Wajib Tonton – Avatar

Sebuah lagi filem yang wajib ditonton sebelum tahun 2009 melabuhkan tirainya adalah filem Avatar. Sebuah filem fiksyen sains yang mempunyai pelbagai mesej-mesej penting kepada semua makhluk yang bergelar manusia.

Sinopsis

Filem ini mengisahkan kerakusan manusia dalam mengejar kekayaan sehingga sanggup merosakkan keharmonian sebuah planet lain yang dinamakan, Pandora. Pandora adalah sebuah planet yang didiami oleh makhluk yang bergelar Na’vi, sejenis makhluk berwarna biru dan mempunyai ekor. Pandora merupakan planet yang sangat cantik dan unik, lagi-lagi apabila waktu malam kerana ianya bercahaya. (Rasa-rasa memang berbaloi kalau menonton dengan 3D.) :D

Disebabkan manusia tidak dapat hidup tanpa bantuan pernafasan di Pandora, maka mereka telah mencipta makhluk yang serupa seperti Na’vi yang dihasilkan daripada genetik manusia. Makhluk ini dikawal dengan menggunakan minda dan ianya dinamakan sebagai Avatar. Dengan adanya Avatar, manusia dapat mengkaji kehidupan di Pandora dan dapat mendekati makhluk Na’vi dengan lebih dekat lagi.

Jack Sully (Sam Worthington), seorang bekas tentera marin yang lumpuh telah mengambil alih tugas abangnya seorang saintis yang telah mati. Disebabkan genetik mereka sama jadi Jack dapat mengawal Avatar milik abangnya.

Misi awal Jack adalah untuk menjaga keselamatan saintis dalam mengumpul sampel-sampel hidupan di Pandora. Tetapi dalam misi tersebut beliau telah terpisah dan berjumpa dengan Neytiri (Zoe Saldana), seorang makhluk Na’vi.

Jack yang sudah dapat mengikuti gaya hidup Na’vi kemudiannya ditugaskan untuk mendapatkan maklumat risikan Na’vi disamping mendapatkan keyakinan mereka.

Dalam masa yang sama, pasukan tentera yang diketuai oleh Colonel Miles Quaritch (Stephen Lang) mula mengatur langkah untuk menyerang puak Na’vi kerana mereka enggan meninggalkan Hometree, sebuah pokok tempat puak Na’vi tinggal. Disebabkan Jack kini merupakan sebahagian daripada Na’vi, dia membelot dan berpakat dengan puak Na’vi untuk menentang pasukan tentera manusia.

Pendapat

Bagi pendapat aku, filem Avatar ini memang wajib ditonton. Ianya penuh dengan mesej-mesej yang bermakna kepada diri kita dan mereka-mereka di luar sana.

Contoh yang mudah, manusia yang penuh dengan sikap rakusnya sanggup membunuh orang yang tidak berdosa. Ia dapat dilihat semasa pasukan tentera manusia menyerang Hometree dan memusnahkan tempat tinggal puak Na’vi. Kalau di dunia yang nyata pun kita dapat perhatikan bagaimana askar-askar kini yang zalim memusnahkan tempat tinggal orang awam dalam menjajah sesebuah negara.

Selain daripada itu, puak Na’vi sangat-sangat menjaga hidupan di hutan kerana bagi mereka, ianya adalah sebahagian daripada diri mereka. Berbeza pula dengan manusia. Kalau boleh, semua pokok di hutan dia nak tebang dan binatang-binatang yang liar, ditembaknya untuk dijadikan perhiasan atau dijual.

Selain daripada mesej-mesej berguna itu, filem ini dilengkapi dengan CGI yang terbaik dan memang mantap! Segala hidupan dan makhluk di dalam filem ini kelihatan real dan mengagumkan. Lagi-lagi semasa suasana planet Pandora di waktu malam yang bercahaya apabila disentuh atau dipijak. Sangat-sangat mengasyikkan.

Secara keseluruhan, aku memberikan filem ini rating 5/5 dengan status Wajib Tonton. Aku rasa, ini merupakan filem pertama yang mendapat rating penuh kerana efek CGI yang menarik, jalan cerita yang mengujakan dan mesej-mesej yang berguna kepada mereka yang menontonnya.

Cypher: Akan pergi menonton Avatar 3D hari Jumaat nanti. :D

Comments

  1. says

    dah tengok 2D version, rasa macam nak tengok yang 3D version plak… cerita ni memang lagi best dari 2012, walaupun promo dia tak segempak 2012, tapi impak cerita lagi gempak…hehe :D

  2. says

    Tapi aku dah tengok yang 3D punya. Yang 3D tak menarik sangat sebab takde subtitle. So tak paham jalan cerita kalau kau tak dapat nak catch-up sebutan2 dia. Lagi2 kalau sebutan tu, sebutan bahasa orang Na’vi.

  3. abu says

    aku tengok 2 kali…mula2 3D….tiga minggu kendian 2D…
    biar buang duits sekali sekali…asal puas hati…tnggu masa jer avatar nak potong titanic nih…sebabnya :

    1) Ramai yang tengok 3D ( 30% lebih mahal dari 2D )
    2) Ramai yang tengok 3D iMAX ( 50% lebih mahal dari 2D)
    3) Ramai yang datang tengok 2D 2~3 kali…pastu angkut sedara mara, mak bapak sekali…

    Sayang kat Mesia 3D iMAX dah tiada (yang kat Mid Valley tu)…kalau tak lagi best…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>