Giler domain, mungkinkah aku salah seorang daripadanya?
Sebenarnya, aku baru sahaja mendaftarkan satu lagi domain untuk website baru aku. Just suka-suka untuk membuat blog lagi satu. Kirenye website baru ini merupakan website ke-5 aku. Banyak jugak website aku ni. Tapi tak tahu dapat update kesemuanya ke tidak. Jangan terbengkalai semua kerja sudah la.
My NSeries Blog, merupakan sebuah website yang fokus kepada hanset NSeries. Segala tips, isu terbaru dan segala yang berkaitan dengan NSeries akan aku muatkan dalamnya.
Pada mulanya, sebelulm aku decide nak beli domain ni, aku ingat just nak buat website yang focus pada hanset N73 je sebab aku gune hanset tu. Tapi bile dipikir-pikirkan balik, kang nanti akan berlaku mind-block. Aku takde idea pulak nak tulis apa kalau scope website aku kecil. Disebabkan itu aku membeli domain www.mynesriesblog.com ni. Kalau tak aku akan membeli domain www.n73insider.com ni ha. Ho3.
Bagaimana timbulnya idea untuk blog pasal NSeries ni? Semuanye bermula apabila aku membeli hanset N73 Music Edition. Aku belum cerita pada korang lagi kan hanset baru aku ni? Entri mengenai die dah siap dah cume aku belum amik gambar je lagi. Nanti bile aku dah amik gambar, aku akan publish entri tu. Ok? Worait…
Minat aku yang mendalam terhadap hanset N73 telah menyebabkan aku teringin sangat untuk membuat website khas pasal N73 ni. Tapi setelah berbincang dan meminta pendapat dari si Dia (siapa lagi, awek aku la…) dan kawan-kawan aku, akhirnya aku memilih untuk membuat website yang menceritakan mengenai NSeries.
Mungkin ada dikalangan korang yang akan bertanya, “Kan dah ada website macam ni kat luar, kenapa nak buat website macam ni lagi?” Helo brader, aku buat website sebab aku suka. Suka berkongsi dengan orang apa yang aku peroleh. Segala bende terbaru, artikel, isu dan segalanya yang aku dapat, yang aku peroleh, akkan aku kongsikan.
Nak baca sambungan dia…
Halu… Setelah satu hari berhempas pulas, akhirnya siap jugak theme untuk website baru aku. Hu3. Maybe ada yang dah tahu pasal website nih tapi ni aku nak announce pasal website aku yang baru ni. He3.
Tentang Cinta
TentangCinta.Com merupakan sebuah website mengenai percintaan. Dengan membawa tema “Membina Percintaan yang Bahagia Selamanya”, TentangCinta.Com diharapkan dapat menjadi sumber atau tempat anda mendalami dan memahami erti percintaan yang sebenar.
Website tersebut masih lagi baru tetapi ianya bakal menjadi tempat rujukan dan website yang wajib dikunjungi oleh mereka-mereka yang sedang bercinta pada suatu hari nanti. Website ini mengandungi tips-tips bercinta, cerpen-cerpen cinta, lagu-lagu dan segalanya mengenai cinta.
Dan, sekiranya anda mempunyai masalah percintaan, anda boleh meminta motivasi atau bertanya bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah itu. Dengan ini, anda bukan sahaja dapat membantu diri anda, anda jugak dapat membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka.
Di sini, sekiranya anda mempunyai cerpen, tips, puisi atau apa sahaja mengenai cinta, anda bolehlah menghantarnya pada tentangcinta [at] gmail [dot] com. Dan kalau boleh, sila hantarkan sekali dari sumber mana anda memperolehnya supaya kredit dapat diberikan pada penulis sebenar.
Note: Aku bukak website ni bukan sebab saje2 ok. Bukan sebab jiwang atau ape. Hanya orang yang bercinta jek yang tahu. Ahaks! Lagipun, banyak site cinta dalam English. So kenapa tidak kite mempunyai satu website dalam Bahasa Melayu pulak?
Nak baca sambungan dia…
Saya sedang mengusahakan satu projek yang bagi saya memang bernilai untuk semua. Projek ini dinamakan sebagai Wordpress Tips & Tricks Collection.
Mungkin ada dikalangan anda yang sudah tahu mengenai ini kerana saya sudah mengumumkannya di website utama saya. Tujuan saya membuat projek ini adalah, saya ingin menggabungkan semua tips-tips yang ada yang berkaitan dengan Wordress di dalam satu koleksi yang besar. Koleksi ini akan mempunyai link-link ke tips-tips Wordpress yang terdapat di blog/website.
Tetapi, saya ingin meminta jasa baik anda, sekiranya anda ada membuat tips atau tricks mengenai Wordpress, anda bolehlah menghantarkannya dengan men-trackback entri anda itu pada entri saya ini. Dengan itu, ianya dapat menjimatkan masa saya dalam mencari tips-tips yang ada.
Apa kelebihan yang anda akan peroleh dari ini adalah, sebagai pengguna Wordpress yang baru, anda dapat belajar teknik-teknik dan tips untuk mengoptimumkan penggunaan Wordpress anda itu. Dan bagi kepada mereka yang membuat tips, anda akan mendapat trafik dan pengunjung dari koleksi yang dibuat.
Dan untuk pengetahuan, projek ini mempunyai 3 fasa. Fasa yang pertama telah bermula pada hari Selasa yang lepas dan akan berakhir pada Selasa minggu hadapan iaitu pada 3 April 2007. Fasa kedua dan ketiga akan menyusul kemudian.
Apa lagi yang anda perlu tunggu? Mulakan trackback anda dan beritahu pada rakan-rakan anda yang lain. Terima kasih…