Adsense yang beribu-ribu

Hari ni aku ingat nak cash-out kan Adsense aku. Tapi rasa malas pulak nak gi CIMB walaupun bank tu tak la jauh mana pun. Aku punye earnings takde la sampai beribu-ribu. Sekadar cukup makan je la setiap bulan. Boleh la jugak aku gunakan untuk duit belanja makan minum aku and jalan-jalan dengan awek aku.

Dalam aku merantau-rantau menjenguk website yang ada di Internet, terjumpa beberapa website yang memberitahu earning yang dorang dapat daripada Adsense. Ada yang dapat beratus-ratus Ringgit Malaysia, ada yang dapat beribu-ribu Ringgit Malaysia. Entah bila la aku akan dapat duit sebanyak beribu-ribu tu.

Mana la tau kan. Kalau dah boleh dapat duit sebanyak tu, boleh la duduk rumah je. Tak yah keje and update website je. Tak pun, jadikan blogging ni sebagai part-time bila balik dari kerja. Kalau kerja gaji dapat RM2500 + dengan duit dari Adsense RM2500, dah dapat RM5000 untuk sebulan. Kan best macam tu.

Nak baca sambungan dia…

Kawan-kawan aku yang Problogger

Aku mempunyai ramai kawan. Ada kawan yang memang aku jumpe face to face, ada kawan yang aku kenal melalui YM, ada kawan yang aku kenal melalui website aku dan ada juga kawan yang aku kenal bile die kenal aku. Hua3. Korang mesti pening sampai tepuk dahi korang kan? Takpe-takpe, aku bagi korang masa untuk tepuk dahi korang. Tepuk la. Pap! Pap!

Entri untuk kali ni aku nak cite pasal kawan-kawan aku yang menjadi Problogger. Ye, korang tahu kan apa itu Problogger? Orang yang tak bekerja tapi duk update website dorang and dapat duit dari website dorang tu. Itulah yang dipanggil sebagai Problogger. Keyword dia adalah TAK BEKERJA dan dapat duit dari BLOG (bukan website ok).

Namun begitu, aku amat rasa kagum dengan kawan-kawan aku yang menjadi Problogger ini. Dalam usia yang muda, mereka telah pun dapat menjana duit dengan hanya mengupdate website dorang. Bukan senang nak dapat duit nih. Dorang mula dari kecik lagi sehinggalah website dorang menjadi semakin berkembang dan dikenali ramai orang.

Nak baca sambungan dia…

Website dan Portal Melayu Sengal!

sengal1Aku sangat tidak suka dengan sesetengah website dan portal komuniti yang dibangunkan di Malaysia, terutama yang dibangunkan oleh orang Melayu. Rata-rata semuanya mengarut dan cuba untuk mendapat keuntungan yang cepat tetapi menyusahkan orang lain. Kepada sesiapa yang baca entri ini dan terasa die ada melakukannya, better korang betulkan kesilapan korang itu.

Sebelum itu, korang tahu apa itu Adsense? Tahu apa itu Advertlets? Tahu apa itu Nuffnang? Semua itu merupakan service pengiklanan yang disediakan untuk para blogger dan pembangun laman web untuk menjana kewangan di website atau blog mereka. Tetapi terdapat sesetengah orang Melayu yang SENGAL yang cuba mengaut keuntungan yang lebih dengan menyuruh ahli komuniti dorang untuk klik pada iklan-iklan tersebut.

Korang tahu tak apa kesilapan korang, ha SENGAL? Aku tahu korang boleh dapat duit dengan cepat kalau ahli korang klik, klik dan klik iklan-iklan tu. Tapi korang tak tahu, yang korang boleh di-ban even bukan korang yang klik pada iklan tersebut. Ye, memang betul. Kalau korang kene ban, aku peduli apa. Tapi bagaimana kalau banyak sangat website-website dan portal-portal di Malaysia ni yang ikut cara korang dan kene ban? Makin buruklah nama Malaysia disebabkan keSENGALan korang tu.

Nak baca sambungan dia…

Gempar! Sejadah bersolat!

Alkisah…

Mungkin ada dikalangan korang yang pernah mendengar atau bercerita mengenai perkara-perkara yang pelik dan aneh. Atau mungkin ada dikalangan korang sendiri yang pernah melalui perkara-perkara aneh itu. Walaubagaimanapun, di sini aku ingin berkongsi dengan korang semua sebuah video yang peristiwanya berlaku di Muscat, Oman.

Ceritanya bermula apabila orang kampung mendengar seperti ada orang membaca Al-Quran pada waktu malam di masjid. Apabila orang kampung pergi ke masjid tersebut, tiada pun orang yang kelihatan tetapi hanyalah sehelai sejadah yang sedang duduk antara dua sujud (seperti dalam solat) dan bergerak ke kiri dan ke kanan seperti berzikir.

Saksikan…

Korang tidak percaya? Saksikanlah sendiri video di bawah ini.

Download video [save dengan extension .flv]

Nak baca sambungan dia…

Janganlah diabaikan website mu itu…

Entri kali ini berkisah pasal website anda. Ya… Website anda. Website kamu la.

Ke”chipsmore”an internet kat blok aku ni menyebabkan aku malas nak update. Sekejap dapat surf, sekejap tak dapat surf. Last2 aku duduk termenung and buat something untuk berikan sesuatu yang baru kepada website ni. Kirenye sebagai hadiah la sebab tak dapat update.

Kesian aku pada website ni menyebabkan aku ingin memberikan sesuatu yang dapat menyegarkan dan menggembirakan semula hatinya. Website kite sememangnye bukan suatu bende yang hidup. Tetapi kite haruslah menjaga nye kerana kita yang membina dan membentuknya. Janganglah korang mengabaikan ia sebegitu sahaja kerana bende bukan hidup juga mempunyai perasaan.

Tidakkah korang ingat betapa gembiranya korang bile dapat membangunkan website korang itu? Tapi sekarang, kenapa perasaan itu dah tiada? Sebut pasal perasaan bagi bende yang bukan hidup ini, aku ingin memberikan dua situasi. Pernah tak korang dengar atau mengalami situasi sebegini?
Nak baca sambungan dia…