Wajib Tonton – The Proposal

Selalunya lelaki yang akan propose untuk berkahwin dengan wanita. Tetapi dalam cerita The Proposal ini yang dibintangi oleh Sandra Bullock (sebagai Margaret Tate) dan juga Ryan Reynolds (sebagai Andrew Paxton) terbalik pula kisahnya. Margaret yang propose Andrew untuk berkahwin dengannya bagi membolehkan dia menetap di US. Ini semua disebabkan visa US Margaret telah tamat tempoh dan dia terpaksa dipindahkan ke Kanada.

Di dalam cerita ini dapat dilihat bagaimana perhubungan boleh dibentuk apabila kita meluangkan masa bersama dengan seseorang. :halo: Margaret yang sebelum ini sangat tidak mementingkan perhubungan dan sibuk dengan kerja akhirnya terpikat dengan Andrew. Si Andrew pula yang sebelum ini sangat benci dengan boss dia (owh, kalau korang nak tahu, Margaret tu merupakan boss kepada Andrew) pun terpikat pada Margaret semasa mereka bercuti di kampung halaman Andrew di Alaska.

Nak baca sambungan dia…

Best – Obsessed

obsessed-01

Selain daripada filem Ice Age 3 – Dawn of the Dinosaurs, aku juga berkesempatan untuk menonton sebuah filem bertajuk Obsessed bersama-sama dengan Si Dear pada minggu yang lalu.

Filem Obsessed ini mengisahkan bagaimana seorang pengurus asset sebuah syarikat, Derek Charles, lakonan Idris Elba digoda oleh seorang gadis yang yang sangat desperate dan obsessed yang bernama Lisa lakonan Ali Larter.

Pada mulanya, Derek seorang yang rajin dan baru mendapat kenaikan pangkat berasa selesa berkenalan dengan Lisa yang merupakan pekerja sementara di tempat Derek bekerja. Sikap Lisa yang efisyen dalam melaksanakan kerja membuatkan Derek kagum dengannya tetapi tidak pula menaruh sebarang perasaan cinta terhadap Lisa.

Nak baca sambungan dia…

Wajib Tonton – The Taking of Pelham 123

taking-of-pelham-123-01

Semalam, selepas sahaja pulang dari majlis perkahwinan Muzammil (tahniah buat Muzammil dan isteri) di Ipoh, aku bersama-sama dengan Asoi, Rizal, Botak, Tord, Bobo dan Scobby telah singgah di One Utama untuk menonton filem terbaru, The Taking of Pelham 123 . Berikut merupakan sedikit review dari aku untuk cerita ini.

Cerita yang mengisahkan bagaimana seorang dispatcher subway train di New York, Walter Garber (Denzel Washington), terpaksa menjadi orang tengah untuk sekumpulan penjenayah yang diketuai oleh Ryder (John Travolta) yang sedang merampas sebuah train subway yang dinamakan sebagai, Pelham 123.

Pelbagai konflik yang berlaku semasa negotiation yang dibuat antara Garber dengan Ryder. Dalam perbincangan itu, diselitkan juga sedikit sebanyak lawak jenaka yang kadang kala meriuhkan suasana panggung yang sedang kusyuk menonton wayang.

Nak baca sambungan dia…

Best – Ice Age 3: Dawn of the Dinosaurs

iceage3-01

Cerita animasi 3D, Ice Age 3 memang merupakan sebuah cerita kartun 3D yang sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Tetapi, cerita animasi ini turut menarik ditonton oleh mereka yang dewasa. Kenapa? Kerana jalan cerita dan lawak lucu dalam cerita ini sangat mencuit hati.

Semasa berkesempatan berjumpa dengan Si Dear tempoh hari, aku telah menonton cerita Ice Age 3 bersama-sama Si Dear di TGV Tebrau City. Kisah animasi yang menceritakan bagaimana sekawan binatang zaman purba cuba menyelamatkan rakan mereka, Sid, seekor sloth yang telah ditangkap oleh seekor dinosaur T-Rex.

Nak baca sambungan dia…

Wajib Tonton: Transformers – Revenge of The Fallen

transformersii-01

Sudah lama aku tak review movie-movie yang menarik untuk ditonton. Kehidupan yang sibuk membuatkan kadang-kadang kita terasa malas dan tiada mood untuk mengupdate blog bukan? Ah, sudah la… Toksah nak menipu… Aku tahu siapa korang… :twisted:

Movie yang hangat kini diperkatakan, Transformers – Revenge of The Fallen telah selamat aku tengok pada dua hari yang lalu. Punya semangat sampaikan sanggup beli tiket sehari awal. Cerita-cerita macam ni, kalau nak beli dan tengok pada hari tu jugak, memang tak dapat.

So nasihat kepada mereka-mereka yang belum tengok cerita ni lagi, pergi la beli tiket cepat. Beli la tiket untuk minggu depan. Confirm dapat seat yang best! :wink:

Nak baca sambungan dia…