
Berbekalkan dengan Nikon D90 dan speedlight terpacak tegak di atas badan kamera, buat pertama kalinya aku mengikut saudara Faizeezal Effendi Zainal Azian atau lebih manja dikenali sebagai Glizzy mengambil gambar majlis perkahwinan Farhan dan juga Hazwani. Bagi aku, majlis yang berlangsung pada 6 Disember 2009 yang lalu itu begitu lain dari yang lain kerana ianya diserikan dengan tarian daripada gadis-gadis kecil molek yang lemah lembut dan comel belaka.
Nak baca sambungan dia…
Dalam mengharungi dugaan ketika berpuasa, boleh pulak si Glizzy mengajak aku pergi shooting di Taman Tasik Perdana. Ada model katanya.

Aku yang tidak pernah langsung shoot model segera bersetuju untuk ikut shooting bersama-sama dengan Badangz dan Arelan pada hari Ahad yang lalu. Model kali ini merupakan kakak kepada Glizzy sendiri. Nana namanya.
Nak baca sambungan dia…

KLCC di waktu malam
Semalam aku telah mengikuti outing yang dianjurkan oleh Yelias dari PhotoSchool khusus kepada pengguna-pengguna Nikon D90. Tempat yang menjadi pilihan kami adalah KLCC, Kuala Lumpur.
Sudah lama aku tak pergi ke KLCC sebenarnya. Even nak ke sana pun aku dah tak ingat.
Nak baca sambungan dia…

Pada 31hb Mei yang lalu, aku berkesempatan untuk mengikuti saudara Amb untuk shoot wedding di Klang. Majlis perkahwinan ini merupakan majlis perkahwinan anak saudara beliau, Nor Halimi.

Majlis bermula pada pukul 2 petang dengan pengantin lelaki berarak dari surau berdekatan ke rumah pengantin perempuan. Kawasan rumah pengantin perempuan sangat unik kerana terdapat bengkel membaiki basikal dan motor. Memang jarang-jarang kita dapat lihat suasana seperti ini.
Nak baca sambungan dia…

Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 2 Mei 2009, aku berkesempatan untuk join tag along bersama-sama dengan saudara Bizcotz dan anak beranak (anak dia pun seorang photographer tau) di Seksyen 6, Kota Damansara. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan anak saudara beliau iaitu Hafizah bersama-sama dengan teman pasangan hidup, Mustaqim.
Majlis pernikahan Mustaqim dan Hafizah (Flickr set) berlangsung pada jam 10.30 pagi dan bersanding pada jam 12.00 tengahari. Selepas itu, diikuti dengan sesi outdoor pada sebelah petangnya di halaman rumah pengantin. Tetapi aku tidak mengikuti sesi outdoor kerana cuaca sangat panas dan aku ingin berikan peluang kepada official photographer untuk menjalankan tugasnya.
Nak baca sambungan dia…