Wajib Tonton - Vantage Point

Aku tahu aku lambat mereview cerita ini. Bukan kerana aku baru menonton Vantage Point ini tetapi disebabkan internet yang lambat (please repeat after me, “Celcom Broadband lambat!”) menyebabkan aku malas nak online dan update website. Banyak masa aku dibiarkan untuk IDM mendownload cerita walaupun download speed adalah bawah 10kbps (almost of the time).

Berbalik kepada tujuan utama post ini, cerita Vantage Point mengisahkan bagaimana presiden Amerika ditembak ketika ingin berucap di Sepanyol. Penonton akan dibawa ke 8 scene (aku kira hanya 5 je, tipu!) yang berbeza bagi mencari siapakah dan bagaimanakah cara pembunuh dapat menembak presiden dalam suasana keselamatan yang ketat.

Nak baca sambungan dia…

Best - Jumper

Banyak wayang yang aku tonton sejak akhir-akhir ini. Minggu lepas, salah satu cerita yang aku tonton adalah cerita Jumper. Kawan-kawan aku katakan yang cerita Jumper ini menarik, jadi aku tempah la tiket untuk menonton bersama-sama dengan rakan-rakan aku yang belum menonton cerita ini.

Jumper mengisahkan seorang budak yang selalu kena buli ketika dia di bangku persekolahan dan secara tidak sedar dia rupa-rupanya mempunyai kuasa yang boleh teleport dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Itu pun dia sedar selepas dia terpaksa menyelamatkan diri dia dari mati lemas di bawah sungai yang telah beku di permukaannya.

Setelah David Rice, si budak teleport ini mendapati yang dia mempunyai kuasa yang unik menyebabkan dia menyalahgunakan kuasa yang dia ada. Cuba korang semua bayangkan apabila korang boleh teleport dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan sekelip mata. Dan sekelip mata itu juga bilik korang penuh dengan wang-wang kertas yang boleh memberikan kekayaan. Itulah yang berlaku pada si budak teleport ini.

Nak baca sambungan dia…

Wajib Tonton - Kungfu Dunk

Hurm…adakah suatu hari blog aku ini akan menjadi blog hiburan? Lebih spesifik lagi, blog filem? Oh…tidak!!! Aku tidak mahu… Huk3. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini banyak pula aku mengulas filem-filem yang aku telah tonton. Untuk entri kali ini, aku ingin mengulas filem Kungfu Dunk.

Tetapi, sebelum korang semua meneruskan pembacaan, mari saksikan pra-tayangan (trailer dalam Bahasa Inggeris apa ya?) filem ini terlebih dahulu. Dibawakan khas dari YouTube.

Aku menonton cerita Kungfu Dunk ini pada hari pertama masyarakat kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Aku menonton bersama-sama dengan empat orang rakan sekelas aku iaitu, Hakim, Waneey, Yazid dan juga Shasha. Seperti biasa, aku menonton filem ini di City Square, Johor Bahru.

Nak baca sambungan dia…

Wajib Tonton - Alvin and The Chipmunks

Cerita Alvin and The Chipmunks ini ditayangkan di panggung tanah air pada tahun lepas. Tetapi aku berkesempatan untuk menonton cerita ini pada hari ini. Well, cerita ini aku berikan status Wajib Tonton dan diberikan 4.5 bintang daripada 5.

alvin-blogaku
Chipmunks yang comel — Simon, Alvin dan Theodore

Jalan cerita yang tidak membosankan dan dipenuhi dengan lawak jenaka comel dari Alvin, Simon dan Theodore. Korang mesti tergelak punya la bila tiga Chipmunks ni buat hal. Dalam banyak-banyak perkara yang berlaku, aku suka part dorang nyanyi.

Nak baca sambungan dia…

Best - Meet the Spartans

Aku baru sahaja balik dari City Square, JB untuk menonton filem komedi Meet the Spartans bersama-sama dengan Ayep, Hakim dan Yazid. Ranking untuk cerita ini aku berikan 3 daripada 5 bintang dan aku berikan tanda “Best” je. Sebab utama yang menyebabkan website ni dapat “Best” daripada yang sepatutnya adalah, cerita dia sekejap sangat. 1 jam je cerita ni. Tak puas bayar RM10.

Tapi kalau korang nak tengok cerita Epic Movie, korang kena tengok cerita Narnia terlebih dahulu. Dan kalau korang nak tengok Meet the Spartans, korang kena tengok cerita 300. Kalau tak, tak best la nanti sebab korang tak tahu part mana yang ditiru oleh cerita ni dan part mana yang tidak. Kalau korang dah tengok cerita 300, mesti korang akan tergelak terbahak-bahak bila aksi-aksi di dalam 300 diubahsuai menjadi komedi.

Nak baca sambungan dia…