November 19th, 2007mySite19 Comments
Yosh! Setelah adanya domain baru, kite mesti mempunyai theme baru betul tak? Kalau korang sokong cakap aku, korang cakap Yay!. “Yay!” Ha…bagus, bagus, bagus. Korang memang sporting.
Theme CypherFS-DSP
So semalam selepas sahaja habis exam Digital Signal Processing (DSP), aku pun dengan rajinnya membuka photoshop aku dan design theme yang korang sedang tengok sekarang ni. Theme yang aku tengah gune ni la. Memang takde plan langsung pun nak buat theme baru. Tapi bile dah tangan tu mencapai photoshop dan alang-alang nak buang masa pas habis exam, aku pun mula la mereka structure dan susunan untuk theme aku ni.

Theme baru untuk BlogAku.Net
Theme ni aku namakan sebagai CypherFS-DSP. Takde nama lain yang aku terpikir masa tu. Last-last, aku letakkan aje nama CypherFS-DSP bersempena dengan exam DSP aku tu. Warna tema die seperti yang korang lihat adalah warna hijau dan juga biru. Saling tak tumpah seperti theme yang digunakan oleh saudara Azmie kite. Memang aku amik idea warna dari blog die pun. Hu3.
Ada la satu petang aku menghabiskan masa mengcoret-coret dekat aku punyer Photoshop tu. Dan satu malam aku menyiapkan coding dan edit-edit apa-apa yang perlu. Dan hasilnya, seperti apa yang korang lihat sekarang ini. Tepuk, tepuk, tepuk. Ah, tapi aku ingat nak tukar logo website aku tu. Tapi skang ni takde idea lagi. Ada sape2 yang ingin bantu?
Nak baca sambungan dia…
November 17th, 2007mySite14 Comments
Setelah setahun menggunakan subdomain my.cypherhackz.net, akhirnya aku bercadang untuk menukar nama serta membeli domain yang khusus untuk blog ini. Nama yang aku berikan adalah, BlogAku.Net. Ya, kamu semua boleh melawat blog aku ini dengan hanya manaip www.blogaku.net diruang address bar di browser korang. Sila-sila update link anda. Kalau taknak update pun takpe sebab aku akan letak redirect ke domain yang baru ni jap lagi.

myCypherHackz.Net tinggal kenangan…
Kenangan myCypherHackz.Net
Dulu setiap kali korang masuk ke blog ini, korang akan dapat perhatikan bertapa gah nya perkataan myCypherHackz.Net terpampang di bahagian atas header theme ini. Tetapi kini ianya sudah berubah menjadi BlogAku.Net. Sob3. Korang janganlah bersedih. Bersabarlah… Walaupun title dan domainnya berbeza tetapi entrinya tetap sama dan orangnya masih sama. Aku ler tu.
Pada mulanya, memang berat aku nak tukar nama blog aku ini. Tetapi, apakan daya. Adakalanya kita perlu berubah. Adakalanya kita perlu mengambil risiko. Aku harapkan dengan nama baru dan domain baru ini, ianya dapat membawa blog aku ini lebih jauh ke hadapan. Lebih dikenali, lebih diingati. Siapa kata blogger tak punyai wawasan?
Pada tanggal 3 September 2006, blog ini dilahirkan. Macam-macam yang aku ceritakan di dalam entri sulung aku itu. Segala sebab munasab, semuanya aku ceritakan. Tetapi kini, blog ini dilahirkan untuk kali keduanya. Jadi, mari kita sambut kelahiran blog aku ini.
Nak baca sambungan dia…
July 20th, 2007mySite7 Comments
Tu je nak cakap. Coz skang ni tengah busy. Hu3.
April 17th, 2007mySite14 Comments
Yay! Ni merupakan entri aku yang ke-100. Dah tua dah blog nih ye? Dah 100 dah “anak” yang dilahirkan. Hu3. Baru-baru ini, Mael pun baru sahaja mencapai entrinya yang ke-100 dan kali ini, giliran aku pula. Hua3.
Anda tahu ada apa dengan 100? Berikut merupakan di antara yang belaku dan yang berkaitan dengan nombor 100.
- Merupakan bilangan tahun bagi kurun.
- Orang yang umur dia 100 tahun digelar sebagai centenarian.
- Merupakan bilangan yang standard bagi kepingan-kepingan Scrabble.
- Nombor telefon polis bagi negara India, Greece dan Israel.
- Nombor operator telefon di Telekom.
- Merupakan nombor telefon ambulans di Belgium.
- Berlari pecut 100 meter.
Apa lagi ya dengan 100? Hurm…100 batang lilin untuk blog ini mungkin. Hu3. Macam sambut hari jadi dia pulak kan kan? Kui3.
March 25th, 2007mySite27 Comments
Disebabkan saya sudah menggunakan theme yang baru, mungkin ada dikalangan anda yang perasan yang saya ada memaparkan avatar di sebelah komen anda. Avatar-avatar itu merupakan avatar bagi mereka-mereka yang telah mendaftarkan diri di MyBlogLog.

myContoh: Komen Azurt pada entri 5 Tips Dalam Berpasangan
Oleh itu, sekiranya anda berminat untuk memaparkan avatar anda, anda boleh berbuat demikian dengan mendaftarkan diri anda di MyBlogLog dan uploadkan gambar-gambar anda yang cantik dan tampan itu di sana.
Dan setiap kali anda memberikan komen, avatar anda akan dipaparkan disebelah komen anda itu. Tidakkah ianya menarik? 
Owh…lupa pula saya.
Plugin yang saya gunakan untuk memaparkan avatar itu adalah plugin MyAvatars. Anda boleh menggunakan ia di blog anda sekiranya anda mahu. 