
Setiap pagi dalam perjalanan ke tempat kerja, aku akan membuka radio Hot FM bagi menghiburkan suasana sunyi dalam kereta. Mendengar suara garau Faizal Ismail dan telatah manja si Farah Fauzana membuatkan aku tersengih sendirian dalam kesesakan lalu lintas. Bagi aku, Hot FM sangat menghiburkan.
Pada petangnya pula, dalam perjalanan pulang ke rumah aku akan menekan punat nombor 2 di radio. Punat ini telah aku tetapkan untuk siaran Sinar FM. Sinar FM banyak menyiarkan lagu-lagu lama dan juga lagu-lagu yang bergenre rock kapak. Which is, layan bila mendengarnya…
Nak baca sambungan dia…

Modem P1 Wimax yang baru, DV-230.
Sebelum ini, aku pernah menjadi salah seorang pelanggan P1 Wimax. Tetapi di atas sebab-sebab tertentu, aku terpaksa membatalkan kontrak yang telah ditandatangani bagi mengelak sebarang perkara yang boleh mengecewakan aku selama 2 tahun.
Tetapi, pada petang tadi ketika dalam perjalan pulang dari tempat kerja, aku singgah sebentar di ibu pejabat P1 Wimax yang terletak di Petaling Jaya. Dengan berbekalkan RM100 aku mengharapkan kehadiran aku tidak dihampakan.
Nak baca sambungan dia…

How to Simplify Your Life – Buku yang menarik untuk dibaca.
Semasa sedang berjalan-jalan di Kinokuniya KLCC, tiba-tiba terasa macam best pulak kalau bawak balik buku satu. Mula-mula ingatkan just nak tengok-tengok je. Tetapi entah macam mana, boleh pulak teracun dengan buku-buku yang ada kat situ.
Tempat yang dituju, rak buku Donald Trump. Ha…terasa macam orang bisnes pulak lagaknya. Lepas satu buku, satu buku aku belek. Menyelak satu per satu muka surat dalam buku, “Donald Trump: The Art of the Deal”.
Nak baca sambungan dia…
Memang semua orang pernah buat silap. Tetapi kadang-kala kesilapan tu terjadi secara sengaja. Memang sengaja dilakukan oleh diri sendiri. Pada mulanya, memang tak terasa kebodohan kesilapan tu. Tetapi bila dah lama kelamaan, terasa sangat-sangat la pulak. Stress!
Apabila kita dipelawa dengan benda yang baik dan baru, seharusnya kita ambil saja benda yang baik tu. Ini pulak terbalik. Boleh pulak kita ambil benda yang ok, boleh digunakan, tetapi versi lama. Tak ke pandai sangat tu.
Nak kata bodoh, orang kata kita kutuk diri sendiri. Nak kata pandai, pandai la sangat kan…
Bila difikir-fikirkan balik, memang kita akan rasa menyesal.
Kenapa la kita boleh buat macam tu. Bukannya kita tak boleh nak fikir. Cumanya mungkin disebabkan masa itu kita berada dalam keadaan yang lapar membuatkan kita tidak dapat berfikir dengan waras.
Nak baca sambungan dia…
Aku suka sangat bila cuti sekolah. Bila cuti sekolah, jalan raya pada waktu pagi, lengang. Tiada kesesakan jalan raya. Tak perlu beratur panjang di Plaza Tol. Tak perlu susah-susah nak menyelit depan kereta orang lain.
Hati pun gembira kalau setiap hari macam ni. Itu sebabnya bila cuti sekolah, aku gembira.