Semasa aku sedang melayari laman web Berita Harian, mata aku terpaku pada sesuatu yang tidak betul. Biasalah manusia, mudah nampak benda yang tidak betul je. So aku pun snap la laman web Berita Harian itu. Cuba korang lihat gambar di bawah ini.

Setahu aku, 1 September 2008 bersamaan dengan 1 Ramadan 1429 sebab hari itu merupakan hari pertama kita umat Islam berpuasa. Tetapi, kenapa tiba-tiba bertukar jadi Syaaban pulak nih. Aku hairan.
Nak baca sambungan dia…
Semakin hari semakin banyak blog yang wujud di dunia cyber ni. Dan semakin itu juga, banyak blog-blog baru yang wujud. Aku tidak tahu situasi di negara luar tetapi apa yang aku dapat perhatikan, blogger-blogger baru di tanah air kita ini sangat pandai mencuri.
Disebabkan mereka-mereka ini masih baru, jadi, banyak perkara yang mereka tidak tahu. Dan disebabkan itu, mereka mencuri content-content dari laman blog orang lain dan diletakkan di blog mereka itu sendiri. Dah pulak tu tak nak mengalah sampai, icon-icon dan image-image yang ada dalam posting pun dorang sebat sekali. Hai…kenapa la sampai macam tu sekali dorang ni.
Maaf kalau ada dikalangan pembaca di sini yang masih baru dalam blogging dan terasa dengan kata-kata aku di sini. Tetapi itu lah yang berlaku di kalangan masyarakat blogger di Malaysia. Pandai mencuri content orang lain dan dijadikan sebagai artikel di blog sendiri. Apa lah salahnya sekiranya diletakkan link dari mana sumber artikel itu diambil. Ni tidak, sekali semua dia sapu termasuklah Related Post yang ada dekat artikel itu. Macam mana aku boleh tahu? Mestilah sebab aku yang kena.
Nak baca sambungan dia…

Untuk menjadi blogger, sudah semestinya seseorang itu perlukan blog. Tanpa blog, tidak mungkin seseorang itu boleh kita gelarkan sebagai blogger. Dan bagaimana pula dengan domain untuk blog? Perlukah kita ada domain sendiri untuk blog kita itu?
Bagi pendapat aku, adalah lebih baik sekiranya kita mempunyai domain sendiri. Jangan gunakan subdomain dari dari orang lain. Bukan sahaja tidak menarik, malah akan nampak ketidaksungguhan kita dalam berblog.
Lagipun, dengan adanya domain sendiri, barulah nampak keunikan kita itu. Barulah nampak lain dari yang lain. Kalau sebut sahaja pasal Blog Aku, sudah semestinya hanya satu sahaja Blog Aku di dunia ini. Tiada siapa yang akan mempunyai domain BlogAku.Net selain aku.
Nak baca sambungan dia…

Sudah lama aku tidak mengupdate laman blog ini. Dah macam bukan blog aku pula jadinya. Jadi untuk entri kali ini aku ingin membincangkan isu yang masih hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia.
Seperti yang semua sudah maklum, kenaikan harga minyak di Malaysia betul-betul mencabar dan menguji kesabaran rakyat. Harga minyak yang naik dari RM1.92 seliter telah melonjak ke RM2.70 selitar. Perbezaan yang amat ketara bagi kita semua. Lagi-lagi kepada pengguna kenderaan berenjin yang tidak berkemampuan.
Mungkin bagi menteri-menteri di luar sana merasakan kenaikan harga minyak merupakan perkara yang harus dilaksanakan. Ini kerana, kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan subsidi sebanyak RM18 billion. Tetapi apa yang aku fikirkan adalah, adakah kesemua penjimatan RM18 billion ini akan dirasai oleh rakyat Malaysia sendiri?
Nak baca sambungan dia…
Mukadimah: Aku ingat nak guna title WT* tapi disebabkan aku ni kan sopan… Bertolak ansur… Dan berbudi bahasa… So aku guna la WTH. Ahaks!

Pada suatu hari yang lalu (aku tak ingat hari apa), aku ada ternampak satu iklan di TV pasal ada slot tayangan mengenai menjana duit dengan blog. Entah kenapa, aku tidak suka dengan iklan tu. Mana tak nye, blog bukan untuk jana duit semata-mata tetapi untuk berkongsi cerita dan pengetahuan antara penulis dengan pembaca.
Dulu kalau tak silap aku, dorang punya la ban blog neh. Even ada cerita yang aku dengar, siapa-siapa yang nak buat blog kena daftar dengan kementerian. Aku tak pasti la betul ke tidak. Tetapi macam tu la yang aku dengar. Ha…korang pun mesti tak tahu kan…
Then tiba-tiba, dorang naikkan pulak nama blog nih. Punya la puji pasal blog nih. Tu pun selepas Dr Khir Toyo dengan Tun Mahathir bukak blog. Lepas tu pulak, heboh pasal menjana duit dengan blog.
Nak baca sambungan dia…