Aku baru sahaja pulang dari menonton filem Senario The Movie 2 – Beach Boys bersama-sama dengan Dekan dan juga Nurul Huda di GSC Mid Valley. Jika kau suka menonton filem-filem lawak Melayu ataupun cerita Senario, filem terbaru mereka ini memang wajib ditonton. Dari awal cerita sehinggalah ke penghabisan, kau akan dihidangkan dengan pelbagai lawak yang kelakar sehingga jenuh nak gelak.
Sinopsis
Azlee, Wahid dan Mazlan dalam perjalanan untuk bercuti di Pulau Pangkor. Semasa di jeti, mereka telah terserempak dengan tiga orang adik beradik perempuan yang masing-masing membawa watak yang sangat berbeza. Qasidah (Maria Farida), merupakan seorang perempuan yang gedik dan menggoda. Hamidah (Mek Siti) pula merupakan seorang perempuan yang ayu tetapi pekat dekat slang Kelantan dan Siamnya. Akhir sekali, Zuraidah (Marsha AF3) yang penuh dengan slang Sabah dan sikapnya yang tomboy.
Pada 7 November yang lalu, aku telah berpeluang untuk ke Hong Kong kerana terdapat tugasan yang perlu diuruskan. Walaupun hanya berada di sana selama seminggu, tetapi banyak pengalaman, pengajaran dan juga perkara baru yang aku perolehi di sana. Ketika berada di sana, sempat juga aku membuat perbandingan di antara Hong Kong dengan Malaysia.
Kebersihan
Di Hong Kong, mereka menguatkuasakan undang-undang yang dibentuk bagi menjaga keharmonian dan kebersihan bandar mereka. Contoh yang mudah adalah larangan merokok. Di mana-mana saja aku dapat lihat papan tanda dilarang merokok dengan denda $5000HK sekiranya kau didapati merokok di tempat-tempat yang dilarang. Ianya termasuklah di perhentian bas, keretapi bawah tanah (di sana dikenali sebagai MTR), di kaki lima bangunan dan sebagainya. Tiada satu puntung rokok pun yang kelihatan sepanjang aku berjalan di sana.
Berbeza dengan Malaysia, bersepah-sepah puntung rokok di buang di merata-rata tempat. Tak kisah di mana saja kau berada, pasti akan kelihatan puntung rokok yang dibuang oleh perokok-perokok tegar di Malaysia. Walaupun sudah diletakkan papan tanda dilarang merokok, tetapi masih ada juga segelintir penduduk Malaysia yang tak faham bahasa dan merokok di tempat yang dilarang.
“Abang, dah potong kan?” tanya si isteri. Si suami pula segera menjawab, “Of course…”
Mungkin kalian dah pernah tonton iklan terbaru P1 Wimax yang mengisahkan isu potong-tak potong ni di kaca televisyen. P1 Wimax beriya-iya cuba membawa rakyat Malaysia ke suatu tahap di mana semua orang meninggalkan dunia internet berwayar dan beralih ke dunia wireless.
P1 Wimax merupakan salah sebuah Internet Service Provider di Malaysia yang menyediakan sambungan internet jalur lebar tanpa wayar yang terpantas untuk setakat ini. Selain daripada pakej yang disediakan berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan, penulis rasa ianya memang sesuai untuk semua pengguna internet di Malaysia.
Seseorang ibu bapa sudah pasti akan mencuba yang terbaik untuk menjaga anak-anaknya. Lagi-lagi apabila mereka mempunyai seorang anak tunggal dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Begitulah kisah kasih sayang yang cuba ditonjolkan dalam filem Papadom arahan Afdlin Shauki.
Papadom mengisahkan bagaimana kehidupan seorang anak, Miasara (Liyana Jasmay) yang dijaga dengan penuh baik sekali oleh ayahnya, Saadom (Afdlin Shauki) setelah kematian ibunya, Munira (Noorkhiriah). Namun begitu bagi Miasara, cara penjagaan ayahnya sangat-sangat menjengkelkan dan mengongkong kehidupan beliau walaupun beliau sudah tamat peperiksaan SPM.
Pada 2017, manusia boleh melakukan aktiviti harian mereka seperti bekerja, bersukan, berhibur dan membeli-belah dengan hanya duduk berehat di rumah. Bukan itu sahaja, manusia juga boleh memilih jantina, bentuk badan, paras rupa, kekuatan dan sebagainya mengikut kesukaan mereka. Tetapi segalanya ini hanya berlaku dalam filem Surrogates.
Di dalam filem tersebut, kehidupan manusia digantikan dengan surrogate atau ‘pengganti’ yang boleh dikawal dengan hanya menggunakan otak manusia atau juga dikenali sebagai operator. Surrogate tersebut akan bertindak mengikut setiap apa yang manusia fikirkan dan tidak mempunyai perasaan dan deria rasa kerana mereka adalah robot. Walaupun surrogate itu dibunuh, ditembak dan sebagainya, operator yang mengawal surrogate tersebut tidak akan berasa apa-apa.