Itulah salah satu ayat dalam filem Adnan Sempit yang membuatkan panggung wayang menjadi huru hara dengan gelak ketawa para penonton. Kalau kau nak tahu apa maksud ayat tersebut, kau kena pergi tonton sendiri filem ini di pawagam. Memang ianya merupakan sebuah filem Melayu yang Wajib Tonton bagi tahun 2010 kerana dipenuhi dengan lawak jenaka yang pasti membuatkan penonton tidak kering gusi.
Adnan Sempit (Shaheizy Sam), merupakan seorang mat despatch di sebuah syarikat yang diuruskan oleh Nadia (Intan Ladyana). Dengan gaya seorang mat rempit dan muka yang ganas tetapi dalam hati ada taman, Adnan telah jatuh hati kepada Nadia.
Tertarik dengan entri Please Jangan Buat Macam Harta Sendiri mengingatkan aku pada satu kejadian yang pernah berlaku pada diri aku semasa di zaman-zaman belajar dulu. Pada masa itu, aku di tahun akhir di sebuah institut pengajian tinggi awam yang terletak di selatan tanah air.
Walaupun barang yang dipinjam hanyalah seutas tali leher, tetapi bagi aku tali leher itu sangat-sangat bermakna. Mungkin bagi kau, apalah sangat dengan tali leher. Tetapi bagi aku, tali leher itu mempunyai nostalgia dan kenangan yang kau tak boleh dapat di mana-mana. Tali leher tersebut aku dapat semasa hari pendaftaran aku memasuki universiti. Sudah pasti tali leher itu akan menjadi salah satu cenderahati yang akan aku bawa keluar apabila meninggalkan universiti nanti. Ianya akan aku jadikan sebagai penanda yang aku pernah belajar di situ. (kini aku sudah pun setahun lebih menamatkan pengajian)
Hari ini seperti yang kita semua tahu merupakan hari pertama murid-murid Tahun 1 memasuki alam persekolahan. Pagi tadi ketika aku dalam perjalanan ke tempat kerja, kawasan perumahan aku sesak dengan kenderaan-kenderaan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Dalam aku leka meredah kesibukan jalan raya di hadapan sekolah, aku terkenang di saat ketika aku berusia 7 tahun, hari pertama aku memasuki alam persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Delima, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Pada hari itu, matahari sangat terik sekali. Dengan kepulan-kepulan awan yang memutih dan berlatarbelakangkan dengan langit yang biru menampakkan keserian wajah aku yang putih gebu kerana bedak yang dipakaikan oleh emak aku sendiri. Dengan pakaian seragam sekolah yang berwarna putih dan berseluar biru, rambut yang disisir tepi rapi, aku tampak segak dan ianya diakui oleh emak aku sendiri. Budak kecil, apalah yang nak dikisahkan sangat. Lagi-lagi anak sendiri. Tidak mungkin emak akan mengatakan tidak bagi menjaga hati anaknya ini.
Sambil dipimpin oleh ayah dan emak, aku berjalan menuju ke kelas 1 Cempaka, kelas inilah yang telah mendidik aku menjadi seorang yang berilmu dan bekerjaya. Pada waktu itu, aku dapat lihat bukan aku seorang sahaja yang sedang bermanja-manja dengan ayah dan emak. Aku perhatikan, terdapat juga rakan-rakan yang sebaya dengan aku hadir bersama ke sekolah dengan ibu bapa mereka. Ada yang menangis, ada yang gembira dan ada juga yang aku lihat mereka keseorangan membawa diri seorang diri. Pada waktu itu, aku bersyukur kerana aku masih mempunyai ayah dan emak yang ada di sisi aku.
Alhamdulillah dan bersyukur kita kerana telah dipanjangkan umur oleh-Nya dan diberikan peluang untuk menghirup udara dan dapat merasai suasana pada tahun 2010 ini. Seperti biasa pada waktu-waktu sepeti ini, ramai blogger-blogger tempatan yang menceritakan kisah-kisah hidup mereka di tahun 2009. Ada kisah yang menarik dan ada kisah yang menyedihkan. Namun bagi aku, itu semua merupakan pengajaran dan pedoman agar kita menjadi lebih kuat untuk meneruskan kehidupan yang sedang kita lalui kini.
Untuk tahun baru 2010 ini, aku sudah pun mulakan dengan membeli sebuah domain baru. Bagi kepada mereka-mereka yang masih baru di Blog Aku ini, aku merupakan seorang pengumpul domain yang tegar. Jika tidak percaya atau ingin tahu berapa tinggi ketegaran aku itu, kau boleh baca entri INI dan juga INI. Bagi aku, memiliki domain ini merupakan suatu kepuasan apabila kau berjaya memperolehi domain-domain yang catchy. Setakat ini, aku sudah mempunyai perancangan untuk domain tersebut. Cumanya, sekarang ini aku mempunyai beberapa urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum dapat melaksanakan projek terbaru CypherFS Network untuk domain tersebut.
Jadi, bagaimana pula dengan kau? Tahun 2009 sudah pun berlalu meninggalkan kita semua. Bagaimana pula dengan tahun 2010? Sudahkah kau meletakkan azam dan merancang strategi bagi melaksanakannya? Jangan berlengah lagi wahai kawan-kawan. Segeralah merancang supaya kau bersedia untuk mencapai segala apa yang kau telah niatkan. Ianya tidak akan datang bergolek dengan sendiri. Sedangkan makanan pun perlu disuap, inikan pula impian yang ingin dicapai.