
Pada hari Sabtu yang lalu, aku berkesempatan untuk mengikuti shoot outing bersama-sama dengan ahli-ahli dari PhotoSkool (PS) ke 1st International Putrajaya Hot Air Balloons Fiesta di Putrajaya.
Janji untuk berkumpul di dataran pada pukul 8 pagi tetapi jam 7.45 pagi, hanya aku dan juga Hakimy (penganjur) sahaja yang berada di sana. Disebabkan takut terlepas peluang untuk mengambil gambar belon udara panas secara dekat, kami bersetuju untuk terus ke tapak pelepasan tanpa menunggu mereka-mereka yang lambat.
Nak baca sambungan dia…
Baru-baru ini, aku ada menerima luahan perasaan yang disampaikan oleh sebuah forum. Forum yang dahulunya menjadi tempat aku berkenalan dengan blogger-blogger veteran tanah air kini telah ditinggalkan keseorangan.
Aku pernah ceritakan pada kau mengenai sebuah forum yang diwujudkan bagi menjadi sebuah tempat perbincangan mengenai blog. Aku tidak pasti samada kau pernah membaca mengenainya ataupun tidak. Tetapi ingin aku katakan bahawa forum itu sedang bersedih kerana tiada seorang pun ingin menjenguk dirinya. Sihatkah, sakitkah, tiada siapa yang peduli.
Jadi, dikesempatan ini, aku ingin menjemput kau ke forum tersebut bagi memeriahkan suasana yang sepi itu. Sekiranya kau ada masa yang lebih, sudi-sudikanlah diri itu untuk mengwar-warkan forum tersebut di blog kau.
Nak baca sambungan dia…
Pada hari Ahad yang lalu, aku telah berkesempatan untuk membuat “shoot outing” di Festival Layang-Layang Antarabangsa 2009, Pasir Gudang, Johor Bahru. Terima kasih diucapkan kepada saudara Megat kerana membuat post mengenai festival ini di blog beliau. Jika tidak, sudah pasti aku tidak mengetahui langsung akan kewujudan festival peringkat antarabangsa ini.

Macam mengkarung je aku tengok.
Aku tiba di sana pada jam 11 pagi bersama-sama dengan si Dia. Itu merupakan pengalaman pertama kami pergi ke sana. Sepanjang aku menuntut di Johor Bahru selama empat tahun dahulu, tidak langsung aku mengetahui akan adanya festival seperti ini. Jadi, aku mengambil peluang yang ada ini untuk belajar dan menambahkan lagi ilmu aku dalam fotografi.
Terik matahari menyebabkan ramai yang membawa payung sebagai alat untuk berteduh. Kami juga tidak terkecuali. Nasib baik si Dia tolong payungkan aku. Kalau tidak, terkenyit-kenyit mata aku disebabkan kilauan matahari yang sangat terik itu. Terima kasih my dear…
Nak baca sambungan dia…
Pada hari Sabtu yang lepas, bersamaan dengan 7 Februari 2009, aku telah mengikuti rombongan ke Sg Congkak, Hulu Langat untuk gathering reunion kawan-kawan sekolah lama aku. Kami semua merupakan bekas-bekas pelajar SMK Raja Ali, Jalan Ipoh batch tahun 1999 – 2004.

Semua tidak sabar-sabar nak masuk.
Kami tiba di sana dalam pukul 12 tengahari macam itu. Janji untuk tiba di sana dalam pukul 10 pagi. Tetapi disebabkan beberapa masalah kelewatan peserta rombongan, menyebabkan perancangan kami semua tergendala.

RM1.00 untuk seorang. Mahal?
Aku tidak tahu pula yang nak masuk ke Hutan Rekreasi Sg Congkak ini dikenakan bayaran. RM1.00 untuk satu kepala. Selain daripada itu, tandas juga dikenakan bayaran. RM0.30 untuk sekali masuk. Tak pernah-pernah pulak aku tahu yang kita dikenakan bayaran untuk berekreasi.

Cucuk-cucuk dengan kayu sahaja, Afif berjaya hidupkan api.
Bila sampai sahaja di sana, kami semua berehat tetapi ada juga yang ringan tulang untuk menyiapkan tempat BBQ. Kami semua sangat-sangat bernasib baik kerana kami mempunyai seorang budak pengakap. Beliaulah satu-satunya yang pakar dalam menghidupkan api untuk BBQ itu. Terima kasih kepada saudara Afif.
Nak baca sambungan dia…
Kepada rakan-rakan blogger yang tinggal di sekitar Lembah Klang sekalian, anda semua ada perancangan tak pada hari Isnin nanti? Apa kata kita beramai-ramai ke Batu Caves untuk tangkap-tangkap gambar semasa Thaipusam itu nanti?

Image by Edward Chan.
Fahmishah, Topotato, Aeropama, dan lain-lain, kalau kalian tiada halangan, ayuh kita ke sana! Kalau nak ajak rakan-rakan yang lain pun ok. Tiada masalah…