Apabila Celcom Broadband Bermasalah

Aku sudah menggunakan Celcom Broadband hampir dekat setahun atau lebih tepat, sudah 10 bulan aku menggunakan Celcom Broadband ni. Macam-macam masalah yang aku pernah lalui sepanjang menggunakan perkhidmatan internet yang disediakan oleh Celcom ni. Jadi, di sini aku ingin berkongsi la serba sedikit apa yang korang patut buat apabila berhadapan dengan masalah-masalah Celcom Broadband.

Line Disconnect
Semasa korang sedang menggunakan internet, tiba-tiba line terputus. Jangan risau, jangan panik, korang connect la balik. Selalunya line itu terputus disebabkan pertukaran daripada 3G ke GPRS atau sebaliknya. Bukan masalah besar. Cuma menjadi masalah sangat kalau masa tu korang tengah download something.

Line tukar ke GPRS
Benda ni jarang terjadi kalau kawasan korang betul-betul berada di kawasan 3G. Unless kalau kawasan korang tu berada di penghujung coverage 3G, baru lah perkara ini akan terjadi. Tetapi, kadang-kadang berlaku jugak even kawasan tu memang kawasan 3G. Untuk masalah seperti ini, korang tidak boleh buat apa sangat kecuali tunggu line tu pulih semula. Sekejap je. Tak lama.

Nak baca sambungan dia…

5 Tips Dalam Berpasangan

Sebenarnya, saya sudah lama ingin memberkongsi dengan anda tips ini. Ianya merupakan tips yang dibina oleh dua orang kekasih yang tidak ingin diberitahu namanya (mungkin ada yang sudah tahu ;)) ). Namun, mereka berdua amatlah erat dan bahagia sehingga ke hari ini dan insya-Allah hingga selama-lamanya. Amin…

1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.

Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?

Nak baca sambungan dia…