Sudah lama blog ini tidak berupdate. Terasa sunyi sepi bila ianya diabaikan. Entah kenapa tiba-tiba ada pula mood untuk aku menulis pada hari ini.
Aku sebenarnya baru sahaja tiba di Kuala Lumpur semalam setelah 3 hari (tolak 1 hari perjalanan pergi dan 1 hari perjalanan balik, yang tinggal hanyalah 1 hari sahaja sebenarnya) berada di kampung halaman yang terletak di utara semenanjung tanah air. Rasa penat dan letih masih terasa lagi sehingga kini. Walaupun perjalanan ke Kuala Lumpur tidak sesesak semasa perjalanan ke kampung tempoh hari, tetapi driving selama 4 jam sangat-sangat meletihkan.
Pada hari Sabtu yang lalu ketika aku dalam perjalanan pulang ke kampung, highway PLUS sesak dengan kenderaan. Bayangkan daripada Damansara sehingga ke R&R Tapah mengambil masa lebih 3 jam untuk sampai ke sana. Setiap R&R yang aku lalui semuanya dipenuhi dengan kenderaan dan sesak dengan orang ramai. Mana tidaknya, lebuhraya yang mempunyai had laju 110km/j terpaksa diperlahankan kepada 20km/j sehingga 50km/j kerana kesesakan jalan raya yang melampau.
“Abang, dah potong kan?” tanya si isteri. Si suami pula segera menjawab, “Of course…”
Mungkin kalian dah pernah tonton iklan terbaru P1 Wimax yang mengisahkan isu potong-tak potong ni di kaca televisyen. P1 Wimax beriya-iya cuba membawa rakyat Malaysia ke suatu tahap di mana semua orang meninggalkan dunia internet berwayar dan beralih ke dunia wireless.
P1 Wimax merupakan salah sebuah Internet Service Provider di Malaysia yang menyediakan sambungan internet jalur lebar tanpa wayar yang terpantas untuk setakat ini. Selain daripada pakej yang disediakan berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan, penulis rasa ianya memang sesuai untuk semua pengguna internet di Malaysia.
Pagi tadi kisah Ops Sikap tidak berjaya mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian ketika musim perayaan di radio Hot FM menjadi topik perbualan. Topik ini menjadi topik hangat apabila ruangan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia menceritakan Ops Sikap ke-20 gagal apabila jumlah kemalangan yang direkodkan merupakan kedua tertinggi sejak lapan tahun Ops Sikap ini diperkenalkan.
Bagi pendapat aku, buatlah apa-apa operasi pun, jumlah kemalangan di Malaysia ini tidak mungkin dapat dikurangkan sekiranya mentaliti rakyat Malaysia tidak berubah. Sebagai contoh, memotong barisan menggunakan lorong kecemasan. Dah terang-terang kita semua tahu, lorong kecemasan tu lorong untuk kecemasan. Tetapi ada juga sesetengah pemandu di Malaysia ni guna lorong tu untuk potong barisan. Kalau sendiri kemalangan, semua orang pun tak kisah. Tetapi yang menjadi kisah apabila kemalangan dia tu melibatkan kenderaan yang lain yang tak bersalah. Tak ke menyusahkan orang tu?
Ku teguh berdiri
Tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani melangkah maju
Terus ke hadapan satu impian
Nyawa ku pertaruhkan
Genggaman tanganmu
Semangatku o terus membara
Janji ke padamu harapanmu
Ingin ku laksanakan
ooo ooo
Kau adalah ilham
Pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang teguh membawa perubahan
Satu impian o berjuta harapan
Satu Malaysia kita inspirasi
Pada dunia namakan dijulang
Kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan
Al-kisahnya…
Korang semua mesti sudah tahu atau belum tahu bahawa Lagu 1Malaysia Kita adalah lagu Malaysia Satu – Faizal Tahir. Pertandingan yang dianjurkan oleh stesen radio di bawah Media Prima iaitu Hot FM telah pun secara rasmi mengumumkan lagu Satu Malaysia – Faizal Tahir sebagai pemenang berdasarkan dari undian rakyat Malaysia semua.
Tetapi bagi aku, ianya sedikit tidak adil. Ini kerana, lagu yang memenangi pertandingan ini dimenangi oleh seorang artis yang memang dikenali di tanah air dan juga mempunyai peminatnya yang tersendiri. Apabila sebuah lagu biasa dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal, sudah pasti para peminatnya akan mengundi beliau dan menobatkan beliau sebagai juara.
Sejak Celcom mengenakan sekatan kepada pengguna yang menggunakan lebih 5GB data sebulan menyebabkan aku ingin beralih ke perkhidmatan jalur lebar yang lain. Terfikirkan untuk mengambil Streamyx, tetapi di rumah aku sudah ada akaun Streamyx tersebut. Setakat yang aku lihat, kelajuan Streamyx di rumah aku boleh dikatakan memuaskan.
Namun begitu, semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, aku terlihat buntingWimax yang digantungkan di setiap tiang lampu di kawasan rumah aku. Nampaknya, kawasan rumah aku telah diliputi dengan Wimax.