Majlis Perkahwinan – Farhan & Hazwani
Berbekalkan dengan Nikon D90 dan speedlight terpacak tegak di atas badan kamera, buat pertama kalinya aku mengikut saudara Faizeezal Effendi Zainal Azian atau lebih manja dikenali sebagai Glizzy mengambil gambar majlis perkahwinan Farhan dan juga Hazwani. Bagi aku, majlis yang berlangsung pada 6 Disember 2009 yang lalu itu begitu lain dari yang lain kerana ianya diserikan dengan tarian daripada gadis-gadis kecil molek yang lemah lembut dan comel belaka.
Langit pada hari itu sangat cerah disinari dengan cahaya terik mentari dan berlatarbelakangkan warna biru yang sungguh mendamaikan. Walaupun panas terik, kami tetap tidak melepaskan peluang untuk merakamkan detik-detik bersejarah kedua mempelai agar ianya akan menjadi kenangan yang indah bagi mereka berdua.
Bagi aku, majlis perkahwinan kali ini sangat berguna kerana banyak perkara yang aku dapat belajar dengan Glizzy. Selain daripada dapat belajar bagaimana cara yang betul untuk mengambil gambar, aku juga dapat belajar bagaimana untuk berinteraksi dengan pengantin dan keluarga mereka.
Tetapi malangnya aku tidak berkesempatan mengikuti sesi outdoor bersama dengan pengantin kerana pada waktu itu aku sudah kepenatan dan terpaksa pulang awal. Walaubagaimana pun, aku ucapkan selamat pengantin baru kepada Farhan dan Hazwani. Semoga mereka berdua berbahagia dan kekal sehingga ke anak cucu.
Untuk gambar-gambar yang lain, Muhammad Farhan & Noor Hazwani.
Cypher: Sudah mula te’racun’ untuk membeli prime lens, 50mm f1.8.
Entri Lain Yang Berkaitan
- Majlis Perkahwinan – Nor Halimi & Norazanah - Pada 31hb Mei yang lalu, aku berkesempatan untuk mengikuti...
- Pertama Kali Shoot Wedding – Mustaqim dan Hafizah - Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 2 Mei 2009,...
- Shoot Outing di International Putrajaya Hot Air Balloons Fiesta - Pada hari Sabtu yang lalu, aku berkesempatan untuk mengikuti...
- PhotoSchool Outing di Zoo Negara - Selamat datang ke Zoo Negara. Bilakah kali terakhir korang...
- Nikon SB-900 dan Maha MH-C9000 - Setelah memiliki DSLR, kita perlu menambah satu lagi aksesori penting...
3 Responses to “Majlis Perkahwinan – Farhan & Hazwani”
Leave a Reply






gmbr 1: best sebab ada background yang clean, dan depth disebabkan lighting
gmbr 3: best, sbb colornya contrast dengan background
Terima kasih di atas komen yang diberikan.
sesama…
hmm, nak tanya, plugin comment ni namanya pe ek? sbb best plugin ni, ada email notification untuk setiap comment.