Wajib Tonton – Senario The Movie 2 (Beach Boys)

Aku baru sahaja pulang dari menonton filem Senario The Movie 2 – Beach Boys bersama-sama dengan Dekan dan juga Nurul Huda di GSC Mid Valley. Jika kau suka menonton filem-filem lawak Melayu ataupun cerita Senario, filem terbaru mereka ini memang wajib ditonton. Dari awal cerita sehinggalah ke penghabisan, kau akan dihidangkan dengan pelbagai lawak yang kelakar sehingga jenuh nak gelak.

Sinopsis

Azlee, Wahid dan Mazlan dalam perjalanan untuk bercuti di Pulau Pangkor. Semasa di jeti, mereka telah terserempak dengan tiga orang adik beradik perempuan yang masing-masing membawa watak yang sangat berbeza. Qasidah (Maria Farida), merupakan seorang perempuan yang gedik dan menggoda. Hamidah (Mek Siti) pula merupakan seorang perempuan yang ayu tetapi pekat dekat slang Kelantan dan Siamnya. Akhir sekali, Zuraidah (Marsha AF3) yang penuh dengan slang Sabah dan sikapnya yang tomboy.

Semasa di Pulau Pangkor, Azlee, Wahid dan Mazlan menetap di Resort Teluk Dalam yang dikendalikan oleh Pak Mansor (Dato Jamali Shadat) yang juga bapa kepada Qasidah, Hamidah dan Zuraidah. Disebabkan tidak ramai pengunjung, Pak Mansor terpaksa mengendalikan resortnya seorang diri.

Bagi membantu menarik pengunjung ke resort Pak Mansor, ketiga-tiga sekawan tadi telah membuat promosi di resort tersebut tanpa pengetahuan Pak Mansor. Di dalam masa yang sama, ketiga-tiga mereka ini juga cuba memikat hati anak-anak gadis Pak Mansor terutama sekali Azlee kerana dia pernah bercinta dengan Qasidah.

Promosi yang dibuat di resort tersebut berjaya menarik ramai pengunjung sehinggakan Pak Mansor tidak jadi menjual resortnya kepada Remy (Riezman Khuzaimi). Disebabkan rasa tidak puas hati, Remy telah menculik Qasidah dan bermulalah babak yang penuh pancaroba dan lawak jenaka semasa menyelamatkan Qasidah di Pulau Penyamun.

Pendapat

Pelbagai aksi lucu dan lawak yang diisikan dalam filem ini. Seperti yang aku katakan tadi, sekiranya kau minat dengan cerita dan lawak Senario, kau pasti akan terhibur dan gelak tanpa henti. Yang menjadikan filem ini unik adalah, lawaknya terhasil dari pelbagai kategori.

Yang pertama adalah lawak dari lenggok bahasa si Hamidah dalam slang Kelantan dan Siam yang tak henti-henti. Disebabkan terlalu banyak sangat slangnya membuatkan aku terasa sedikit meluat. Kemudian, lawak Zuraidah dengan pekat bahasa Sabahnya. Lagi-lagi semasa dia bergaduh dengan Mazlan walaupun dalam masa yang sama mereka berdua saling menaruh hati dalam diri masing-masing. Yang ketiga adalah gaya dan perangai yang dibawa dalam filem ini menjadi. Walaupun ada gaya dan lawak yang memang nampak dibuat-buat tetapi kebanyakan jenaka yang disampaikan membuatkan panggung wayang pecah dengan gelak ketawa penonton. Dan akhir sekali, lawak yang tak kering gusi daripada ahli anggota Senario sendiri.

Secara keseluruhan, aku berikan rating 4.5 daripada 5 bintang dan diberikan status Wajib Tonton.

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon

Entri Lain Yang Berkaitan

Pengendali Blog

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

16 Responses to “Wajib Tonton – Senario The Movie 2 (Beach Boys)”

  1. 4/5 daripada saya untuk
    1. cerita yang lawak
    2. pemangkin lawak semasa dalam wyg adalah gadis-gadis comel di row blakang ku yang gelak kuat mcm klakar habis

    hehe

    November 22nd, 2009 | 10:38 am | Reply
  2. Hahaha… Tapi bila aku tengok Youtube tu, macam nak tengok lagi je rasanya. :lol:

    November 22nd, 2009 | 1:03 pm | Reply
  3. aku nak tengok nanti.. meman syiokkk :up: :up: :up:

    November 22nd, 2009 | 2:08 pm | Reply
  4. Wokeh bro… Nanti jangan lupa kasi review dekat blog. :up:

    November 22nd, 2009 | 2:11 pm | Reply
  5. ku merindui apek dan yassin untuk terlibat semula dlm movie filem senario……..

    December 2nd, 2009 | 3:12 pm | Reply
  6. tengok kat youtube. Cam best. Sempat lagi ke aku nengok kat wayang nih.. ::-*:

    December 2nd, 2009 | 9:25 pm | Reply
  7. Hahaha aku dah 6 bulan tak jejak ke panggung wayang. Masih ditayangkan lagi ke.?

    December 3rd, 2009 | 6:46 pm | Reply
  8. Tak pasti samada masih ditayangkan lagi atau tidak. Tapi, kalau ada better pergi tengok. 8)

    December 5th, 2009 | 2:06 pm | Reply
  9. best3//// support filem tanah air :(

    December 13th, 2009 | 6:04 pm | Reply
  10. best sgt ke??? tahun ni x g panggung pun lagi. torrent cukup la.

    December 16th, 2009 | 8:08 pm | Reply
  11. diaien on December 16, 2009 at 8:08 pm said:

    best sgt ke??? tahun ni x g panggung pun lagi. torrent cukup la.

    Best la… Kelakar… :lol:

    December 16th, 2009 | 8:37 pm | Reply
  12. tak brp minat senario, tapi maybe tgk jugak kot klau borink.hehe. :twisted:

    *dulu aku noob gyler, xtau permalinks, so aku folo ko punye permalinks kat cypherhackz.ehehe* thanks tuts tu sgt berguna!

    December 17th, 2009 | 5:52 pm | Reply
  13. :up:

    December 24th, 2009 | 4:44 pm | Reply
  14. Naz – No probblem. Hehehe… :(

    December 25th, 2009 | 9:46 am | Reply
  15. nakatsu_mizuki

    hehe boleh tahan la…..

    January 7th, 2010 | 8:03 pm | Reply

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: