

Tetapi, saya ingin meminta jasa baik anda, sekiranya anda ada membuat tips atau tricks mengenai WordPress, anda bolehlah menghantarkannya dengan men-trackback entri anda itu pada entri saya ini. Dengan itu, ianya dapat menjimatkan masa saya dalam mencari tips-tips yang ada.

Apa kelebihan yang anda akan peroleh dari ini adalah, sebagai pengguna WordPress yang baru, anda dapat belajar teknik-teknik dan tips untuk mengoptimumkan penggunaan WordPress anda itu. Dan bagi kepada mereka yang membuat tips, anda akan mendapat trafik dan pengunjung dari koleksi yang dibuat.

Dan untuk pengetahuan, projek ini mempunyai 3 fasa. Fasa yang pertama telah bermula pada hari Selasa yang lepas dan akan berakhir pada Selasa minggu hadapan iaitu pada 3 April 2007. Fasa kedua dan ketiga akan menyusul kemudian.

Apa lagi yang anda perlu tunggu? Mulakan trackback anda dan beritahu pada rakan-rakan anda yang lain. Terima kasih…