Pada hari Isnin baru-baru ni, aku telah pergi menonton wayang bersama si Dia. Hu3. Kami tengok cerita Mr Bean’s Holiday.
Korang dah tengok belum cerita tu? Overall, aku bagi 3.5 bintang. Aku rasa cerita dia yang sebelum ni lagi best dari yang ni. Cerita kali ni tak berapa menarik sangat. Tapi ada jugak la yang menarik sehinggakan aku tergelak dan riuh rendah jugak panggung pada waktu tu.
Part yang paling kelakar semasa… Entah.. Aku pun tak ingat… Hu3. Tapi memang ada la part yang lawak sangat-sangat dalam tu. Aku pun terlupa. Kui3.
Kepada mereka-mereka yang belum tengok lagi cerita Mr Bean ni, aku rasa better korang gi tengok walaupun memang cerita ni dah lama. Tapi tak la lama mana kan…
myNote: Kisah ini amatlah panjang. Sekiranya anda merupakan seorang yang suka membaca, teruskan lah. Sekiranya tidak, tengok gambar pun jadi la…
Pada 21 Februari yang lepas, aku telah menyambut hari ulang tahun kelahiran ku yang ke-20. Tapi kali ini ku rasakan ianya amat bermakna kerana aku menyambut bersama si Dia.
Kami menyambutnya sederhana sahaja. Bukan secara besar-besaran dengan belanjawan RM51000 tetapi cukuplah sekadar RM51 sahaja hanya untuk malam itu. Segala perancangan telah dibuat sejak 2 minggu lagi. Dan kami telah pilih Pizza Hut , Taman Universiti sebagai tempat untuk kami celebrate. Hu3.
Tapi sebelum tarikh bermakna tersebut, Dia telah memberikan aku hadiah yang dipenuhi dengan coklat. Di dalamnya terkandung coklat kegemaran ku, Snickers. Ditambah pula dengan ketulan-ketulan Fererro Rocher dan menambahkan lagi keenakan coklat-coklat itu.
Tadi kul 9.45 malam, aku telah gi ke Sri Putri untuk menemani dia. Tu merupakan kali terakhir untuk aku menatap wajah dia sebelum dia pulang ke rumah dia di Ipoh, Perak. Bas dia kul 10.30 malam. Tapi disebabkan awal lagi so kitorang bersembang2 la sekejap di Shell tu.
Bergurau senda, bergelak ketawa, aku cuba untuk tidak bawa kesedihan dalam perbualan kitorang. Sebab aku tak nak dia sedih sebab kalau dia sedih, aku pun sedih jugak. Huk3. Semasa kitorang bersembang, dia telah memberikan aku sesuatu. Chocolate kegemaran aku, Snickers. Ingat lagi dia pada chocolate kegemaran aku ini. Uwaa…
Snickers yang diberikan pada aku
Sedang asyik bersembang tibe2 kawan dia panggil, bas dah sampai. Aku pun menemani dia gi ke bas. Dia naik bas KKKL. Bas gagap kata dia (Tersenyum aku ketika mengingat kembali kata2 dia tu). Selepas menolong dia memasukkan beg ke dalam tempat barang. Dia pun naik bas.
Muahahaha… Hari tu kitorang gi tengok wayang. Kali ni aku ngan dia kuar berjalan lagik. Kali ni kitorang kuar gi main bowling pulak. Gi main bowling ngan dia. He3. Tapi bukan kitorang je la. Ada member aku, Yazid, tu pun join sekali. Die pun datang ngan gf die jugak. Yus panggilan dia. So leh kata “double-bowling-date” la. Hik3.
Kitorang kuar gi main bowling kat Skudai Parade jek. Murah. RM10 untuk 4 game sekali ngan kasut. Tu pun kene register main sebelum kul 2. So dalam kul 12 tu kitorang gi Skudai Parade. Sampai2 aku ngan dia gi makan dulu. Lapar kata dia. So kitorang pun gi la makan. Yang Yazid ngan Yus ni pulak gi jalan2. Lantak dorang la nak gi mana2. Yang penting kacau aku ngan dia nak mamam. He3.
Pas makan, kitorang pun berkumpul kat Skudai Bowl tu, kat tingkat atas sekali. Tingkat 6. Tak ramai orang waktu tu. Maybe sebab hari ni hari kerja kot. Pas daftar kitorang pun mula la main bowling tu. Ada la dekat 2 jam kitorang duk kat Skudai Bowl tu.
Markah? Hu3. Tak la hebat mana. Cukup 130 lebih jek. Paling tinggi aku dapat pun 141. He3. Dah lama tak main. Dia plak bawah 100. Yang Yazid ngan Yus ni pulak, entah. Aku tak amik tahu sangat. Tapi kitorang main berempat la. Main cross-lane. He3.
Dalam kul 2 lebih macam tu, kitorang nak balik dah. Yang Yazid ngan Yus kata nak pergi Giant. Dorang nak gi naik bas. Tah ape2 tah nak gi Giant. Pelik lak aku. Yang aku pulak nak gi Angsana. Saje jalan2. He3. Dalam kul 5 baru la kitorang balik. Hu3.
Btw kat sini ada sape2 yang power main bowling tak? Jom fight! Hik3.
Note: Entry kali ni panjang. Aku cadangkan korang bancuh kopi or teh dulu, then minum sambil baca nyer… Takpun dengar lagu MLTR tu. He3.
Owh… Wakaf…
Setelah seminggu tak jumpe, aku dan dia gi “datting” kat CS. Kepada yang duk JB ni tau la CS tu ape. CS tu singkatan bagi City Square. Port dak2 JB nak shopping and tengok wayang. Tapi aku ngan dia gie CS bukan nak shopping pun. Kitorang just nak gi tengok wayang jek.
Sebenarnye hari Ahad aritu aku dah jumpe dia dah kat depan blok dia. Biase la port kitorang kat wakaf depan blok tu. Besh! Takde orang kacau. Hu3. Sebab mase tu tak ramai orang yang balik UTM lagi. So kitorang berborak2 sampai kul 11 lebih. Ada la dekat sejam lebih kitorang berborak kat situ. He3. Btw siap dia ada belikan aku coklat lagi. Katanya, khas untuk aku. Uwaa… Terharu seh… He3. Then sebelum balik tu, aku bagi cadangan kat dia nak gi tengok wayang hari Selasa ni (hari ni la kirenye). Ngeh3.
Sedap coklat2 neh… He3.
Booking Tiket Ler…
Then pagi tadi aku pun meng’usha’ internet nak tengok cite ape yang besh. Mule2 ingat nak tengok cite katun, Open Season. Tapi cam tak besh lak. Nak tengok cite hantu, dia tak nak. Takut kata dia. Nak tengok cite melayu, tak best sangat pulak cite melayu skang nih. Then cari punye cari, last2 aku jumpe cite ni. Cite Stormbreaker. Pas tengok trailer die, terus aku call Cathay Cineplex tu nak book tiket. Dapat la aku book Couple Seat and seat tengah lagik. He3. Tiket wayang start kul 4.45 petang.
Cite ni la yang kitorang tengok. He3.
So kul 12.30 tengahari aku gi amik kete sewa kat Kolej 16. Jauh beb. Tapi nak buat macam mana, dah kete sewa lain dah takde. Lagi pun aku selalu jek sewa dari mamat neh. Kete die pun ok. Takde pe2 masalah. So pas amik kete, aku pun bawak la balik ke blok. Bersiap2 sikit then kul 1.30 petang aku amik dia kat blok dia.
Fewiiittt… Sweet nyer die… Hik3. Dari dalam kete aku nampak dia berjalan ngan berbaju oren dan berseluar jeans. Sama macam aku. Sama warna you… Hak3. Die pun masuk dalam kete. Pada waktu tu, aku berpeluh2 sikit. Bukan nye ape, panas dalam kete tu coz aku baru bukak aircond. Pas dia masuk dalam kete, aku pun drive la kete tu kuar dari UTM nih menuju ke CS.