Ramai yang bertanyakan dengan saya bagaimanakah caranya untuk keluarkan duit KWSP dari Akaun 2? Bagi anda yang tidak tahu, duit dari Akaun 2 ini boleh digunakan untuk membuat pembayaran downpayment pinjaman rumah, membayar ansuran bulanan pinjaman rumah, membiayai yuran pembelajaran universiti, dan banyak lagi.
Tetapi di dalam artikel ini, saya ingin berkongsikan dengan anda proses pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk membuat pembayaran downpayment pinjaman perumahan.
Di antara dokumen yang perlu anda sediakan adalah:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan Perjanjian Jual Beli (S&P) Rumah
- Salinan bank statement atau buku bank
- Salinan surat kelulusan pinjaman bank
- Dan sila bawa bersama salinan asal (original copy) untuk setiap dokumen yang difotostat tadi.
Selepas itu, pergi ke mana-mana pejabat KWSP dan isi Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5). Saya mencadangkan anda pergi ke ibu pejabat KWSP di Kuala Lumpur bagi mempercepatkan proses pengeluaran wang KWSP Akaun 2 anda.
Bergantung kepada proses yang diambil oleh pihak KWSP, duit dari Akaun 2 anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank dalam tempoh masa dari dua hingga empat minggu.
Satu lagi pesanan saya, pastikan segala maklumat seperti nama, alamat, dan sebagainya adalah sama di dalam Perjanjian Jual Beli (S&P) Rumah dan juga surat kelulusan pinjaman bank. Jika tidak, pegawai KWSP akan terpaksa menolak permohonan anda dan meminta anda membetulkan kesalahan yang ada sebelum datang semula ke pejabat KWSP.


Salam…saya dan isteri sedang membina rumah diatas tanah datuk dan masih hidup..bolehkah saya dan isteri memohon dari akaun 2 kami untuk menambah kos untuk menyiapkan rumah.apa syarat dan dokumen yang diperlukan..?perlukah saya membawa datuk saya ke kwsp sebagai bukti?
ws farid.
Bagi tujuan membina rumah syarat utama adalah geran mesti atas nama pemohon.
Dapatkan maklumat lanjut di cawangan KWSP yang terdekat.
ws dk.
Rumah A telah jual (secara automatik anda layak buat pengeluaran untuk rumah kedua)
Rumah B mohon untuk pengesahan adakah anda buat pengeluaran Ansuran Bulanan iaitu kredit ke akaun saving?
Rumah C Sekiranya rumah B anda membuat pengeluaran Ansuran Bulanan anda layak untuk membuat pengeluaran Membeli rumah 2 atau mengurangkan baki rumah ke 2. dan sekiranya anda telah mengunakan kelayakkan tersebut anda hanya layak untuk ansuran bulanan bagi rumah C
Mohon dapatkan maklumat terperinci di cawangan KWSP.tq
saya belum pernah keluarkan akaun 2 kwsp. boleh ke saya keluarkan akaun 2 tetapi rumah atas nama suami?
klu nk keluarkan akun 2 utk byr hutang peribadi blh…
sy ingin mmbuat pengeluaran kwsp bg mmbyar kos pengajian adik sy.ape syarat2 nye?
saya pulak nk bertanya jika akaun 2 digunakan untuk membeli motosikal,boleh ke?bunyi mmg tak masuk akal,tp sy mmg tak mampu nak ambil secara hutang apalagi secara tunai.lau boleh gne akaun 2 senang sy nk ke tempat kerja xperlu suami anta menghantar.
Sy sekarang suri rumah..telah berhenti kerja kerja untuk memperoleh anak dan sekarang sy tgah sarat mengandung anak pertama.masalah nya sebelum berkahwin sy ada membuat pjaman peribadi.suami xmampu nak membayar kerana die sdri menanggung ibunya dan hutang lain.jadi bleh tak sy mengeluarkan akaun 2,utk membayar pjaman sy..surat bank dah smpai untuk mengeluarkan saman..sy nak berkerja.tp tidak bleh kerana kena menjaga anak yg bakal lahir dan ibunya yg sakit..mohon blas pertanyaan sy.
sblm ini sye pernah kuarkan duit kwsp dri akaun 2 tuk beli rmah… dan skrang boleh tak saye hendak membuat keluaran kali ke-2 tuk membantu ayah saye renovate rumah yg belum siap di kampung..
Salam saya telah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata dan dalam masa yang sama saya masih menuntut di PTPL COLLEGE KOTA BHARU dan merupakan semester 1 dan full time.Adakah layak untuk saya ingin memihon pengeluaran wang untuk akaun 2 bagi menjelaskan yuran saya yang masih lagi tertunggak..harap maklum..
Salam saya telah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata dan dalam masa yang sama saya masih menuntut di PTPL COLLEGE KOTA BHARU dan merupakan semester 1 dan full time.Adakah layak untuk saya ingin memohon pengeluaran wang untuk akaun 2 bagi menjelaskan yuran saya yang masih lagi tertunggak..harap maklum..
3 tahun dulu, saya menolong kawan untuk refinance rumah dia atas nama I, ada kah refinance ini gelar sebagai pembelian rumah? onwenship stil under nama i..dan kalau saya nak beli rumah selepas ini ada kah yng pembelian rumah seterusnye rumah ke dua? I tidak pernah membuat EPF witdrwal untk yng refinance dulu.. boleh ka saya withdraw untk pembelian rumah I seterusnye? tolong saya… Terima Ksih