Mmmmmuuuaahhh kat badan dia…

Korang ingat, korang je ke yang ada bini? Aku pun ada jugak la. Siap boleh peluk dan cium-cium lagi badan dia. Kalau nak best lagi, aku boleh geletek-geletek badan dia. Pastu, dia pun akan nyanyi taw. Sedap pulak tu suara dia. Muhahahaha…

20080508 05
Tu dia, cop Yamaha

Aku sebenarnya dah lama nak beli gitar (yang aku maksudkan bini tu, gitar ler. Mampus la kalau gf aku tau yang aku dah ada bini). Setelah lama kumpul duit akhirnya, aku berjaya juga mendapatkan gitar aku sendiri. Gitar akustik Yamaha. Taknak gempak pulakkan jenama Yamaha ni. Hape? Korang ingat Yamaha ni just tahu jual moto je ke? Gitar pun dorang ada jual taw.

20080508 01
Sampai bilik je, terus aku snap gambar ni

Terima kasih la kepada member aku, Kibaw atau juga dikenali dengan nama Khairul Izwan. Dia la yang tolong aku untuk pilih gitar mana yang best. Bagi aku, dia memang power dalam bab-bab gitar nih. Kat bilik dia je dah ada 4 biji gitar. Tu belum yang kat rumah lagi. Dem sungguh! Kalau dia takde, memang aku tak tahu gitar apa yang nak dibeli. Aku tahu main je. Gitar mana yang best, gitar mana yang tak best, aku tak tahu.

Dan thanks jugak pada Dekan sebab sudi ikut sekali dan tolong pegang gitar aku masa on the way nak balik ke bilik aku tu. Dan thanks jugak pada Syah sebab datang memberikan aku semangat untuk beli gitar. (Kalau tak letak nama dorang ni, kang ada yang nanges. So baik aku letak)

Nak baca sambungan dia…

Dah tak reti nak update ke hape?

Hamik kau tajuk… Tu la, sape suruh buat blog banyak-banyak… Kan tak terupdate. Padan muka kau! Kepada sesiapa yang terasa tu, pandai-pandai la korang mengupdate blog korang tu ye… Ngada-ngada sangat nak ada blog banyak kunun…

Aku baru je siap menyiapkan segala urusan aku di UTM ni ha. Tesis yang telah siap dijilid dan source code yang telah siap di’burn’ dalam CD sudah aku hantar ke pusat sumber fakulti aku. Then, aku juga telah selesai menghantar tesis untuk profesor aku. Sempat la sekejap borak-borak dengan dia. Tapi…kenapa dia tak ajak aku gi makan pisang goreng eh? Takkan borak-borak kosong je? Hurm…

Dan petang tadi juga aku telah berjumpa dengan co-supervisor aku dan student-student Master and PHD profesor aku untuk ucapkan terima kasih pada dorang sebab sudi tolong aku selama ni. Kalau dorang takde dan tak sporting, sudah tentu akan bertambah sukar untuk aku menyiapkan final year project aku ni ha. So skang ni, aku duk sengap je la kat UTM ni.

Nak baca sambungan dia…

Ke mana CypherHackz menghilang?

Dah lama aku tak mengupdate blog aku ni ye kawan-kawan? Ramai yang menghantar email kepada aku dan komen-komen bertanyakan ke mana aku menghilang. Even blog-blog aku yang lain pun tidak terupdate menambahkan lagi kegusaran pada hati para peminat aku. Ye, korang la tu.

Jadi, bagi mengembalikan semula kecerian hati korang semua, mari aku ceritakan ke mana aku menghilang…

Semuanya bermula apabila Celcom broadband (Celcom broadband lagi? Takde cerita lain ke CypherHackz oi…) ni menjadi begitu lambat sehinggakan aku nak bukak page Google.com pun mengambil masa yang begitu lama. Aku rasa, website yang paling laju dan cepat untuk dibuka adalah website Google.com. Tak tahu la kalau ada website lain yang dapat kalahkan kepantasan Google.com ini. Tetapi bagi aku, Google.com merupakan website yang paling ringan dan yang paling cepat untuk dibuka.


Video sekadar hiasan

Bayangkan la, aku bayar RM98 untuk pakej 3.6Mbps, tetapi apa yang aku dapat adalah bawah 10kbps sahaja. Perkara ini berlaku selama 5 minggu. Disebabkan itu, aku ketiadaan mood untuk mengupdate website. Nak lawat blog-blog peminat aku pun payah. Nak bukak page dorang pun mengambil masa yang lama. Tu yang korang tak dapat balasan komen dari aku tu. Maaf ye wahai peminat-peminat ku sekalian. Oh sebelum itu, diingatkan kelambatan ini hanya berlaku di UTM Skudai sahaja kerana congested berlaku di kawasan ini.

Nak baca sambungan dia…

Happy Birthday yang ke-21

Aku terpaksa tulis entri ini pada hari ini kerana semalam aku penat dan tak dapat nak mengarang entri ini. Setiap kali tiba 21 Februari pada setiap tahun, umur aku akan tambah setahun. Dan semalam, 21 Februari 2008 merupakan tarikh ulang tahun aku yang ke-21. Sudah tua dah aku ni. Dah layak dah pun untuk mengundi. Tapi aku baru je masuk umur 21, takkan kena gak mengundi? Hu3.

Malam semalam aku telah berkesempatan untuk keluar date dengan bakal isteri aku bagi menyambut birthday aku ni ha. Kitorang terpaksa keluar malam sebab pada siangnya, bakal isteri aku ini ada test. So kitorang pun keluar pada waktu malam untuk dinner bersama-sama.

Korang nak tahu tak apa yang dia berikan pada aku. He3. Tapi sebelum itu, mari aku tunjukkan pada korang “hadiah” yang aku beli pada diri aku sendiri. Bukan license key Kaspersky, tapi ianya jauh berbeza dan lagi besar daripada license key.

Nak baca sambungan dia…

Hadiah birthday aku, Kaspersky Internet Security

Aku sendiri pun tak percaya dengan apa yang aku buat. Dulu sebelum ni aku menggunakan Kaspersky Internet Security dengan hanya menggunakan key-key yang aku dapat dari website warez. Dan semalam, key yang aku telah gunakan selama lebih 5 bulan itu telah diblacklist oleh pihak Kaspersky.

Dan pagi tadi aku telah mengambil keputusan untuk membeli license key dan menggunakan perisian Kaspersky Internet Security itu secara sah. Fuh! Betul-betul aku tak percaya dengan apa yang aku buat.

kasperskyis-thumb

Nasib baik ada pembayaran secara Paypal. Kalau tak, memang aku tak dapat nak beli Kaspersky nih. Dulu aku ada teringin nak beli Nod32, tapi disebabkan dia tak support Paypal untuk bayaran, aku pun terus menolak untuk membeli Nod32.

Nak baca sambungan dia…