Pelancaran Ubuntu Newbie Malaysia

Ubuntu Newbie Malaysia

Alhamdulillah… Akhirnya terlaksana jugak hasrat aku untuk membuat website yang khusus untuk Ubuntu ini. Setelah menerima beberapa pandangan dan pendapat untuk website Ubuntu tu, aku berjaya melancarkan website Ubuntu tersebut. Terima kasih kepada korang semua yang membuat undian untuk website Ubuntu aku itu. Terima kasih.

Ubuntu Newbie Malaysia merupakan sebuah lagi website yang dihandle oleh aku. Oh, banyaknye website aku. Hu3. Website Ubuntu ini akan fokus kepada Ubuntu dan aku akan kongsikan segala tips dan kaedah yang aku pelajari sepanjang aku menggunakan Ubuntu ini.

Nak baca sambungan dia…

Undian untuk website Ubuntu

Edit: Aku dah buat dah website untuk Ubuntu tu. Untuk maklumat lanjut boleh baca entri ini.

Aku bercadang untuk buat website khas yang akan fokus kepada Ubuntu. Seperti yang kita tahu, memang dah banyak website Ubuntu yang berbahasa Inggeris. So aku pun ingat nak buat website Ubuntu yang focus untuk rakyat Malaysia. Kirenye lebih kepada blog la. Segala apa yang aku belajar dan yang aku buat dengan Ubuntu, akan aku kongsikan bersama di website Ubuntu tu.

Kat Malaysia ni yang buat website khas menceritakan Ubuntu adalah, melayubuntu.blogspot.com, ubuntubm.wordpress.com dan ejon.wordpress.com. Ketiga-tiga website ni memfokuskan Ubuntu kepada rakyat Malaysia. Yang aktif, hanyalah website melayubuntu.blogspot.com itu yang dimanage oleh saudara Syahid Ali.

Bahasa untuk website Ubuntu aku?
View Results

So aku pun nak tanya korang la kan, korang rasa elok aku buat website Ubuntu dalam BM atau BI? BI memang dah banyak yang ada kat internet ni. Cume yang BM je yang kurang. Tapi kalau buat website dalam BI, leh la aku letak Adsense untuk generate income. Hu3.

Nak baca sambungan dia…

Ubuntu Milik Aku

Memang dah lama aku teringin sangat untuk menggunakan Ubuntu. Sebelum ni just bermain dengan Live CD je. Tak best sangat kalau guna Live CD sebab korang takkan merasa ke-feel-an die.

Setiap kali keluar je version baru, aku akan mintak dorang hantarkan CD ke rumah aku. Yang terbaru untuk Ubuntu version 7.10 Gutsy Gibbon, aku telah mintak sebanyak 20 keping. Habis setiap kali ada je budak yang datang bilik aku, aku akan bagi satu. Dorang hairan kenapa aku bermurah hati nak bagi CD Ubuntu tu.

Screenshot-thumb
Image 1 – Kena run bende ni setiap kali aku nak gune Celcom Broadband

Namun begitu, pada tengahari semalam aku telah keluar ke Taman U untuk beli hard disk Western Digital Sata II 320Gb dan RAM DDRII 1Gb. Misi aku beli barang-barang ni adalah untuk install Ubuntu. Yeah!

Nak baca sambungan dia…

Ni la project nye…

Seperti yang aku janjikan, aku akan announce pasal projek aku tu. Projek tu takde la besar sangat pun. Just suka-suka je nak buat. Projek itu adalah… (bunyik dram sket)

Need Backlinks Web DirectoryNeed Backlinks Web Directory merupakan sebuah web directory yang berasaskan script PHP Link Directory yang aku beli beberapa hari yang lepas. Guna web directory ni adalah untuk meningkatkan pagerank website korang dan juga untuk menambahkan backlinks. Jadi, kalau korang nak naikkan PR, sila-sila, hantarkan korang nye link ke web directory aku tu.

Sekarang ni aku tengah buat promosi. So korang boleh submit link secara percuma. Tidak dikenakan bayaran satu sen pun dan tidak mempunyai hidden charge. Tetapi, promosi ni hanya valid sampai 31hb Disember 2007 ni je. Start tahun depan, caj akan dikenakan untuk setiap link yang dihantar. Tapi, takde la mahal pun. Murah je aku bagi.

Nak baca sambungan dia…

Domain Aku Beranak-pinak

Korang ada baca entri aku terdahulu pasal aku Giler Domain? Ya, aku sekarang ni tengah mendevelop satu project lagi baru. Project yang aku buat sebagai menyibukkan diri aku yang sibuk ni. Disebabkan nak mendevelop project ini, aku telah beli lagi satu domain. Ini telah membuatkan koleksi domain aku bertambah menjadi 6 buah. Muhahaha…

Hanya certain-certain orang je yang dah tahu dan dah tengok project aku tu. Sebab aku mintak dorang jadi beta tester. Tak susah pun dorang nak test. Senang je. Semua info dorang ada. Dorang just buat je.

Kepada korang yang tak tahu tu, bukan aku tak nak pilih korang jadi beta tester. Aku cume send invitation untuk jadi beta tester pun hanya pada mereka-mereka yang online di YM pada pukul 4, 5 petang tadi. Sape yang online je aku send. Sape yang tak tu, tak dapat la. Ngeh3.

Nak baca sambungan dia…