Kenapa ramai blogger baru yang kecundang?

Ramai blogger baru yang wujud setiap hari. Semuanya disebabkan mereka terpengaruh dengan blogger-blogger yang sudah “well-established”. Ala, korang pun tahu la kan, blogger-blogger yang veteran seperti Azhar Ahmad, Mohd Ismail, Fahmishah dan lain-lain semuanya sudah mempunyai income sendiri dari blog mereka. Dan blogger-blogger veteran inilah punca utama kenapa ramai blogger baru kecundang di pertengahan jalan.

Pertama sekali, cuba korang fikir. Kenapa ramai orang ingin menjadi blogger? Dari pandangan aku, kebanyakkan mereka-mereka ini terpengaruh dengan banyaknya duit yang blogger-blogger veteran ini dapat dari blog mereka. Dan disebabkan itulah ramai yang ingin buka blog sendiri. Mereka fikir mereka akan dapat duit yang banyak sekiranya mereka mempunyai blog. Tetapi tahu tak kamu semua betapa susahnya blogger-blogger veteran ini untuk mendapat duit yang sebanyak itu?

Aku mengikuti perkembangan blogger-blogger veteran ini sejak dari dahulu lagi. Aku tahu sedikit sebanyak bagaimana mereka boleh muncul, berkembang dan berjaya menjadi seorang blogger yang memperoleh income bulanan yang lumayan. Bukan senang untuk menjadi senang, kawan-kawan.

Nak baca sambungan dia…

Makin hari, makin ramai yang menjadi blogger

makin-hari-blogaku

Pada mula-mula aku berkenalan dengan blog, aku menjadikan Blogdrive (blog aku di Blogdrive) sebagai pelantar pertama aku. Kemudian, aku beralih arah ke Blogspot (blog aku di Blogspot). Sekadar ingin mencuba-cuba dengan Blogspot. Tidak lama kemudian, aku membuat keputusan untuk membeli sendiri hosting dan juga domain sendiri untuk aku jadikan sebagai tempat aku berblog di CypherHackz.Net.

Dulu, kalau aku ceritakan pada kawan-kawan aku mengenai blog, ramai yang tanya aku balik, “Blog tu apa?”. Owh…sungguh susah aku hendak menjawab pertanyaan sedemikian. Bagi mereka, blog hanyalah sebuah tempat untuk kita menulis dan mencurahkan idea yang tidak memberikan apa-apa makna.

Tetapi, sekarang ini, aku lihat ramai rakan-rakan aku yang sudah menjadi blogger. Semakin hari, semakin ramai yang berjinak-jinak belajar bagaimana untuk menjadi blogger. Sehinggakan di kelas, aku memanggil mereka dengan nama blog mereka. Berdekah-dekah kami seketika sehingga riuh rendah satu kelas.

Nak baca sambungan dia…

Adsense yang beribu-ribu

Hari ni aku ingat nak cash-out kan Adsense aku. Tapi rasa malas pulak nak gi CIMB walaupun bank tu tak la jauh mana pun. Aku punye earnings takde la sampai beribu-ribu. Sekadar cukup makan je la setiap bulan. Boleh la jugak aku gunakan untuk duit belanja makan minum aku and jalan-jalan dengan awek aku.

Dalam aku merantau-rantau menjenguk website yang ada di Internet, terjumpa beberapa website yang memberitahu earning yang dorang dapat daripada Adsense. Ada yang dapat beratus-ratus Ringgit Malaysia, ada yang dapat beribu-ribu Ringgit Malaysia. Entah bila la aku akan dapat duit sebanyak beribu-ribu tu.

Mana la tau kan. Kalau dah boleh dapat duit sebanyak tu, boleh la duduk rumah je. Tak yah keje and update website je. Tak pun, jadikan blogging ni sebagai part-time bila balik dari kerja. Kalau kerja gaji dapat RM2500 + dengan duit dari Adsense RM2500, dah dapat RM5000 untuk sebulan. Kan best macam tu.

Nak baca sambungan dia…

Kawan-kawan aku yang Problogger

Aku mempunyai ramai kawan. Ada kawan yang memang aku jumpe face to face, ada kawan yang aku kenal melalui YM, ada kawan yang aku kenal melalui website aku dan ada juga kawan yang aku kenal bile die kenal aku. Hua3. Korang mesti pening sampai tepuk dahi korang kan? Takpe-takpe, aku bagi korang masa untuk tepuk dahi korang. Tepuk la. Pap! Pap!

Entri untuk kali ni aku nak cite pasal kawan-kawan aku yang menjadi Problogger. Ye, korang tahu kan apa itu Problogger? Orang yang tak bekerja tapi duk update website dorang and dapat duit dari website dorang tu. Itulah yang dipanggil sebagai Problogger. Keyword dia adalah TAK BEKERJA dan dapat duit dari BLOG (bukan website ok).

Namun begitu, aku amat rasa kagum dengan kawan-kawan aku yang menjadi Problogger ini. Dalam usia yang muda, mereka telah pun dapat menjana duit dengan hanya mengupdate website dorang. Bukan senang nak dapat duit nih. Dorang mula dari kecik lagi sehinggalah website dorang menjadi semakin berkembang dan dikenali ramai orang.

Nak baca sambungan dia…

Website dan Portal Melayu Sengal!

sengal1Aku sangat tidak suka dengan sesetengah website dan portal komuniti yang dibangunkan di Malaysia, terutama yang dibangunkan oleh orang Melayu. Rata-rata semuanya mengarut dan cuba untuk mendapat keuntungan yang cepat tetapi menyusahkan orang lain. Kepada sesiapa yang baca entri ini dan terasa die ada melakukannya, better korang betulkan kesilapan korang itu.

Sebelum itu, korang tahu apa itu Adsense? Tahu apa itu Advertlets? Tahu apa itu Nuffnang? Semua itu merupakan service pengiklanan yang disediakan untuk para blogger dan pembangun laman web untuk menjana kewangan di website atau blog mereka. Tetapi terdapat sesetengah orang Melayu yang SENGAL yang cuba mengaut keuntungan yang lebih dengan menyuruh ahli komuniti dorang untuk klik pada iklan-iklan tersebut.

Korang tahu tak apa kesilapan korang, ha SENGAL? Aku tahu korang boleh dapat duit dengan cepat kalau ahli korang klik, klik dan klik iklan-iklan tu. Tapi korang tak tahu, yang korang boleh di-ban even bukan korang yang klik pada iklan tersebut. Ye, memang betul. Kalau korang kene ban, aku peduli apa. Tapi bagaimana kalau banyak sangat website-website dan portal-portal di Malaysia ni yang ikut cara korang dan kene ban? Makin buruklah nama Malaysia disebabkan keSENGALan korang tu.

Nak baca sambungan dia…