February 3rd, 2008myLife34 Comments
Dua tiga hari yang lepas, aku telah upgrade firmware dan juga dashboard Huawei E220 USB Modem aku ke yang latest version. Firmware yang baru ini telah membolehkan aku untuk surf internet dengan top speed sebanyak 7.2Mbps. Di Malaysia, 7.2Mbps masih dalam peringkat perancangan. Dengar cerita, Celcom akan lancarkan package baru 7.2Mbps pada bulan April nanti.

Image ini disebat dari website cypherhackz.net. Jangan bagitau owner dia pulak yang aku sebat dari website dia. 
Namun begitu, sejak aku mengupdate firmware aku tu, internet asyik selalu sangat down. Boleh kata dalam 5 minit, sebanyak 3 kali internet aku putus. Aku pun risau juga mana la tau kalau-kalau disebabkan aku upgrade firmware tu and telah menyebabkan internet aku selalu sangat putus.
Nak baca sambungan dia…
January 25th, 2008myLife18 Comments
Aku tak tahu kenapa minggu ni aku malas nak update website-website aku. Sejak balik dari Singapore hari tu, aku takde mood nak menulis and update website. Rasa-rasa korang, korang tahu tak apa sebabnye?
Lepas saje aku balik dari Singapore, aku asyik nak rehat je. Rasa malas je nak update website nih. Mungkin semangat aku tertinggal kat Pulau Sentosa mungkin. Wargh!
Nak kata takde idea, banyak je idea dalam kepala aku ni. Dalam draft Blogdesk pun berlambak point-point yang aku dah tulis. Cuma nak mengarang je yang aku takde mood lagi. Just taip tajuk, point-point sikit, dah. Tu je. Isi-isi nye, takde lagi.
Korang pernah tak alami masalah seperti aku ni? Atau aku sorang je yang ada masalah macam ni. Tapi memang betul, kita mesti ada mood untuk melakukan sesuatu. Bile ada mood tu, baru la rajin je nak menulis ni ha. Ni pun aku saja-saja nak bagitahu korang yang aku takde mood nak update website selepas aku berhepi-hepi tengok cerita Warlords. Korang dah tengok? Best gak la cerita ni..
January 18th, 2008myLife10 Comments
Tahun lepas, aku beli monitor baru. Tak lama selepas itu, aku beli graphic card baru. Then tahun ni, aku beli pendrive baru. Tak lama selepas itu, aku beli external hard disk baru. Tapi kali ini, external hard disk tu bukan aku punya, awek aku yang punya.
Seperti biasa, memang aku akan beli barang-barang komputer kat Century. Aku pun tak tahu nape aku suka sangat nak beli barang komputer dekat sana. Mungkin aku kena pukau mungkin. Lagi-kagi sebelum kau masuk ke kedai komputer itu, kau telah disambut dengan patung belon Intel. Dasyat bukan?
Aku beli external hard disk bersaiz 80Gb dengan harga RM189. Awek aku nak guna external ni sebab hard disk laptop dia dah nak penuh dah. Penuh dengan movie-movie yang aku bagi pada dia. Hu3. So inilah dia gambar external hard disk itu.

Biasa saja bukan? Tapi ianya bukan biasa. External ini luar biasa. Kenapa? Sebab casing dia second hand. Siut je! Dah la baru beli, tapi dorang boleh pulak bagi aku casing yang second hand. Tak sampai 5 minit aku sampai bilik, aku kuar balik gi kedai tu.
Nak baca sambungan dia…
January 12th, 2008myLife19 Comments
Aduh… Macam-macam jawapan yang aku dapat untuk entri lepas. Tapi satu pun tak betul. Korang kena berfikiran terbuka dan jangan kecikan skop pemikiran pada benda alah tu je. Kita kena buka minda kita. Bak kata penjajah, “Think out of the box”.
Jawapan dia adalah bende ni ha…

Pendrive Kingston 4Gb
Tu pun tak reti nak teka. Tah ape-ape la korang ni. (Suka-suki aku je nak sound-sound orang kan… Hak3. Pedulik! )
Aku beli hari tu. Sebelum ni aku nyer pendrive saiz 256Mb je. Kecik je saiz die. Masa dulu-dulu takde pun orang nak beli saiz yang besar-besar sebab mahal. Tapi skang ni saiz yang besar dah murah dah.
Nak baca sambungan dia…
January 9th, 2008myLife16 Comments
Ucapan: Sebelum apa-apa hal, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 1429 kepada semua muslimin dan muslimat sekalian. Diharapkan korang dapat melaksanakan matlamat korang untuk tahun ini dengan jaya nye. 
Dulu semuanye kecik-kecik je. Takde pun terpikir nak yang besar-besar. Aku pun tak tahu. Maybe masa tu tak popular sangat kot saiz yang besar-besar ni. Entah la… Tapi ada orang kata, lagi besar, lagi best.
Aku punya dulu kecik je. Takde pun nak besar-besar ni. Nak buat apa kan kalau besar-besar? Walaupun member-member aku punye besar, tapi dorang pun tak tahu nak buat apa sangat ngan saiz yang besar tu. Last-last, terbiar je macam tu. Lebih baik saiz kecik je kan, macam aku punye?
Tapi setelah beberapa tahun aku punye asyik kecik je, so hari ni aku tekad dan telah mempunyai saiz yang besar. Giler punye besar berbanding dengan aku punye sebelum ni. Entah berapa kali lipat aku pun tak tahu. Aku ingat nak yang besar lagi, tapi tak dapat la pulak.
Lagipun, member aku ada cakap, lagi besar, lagi tak elok. Hurm…betul gak cakap dia. Aku setuju dengan pendapat die tu. So aku pun pilih la yang kedua terbesar. Baru puas kalau kita punya besar kan…
Tapi…apa yang kecik, besar tu?