Wajib Tonton – Adnan Sempit

“I don’t want banana fruit two time.”

Itulah salah satu ayat dalam filem Adnan Sempit yang membuatkan panggung wayang menjadi huru hara dengan gelak ketawa para penonton. Kalau kau nak tahu apa maksud ayat tersebut, kau kena pergi tonton sendiri filem ini di pawagam. Memang ianya merupakan sebuah filem Melayu yang Wajib Tonton bagi tahun 2010 kerana dipenuhi dengan lawak jenaka yang pasti membuatkan penonton tidak kering gusi.

Adnan Sempit (Shaheizy Sam), merupakan seorang mat despatch di sebuah syarikat yang diuruskan oleh Nadia (Intan Ladyana). Dengan gaya seorang mat rempit dan muka yang ganas tetapi dalam hati ada taman, Adnan telah jatuh hati kepada Nadia.

Nak baca sambungan dia…

Wajib Tonton – Avatar

Sebuah lagi filem yang wajib ditonton sebelum tahun 2009 melabuhkan tirainya adalah filem Avatar. Sebuah filem fiksyen sains yang mempunyai pelbagai mesej-mesej penting kepada semua makhluk yang bergelar manusia.

Sinopsis

Filem ini mengisahkan kerakusan manusia dalam mengejar kekayaan sehingga sanggup merosakkan keharmonian sebuah planet lain yang dinamakan, Pandora. Pandora adalah sebuah planet yang didiami oleh makhluk yang bergelar Na’vi, sejenis makhluk berwarna biru dan mempunyai ekor. Pandora merupakan planet yang sangat cantik dan unik, lagi-lagi apabila waktu malam kerana ianya bercahaya. (Rasa-rasa memang berbaloi kalau menonton dengan 3D.) :D

Disebabkan manusia tidak dapat hidup tanpa bantuan pernafasan di Pandora, maka mereka telah mencipta makhluk yang serupa seperti Na’vi yang dihasilkan daripada genetik manusia. Makhluk ini dikawal dengan menggunakan minda dan ianya dinamakan sebagai Avatar. Dengan adanya Avatar, manusia dapat mengkaji kehidupan di Pandora dan dapat mendekati makhluk Na’vi dengan lebih dekat lagi.

Jack Sully (Sam Worthington), seorang bekas tentera marin yang lumpuh telah mengambil alih tugas abangnya seorang saintis yang telah mati. Disebabkan genetik mereka sama jadi Jack dapat mengawal Avatar milik abangnya.

Nak baca sambungan dia…

Wajib Tonton – Senario The Movie 2 (Beach Boys)

Aku baru sahaja pulang dari menonton filem Senario The Movie 2 – Beach Boys bersama-sama dengan Dekan dan juga Nurul Huda di GSC Mid Valley. Jika kau suka menonton filem-filem lawak Melayu ataupun cerita Senario, filem terbaru mereka ini memang wajib ditonton. Dari awal cerita sehinggalah ke penghabisan, kau akan dihidangkan dengan pelbagai lawak yang kelakar sehingga jenuh nak gelak.

Sinopsis

Azlee, Wahid dan Mazlan dalam perjalanan untuk bercuti di Pulau Pangkor. Semasa di jeti, mereka telah terserempak dengan tiga orang adik beradik perempuan yang masing-masing membawa watak yang sangat berbeza. Qasidah (Maria Farida), merupakan seorang perempuan yang gedik dan menggoda. Hamidah (Mek Siti) pula merupakan seorang perempuan yang ayu tetapi pekat dekat slang Kelantan dan Siamnya. Akhir sekali, Zuraidah (Marsha AF3) yang penuh dengan slang Sabah dan sikapnya yang tomboy.

Nak baca sambungan dia…

Wajib Tonton – Papadom

Seseorang ibu bapa sudah pasti akan mencuba yang terbaik untuk menjaga anak-anaknya. Lagi-lagi apabila mereka mempunyai seorang anak tunggal dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Begitulah kisah kasih sayang yang cuba ditonjolkan dalam filem Papadom arahan Afdlin Shauki.

Papadom mengisahkan bagaimana kehidupan seorang anak, Miasara (Liyana Jasmay) yang dijaga dengan penuh baik sekali oleh ayahnya, Saadom (Afdlin Shauki) setelah kematian ibunya, Munira (Noorkhiriah). Namun begitu bagi Miasara, cara penjagaan ayahnya sangat-sangat menjengkelkan dan mengongkong kehidupan beliau walaupun beliau sudah tamat peperiksaan SPM.

Nak baca sambungan dia…

Best – Surrogates

Pada 2017, manusia boleh melakukan aktiviti harian mereka seperti bekerja, bersukan, berhibur dan membeli-belah dengan hanya duduk berehat di rumah. Bukan itu sahaja, manusia juga boleh memilih jantina, bentuk badan, paras rupa, kekuatan dan sebagainya mengikut kesukaan mereka. Tetapi segalanya ini hanya berlaku dalam filem Surrogates.

Di dalam filem tersebut, kehidupan manusia digantikan dengan surrogate atau ‘pengganti’ yang boleh dikawal dengan hanya menggunakan otak manusia atau juga dikenali sebagai operator. Surrogate tersebut akan bertindak mengikut setiap apa yang manusia fikirkan dan tidak mempunyai perasaan dan deria rasa kerana mereka adalah robot. Walaupun surrogate itu dibunuh, ditembak dan sebagainya, operator yang mengawal surrogate tersebut tidak akan berasa apa-apa.

Nak baca sambungan dia…